CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

SALMAN - SHAH RUKH KHAN TIDAK BERMUSUH LAGI


Terkini Raja Khan Bollywood, Salman Khan dan Shah Rukh Khan Tidak Bermusuh Lagi!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mendapat berita baik mengenai Raja Khan iaitu Shah Rukh Khan dan Salman Khan terbaru sudah tidak bermusuh lagi diantara satu sama lain! Mereka berdua sedia untuk berdamai dan melupakan sengketa dalam dunia hiburan Bollywood. Sebelum ini peperangan di antara dua Raja Khan ini cukup merunsingkan dan membentuk puak-puak yang menyokong Salman Khan dan Shahrukh Khan. Masing-masing tidak boleh bekerjasama dalam satu filem kerana perebutan artis-artis heroin yang cantik seperti Katrina Kaif. Nampaknya, mengambil berkat sempena bulan Ramadhan ini, Salman dan Shahrukh ingin bersahabat baik kembali seperti suatu ketika dahulu.


Raja Khan Kembali Bersatu - Salman Khan & Shah Rukh Khan

Pelakon Bollywood popular (Gambar Foto) Salman Khan dan (Gambar Foto) Shah Rukh Khan dilaporkan memeluk antara satu sama lain dalam satu majlis berbuka puasa tahunan anjuran Kongres Baba Siddique.

Kedua-dua aktor Khan ini dikatakan berselisihan faham pada ulang tahun pelakon cantik Katrina Kaif pada tahun 2008 dan tidak pernah bercakap bersama.


Salman Khan - Shah Rukh Khan Kembali Berdamai

Kedua-dua mereka pada awalnya berhadapan antaraa satu sama lain, bersalaman dan seterusnya berpelukan.

Seperti dilaporkan Karala News, Salman Khan dan Shahrukh Khan kelihatan betul-betul ikhlas dalam mencari jalan pendamaian dan berbaik semula demi kebaikan Bollywood. - Mstar.


VIDEO PEPERANGAN RAJA KHAN DI BOLLYWOOD: 
SALMAN KHAN - SHAH RUKH KHAN - AAMIR KHAN

+Mohd Rohaizad tengok +Salman Khan dan +Shah Rukh Khan berlakon bersama 10 tahun yang lalu. Selepas itu, permusuhan Shahrukh Khan dan Salman Khan membuatkan peperangan di antara raja Khan, sehinggakan tidak boleh bertentangan mata bersama dan cuba untuk menjauhi antara satu sama lain. Manakala Aamir Khan bersikap berkecuali dan berkawan baik dengan kedua-dua Khan yang bergaduh sebelum ini. Terkini hubungan Salman Khan dan Shah Rukh Khan sudah pulih dan tidak bermusuh lagi. Ini akan mendatangkan berita baik buat para peminat Malaysia, kemungkinan Raja-Raja Khan akan bergabung kembali dalam satu filem? Shah Rukh Khan, Salman Khan, +Aamir khan, Saif Ali Khan dan Imran Khan akan berlakon bersama-sama?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

SALMAN - SHAH RUKH KHAN TIDAK BERMUSUH LAGI By Mohd Rohaizad. Published: 23.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...