CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

REBECCA SAMAN ERMA FATIMA GAGAL BAYAR DUIT LAKONAN


Kontroversi Terkini Artis Rebecca Islam Saman Erma Fatima Akibat Gagal Bayar Duit Lakonan!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com digemparkan dengan kes saman artis Rebecca Nur Islam terhadap Erma Fatima kerana gagal membayar sejumlah duit lakonan drama! Rebecca telah meminta Erma Fatima menjelaskan wang tersebut sejak dari tahun lepas lagi. Namun pihak syarikat Erma Fatima masih gagal membayar dan seolah-olah tidak mengambil berat dengan isu tersebut dan akhirnya Rebecca terpaksa mengambil tindakan melalui tuntutan samannya berhubung kes tersebut. Mulalah bermasam muka Erma Fatima dan Rebecca selepas ini, adakah Erma Fatima menghadapi masalah kewangan? Baru-baru ini Erma Fatima kembali berlakon dibawah drama arahan Aziz M. Osman.


Rebecca Nur Islam Tuntut Saman Syarikat Erma Fatima

Semalam telah berlangsung perbicaraan kes tuntutan saman pelakon (Gambar) Rebecca Nur Al-Islam Ahmad, 27 tahun, yang memfailkan saman terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. milik penerbit dan pengarah (Gambar) Erma Fatima di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Tuntutan saman itu dibuat oleh Rebecca Nur Islam kerana pelakon itu mendakwa syarikat produksi Erma gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu arahan Erma tahun lalu.

Drama Dejavu Di Kinabalu itu diterbitkan sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012. Selain Rebecca, drama tersebut turut dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha dan Nazim Othman.

Wartawan segera menghubungi Erma Fatima bagi mengetahui lebih lanjut berhubung tuntutan saman tersebut.


Temubual Erma Fatima Mengenai Isu Saman Rebecca Nur Islam

KOSMO!: Boleh anda ulas mengenai tuntutan saman Rebecca terhadap Rumah Karya Citra milik anda?

ERMA FATIMA: Maaf. Saya tidak boleh beri apa-apa penjelasan disebabkan kes ini masih berjalan. Takut penjelasan saya nanti jadi isu pula.

Mungkin anda boleh berkongsi sedikit maklumat mengenai perkara ini?

Tidak boleh. Saya betul-betul minta maaf, malah ada juga beberapa akhbar utama tempatan turut menghubungi saya tetapi mereka juga tidak dapat apa-apa penjelasan daripada saya.

Adakah anda menyediakan peguam bagi membela diri berhubung tuntutan Rebecca?

Ada iaitu peguam David malah semalam saya dan dia (Rebecca) juga sudah masuk Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.


Apakah perkembangan kes tersebut?

Ia masih berjalan dan akan ada perbicaraan selanjutnya.

Adakah benar semua tuntutan daripada Rebecca itu? Kita semua sedia maklum, selama ini yang syarikat anda tidak pernah berdepan dengan isu seperti ini?

Saya juga seorang artis, jadi saya tidak akan buat seperti yang didakwa dia (Rebecca). Selama saya menerbit drama atau filem perkara seperti ini (tidak bayar pelakon) juga tidak pernah berlaku.


Beralih pada soalan lain, bagaimanakah sambutan Ramadan dan Syawal anda tahun ini?

Bulan Ramadan ini saya berehat daripada segala penggambaran drama atau filem. Saya banyak habiskan masa untuk keluarga, memasak makanan untuk bersahur dan berbuka. Tahun ini sama seperti tahun-tahun lalu apabila saya akan beraya di Kuala Lumpur sahaja.

Apakah drama atau filem anda yang bakal keluar?

Ada beberapa naskhah seperti Aku Tahu dan Sangkar. - Kosmo!

Bagi Peminat Yang Ingin Mengikuti Profile Rebecca Nur Islam Di Facebook / Twitter:




VIDEO REBECCA NUR ISLAM SEKSI HOT SEBAB KELUARGA SUPPORT!

+Mohd Rohaizad berharap Erma Fatima menjelas hutang yang belum dibayar kepada Rebecca Nur Islam. Tidak pasal-pasal si Rebecca saman Erma Fatima, mestilah malu kan? Bila kes ini naik ke mahkamah, seolah-olah Rebecca sudah tidak kisah lagi dan tidak mahu bekerjasama dengan Erma Fatima selepas ini. Bukan Rebecca seorang sahaja yang tidak pernah bayar, malah artis-artis terutamanya yang baru hendak naik pun kena macam Rebecca seolah-olah untuk melepaskan tangan walaupun termaktub dalam kontrak kena bayar jumlah sedemikian. Agak-agak berapa yang tidak dibayar oleh Erma Fatima?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

REBECCA SAMAN ERMA FATIMA GAGAL BAYAR DUIT LAKONAN By Mohd Rohaizad. Published: 25.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...