CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

RAMLI MS - ALYAH SUDAH BERKAHWIN | TAHNIAH


Betul Ke Dato Ramli MS dan Alyah Sudah Berkahwin?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mendapat berita terkini mengenai gosip artis Alyah dan Dato Ramli MS sudah berkahwin! Tahniah! Melalui sumber Murai Batu yang entah sahih ke tidak telah mengesan pasangan yang sudah lama bercinta ini telah pun bernikah selama dua bulan. Ini berdasarkan bukti beberapa sumber yang melaporkan Alyah sudah menetap di rumah Dato Ramli MS di Puchong. Hah! Alyah dan Ramli MS kena jawab mengenai isu perkahwinan mereka yang dikatakan buat secara senyap-senyap.


Ramli MS - Alyah Nikah Senyap-Senyap?

Berita mengenai perkahwinan mereka memang mengejutkan ramai pihak di dalam industri hiburan Malaysia. Yelah, macam mana nak percaya sedangkan kisah cinta mereka berdua ini sudah lama senyap dan dengarnya sudah pun putus dipertengah jalan. Bila pula hubungan mereka kembali bertaut ya?

Tiba-tiba khabar angin tentang (Gambar) Dato` Ramli MS dengan (Gambar) Alyah kononnya sudah pun kahwin senyap-senyap. Menurut sumber Murai Batu, Berita ini pun perolehi daripada seorang rakan yang boleh dikatakan agak rapat jugalah dengan pengarah muzik terkenal, Dato` Ramli MS. Dia beritahu rakannya itu ada terlepas cakap yang beritahu pengarah muzik itu rupanya sudah berkahwin dengan penyanyi Alyah.

Malah turut diberitahu, pasangan lama bercinta ini sudah pun bernikah selepas Alyah mengerjakan umrah baru-baru ini iaitu selepas dia mengambil keputusan untuk berhijab penuh. Bila dikira-kira balik, maknanya sudah lebih 2 bulan ke mereka berkahwin? Yelah tak silap, Alyah pulang dari umrah pada awal April yang lalu kan?

Alyah Tinggal Serumah Dengan Ramli MS

Malah, didengar lagi, Alyah sudah pun tinggal bersama dengan Ramli MS di rumah pengarah muzik itu yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong. Betul ke apa yang khabar angin yang didengar ni? Kami sendiri sukar hendak percaya kerana apa yang menjadi musykilannya, jika benar mereka sudah berkahwin tetapi mengapa masih mahu merahsiakan daripada pengetahuan peminat?

Namun, tak mungkin pokok boleh bergoncang jika tiada angin yang meniupkan kan? Sedangkan, seperti yang kita ketahui yang mereka tidak perlu buat begitu kerana apa yang dimaklumkan sebelum ini tahu kedua-duanya single. Yelah, apa yang nak disembunyikan lagi, lain lah kalau Alyah bernikah dengan suami orangkan?

Kesahihah Perkahwinan Alyah - Ramli MS

Entah lah, mungkin sebenarnya dah lama dengar cerita ini, tetapi tak tertanggung lagi bila ada juga yang bertanyakan mengenai kesahihan berita ini dan ia membuatkan ramai peminat teringin sangat nak tahu.

Apa-apa pun, kami terlebih dahulu ingin meminta maaf jika cerita yang  didengar ini tidak benar sama sekali. Tetapi jika benar, harap mereka dapat kongsikan bersama dengan media dan peminat di luar sana. - Portal Murai



VIDEO MUZIK TERKINI: ALYAH - KAU YANG TERINDAH (OFFICIAL HD)

Mohd Rohaizad - Hah, begitulah ceritanya mengenai pasangan yang sekejap bercinta sekejap putus. Tengok-tengok Ramli MS dan Alyah sudah berkahwin secara senyap-senyap! Sampai begitu sekali, mohon penjelasan dan sidang media untuk maklumkan jika benar atau tidak mengenai pernikahan Alyah dan Ramli MS ini. Jika benar, tahniah diucapkan ya, benda baik buat apa hendak sembunyi kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

RAMLI MS - ALYAH SUDAH BERKAHWIN | TAHNIAH By Mohd Rohaizad. Published: 10.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...