CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ROSLAN SHAH LELAKI LEMBUT KAHWIN GADIS KELANTAN


Terkini Gosip Hangat Roslan Shah Si Lelaki Lembut Akan Kahwin Gadis Kelantan!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan selebriti pengacara terkenal Roslan Shah yang dikatakan lelaki lembut akan tetap berkahwin dengan gadis kelantan! Seterusnya menafikan dia putus cinta kerana tidak berkemampuan dalam kejantanan / kelakiannya. Gadis kelate mana yang tertarik dengan Roslan Shah? Selebriti Roslan Shah juga pernah kontroversi dengan gambar tidak senonohnya sehingga dikutuk oleh para peminat! Roslan Shah mengakui dia lelaki lembut dan bukan pondan! Faham?



Roslan Shah Putus Cinta Dengan Awek Kelate?

Berita kononnya (Foto) Roslan Shah sudah putus cinta adalah tidak benar sebaliknya pengacara itu bertegas akan tetap berkahwin pada hujung tahun ini seperti mana yang pernah dihebohkan.

Roslan Shah yang kini berusia 41 tahun, bagaimanapun berkata, buat masa ini dia tetap dengan keputusannya untuk merahsiakan identiti wanita yang berasal dari Kelantan itu sehinggalah tiba waktunya.

"Sebelum ini memang saya ada uar-uarkan akan berkahwin dan akhirnya cerita itu sudah senyap. Sebenarnya saya masih bercinta dengan wanita berkenaan dan Insya-Allah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini juga," kata Roslan Shah yang tetap ceria.

Roslan diminta mengulas desas-desus mengatakan percintaannya dengan seorang wanita dari Kelantan hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam dan hubungan itu dikatakan sudah pun putus.


Bakal Isteri Dapat Terima Lelaki Lembut - Roslan Shah

Dalam perkembangan sama, (Gambar) Roslan Shah berkata, bakal isterinya itu mengetahui tentang sifat dirinya yang lembut dan dapat menerima kekurangan tersebut.

"Bakal isteri tahu saya lembut dan itu bukan masalah kerana apa yang penting nawaitu kita terhadap sesuatu perkara.

"Saya sukakannya kerana dia sangat sporting dan memahami diri saya di sebalik kata-kata negatif yang sering dilemparkan oleh masyarakat terhadap saya," jelas Roslan Shah yang menafikan dia seorang gay.

Sementara itu, Roslan berkata, dia menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan artis apabila mengetahui dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan bernikah.

Jelas Roslan, dia bersyukur apabila ramai yang gembira dan mendoakan perkara yang baik dengan keputusan itu namun turut mengakui terkilan apabila ada yang melemparkan kata-kata negatif.


Peminat Kutuk Kemampuan Kelakian Roslan Shah Untuk Berkahwin

"Ada yang mempertikaikan 'kemampuan' saya untuk berumah tangga hanya kerana sifat saya yang lembut dan pelbagai kata-kata negatif dilemparkan.

"Bukan kata-kata negatif yang saya harapkan daripada peminat dan masyarakat sebaliknya doa supaya rumah tangga itu nanti akan berkekalan sehingga akhir hayat," ujarnya. Blog hiburan mohdrohaizad.com turut mendoakan kebahagian Roslan Shah.

Bagaimanapun kata Roslan, kata-kata tersebut tidak pernah mematahkan semangatnya kerana dia sedar keputusannya untuk berkahwin adalah sesuatu yang baik dan murni.

Dalam perkembangan lain, Roslan berkata, dia kini sedang sibuk dengan rakaman program bual bicara kendaliannya berjudul Diva De Vida yang memfokuskan kepada topik kecantikan, kesihatan dan hiburan.

Jelas Roslan, dia sangat terharu diberikan peluang sebagai pengacara oleh penerbit eksekutif program berkenaan iaitu Datuk Dr Hasmiza Othman yang juga pengasas produk Vida Beauty.


Roslan Shah Pengacara Diva De Vida

"Ini adalah kali pertama saya menggalas tugas sebagai pengacara program televisyen dan sangat berbesar hati diberikan peluang oleh Astro dan Datuk Hasmiza untuk mengendalikan program berkenaan.

"Walaupun sudah biasa dengan pengacaraan di pentas namun saya tetap rasa gementar kerana ini adalah pengalaman pertama saya," jelasnya.

Diva De Vida akan mula bersiaran pada minggu ketiga Aidilfitri setiap hari Isnin pukul 9 malam di Astro Prima. - Mstar.

Biodata Profile Roslan Shah Facebook Twitter Keek Instagram




Roslan Shah Instagram


VIDEO ROSLAN SHAH PONDAN DIKUTUK KERANA GAMBAR TIDAK SENONOH

+Mohd Rohaizad berharap selebriti Roslan Shah yang terkenal sebagai pengacara no.2 setelah berjaya mengalahkan Azwan Ali! No.1 jangan tanyalah, tetap Aznil Nawawi atau Pak Nil lagi. Terkini Roslan Shah si lelaki lembut tetap akan berkahwin dengan gadis kelantan! Gadis kelate mana yang berkenan dengan Roslan Shah? Artis Misha Omar ke? Terbaru gaya rambut Roslan Shah yang telah membotakkan dirinya!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ROSLAN SHAH LELAKI LEMBUT KAHWIN GADIS KELANTAN By Mohd Rohaizad. Published: 29.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...