CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

SAZZY FALAK SOKONG ALVIN VIVIAN - PASANGAN LUCAH


Terkini Selebriti Sazzy Falak Sokong Pasangan Lucah Alvin Tan dan Vivian Lee!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com digemparkan dengan kenyataan Sazzy Falak yang secara terbuka menyokong pasangan lucah dan hina Islam iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee! Hah! Apa yang Sazzy Falak telah buat? Kononnya Sazzy telah membuat kenyataan sokongannya di Facebook dan merasa tidak terhina dengan ejekan Alvin Tan dan Vivian Lee kepada umat Islam dengan mengupload gambar sup babi untuk berbuka puasa.


Sazzy Falak Menyokong Pasangan Hina Islam - Alvin Tan dan Vivian Lee

Pelakon dan pengacara, (Gambar) Sazzy Falak terkejut dan bingung apabila tiba-tiba beliau dikatakan menyokong pasangan Alvin Tan dan kekasihnya Vivian Lee yang mencetuskan kontroversi ekoran tindakan biadap pasangan itu - menghina bulan Ramadan.

Pada 3 Ramadan lalu, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah memuat naik sekeping gambar berbuka puasa dengan Bak Kut Teh (makanan berasaskan sup herba dan khinzir). 

Tindakan pasangan itu menimbulkan kemarahan bukan sahaja dikalangan yang beragama Islam bahkan dari kalangan penganut agama lain juga turut serta menempelak mereka. Kedua-duanya telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hadir bagi memberikan kenyataan dan dikhabarkan akaun Facebook mereka telah pun ditutup. 

Kontroversi Gambar Video Pasangan Lucah Alvin dan Vivian

Tahun lalu, Alvin dan Vivian menggemparkan negara apabila menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog mereka. 

Sementelah sejak lewat petang semalam, nama Sazzy tiba-tiba menjadi bualan hangat ramai. Tak kurang selebriti itu teruk dikecam banyak pihak. Dalam sebuah laman web menyebut, Sazzy kononnya cuba berlagak seperti hero. Semuanya gara-gara dia dikatakan telah berkongsi sebuah rencana yang ditulis seorang blogger di wall miliknya. 

Selain itu dia juga menulis status di laman sosial Facebooknya itu yang seakan-akan menyebelahi Alvin dan Vivian yang juga popular dengan jolokan 'pasangan porno' itu.

"Saya tak tulis apa-apa di Facebook saya. Saya tak share apa-apa pun. Saya memang jarang buka Facebook. Selalunya ia dikemaskinikan oleh admin saya. Saya rasa ada orang yang ter-share dan menggunakan akaun saya. 
  
"Sejujurnya saya tidak tahu sangat mengenai isu pasangan tersebut. Saya hanya tahu tentang pasangan itu pun melalui berita tapi saya tak ambil tahu akan cerita sebenar mengenai kontroversi itu", katanya.


Sazzy Falak Menafikan Dia Memberi Sokongan Kepada Pasangan Hina Islam

Pemilik nama sebenar (Gambar) Sazlini Shamsul Falak ini ditemui pada rakaman Melodi Raya bertempat di PWTC, malam tadi.

Meskipun mengakui status tersebut seolah-olah menggambarkan dirinya yang menulis kenyataan itu, namun Sazzy menegaskan bukan dia yang melakukannya. Enggan hal tersebut diperbesar-besarkan, Sazzy menganggap sebagai salah faham dan tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang cuba memburukkan namanya. 

Pun begitu Sazzy Falak akan mendapatkan penjelasan daripada orang yang dipertanggungjawab mengendalikan Facebooknya.

"Nampak macam memang saya yang tulis tapi sumpah itu bukan saya. Apapun saya mohon maaf kalau 'saya' telah menimbulkan kemarahan ramai. Kalau saya nafikan pun, nanti orang tentu akan cakap yang nampak sangat macam 'saya' bersalah. Jadi adalah lebih baik saya minta maaf kepada mana-mana yang terasa dengan hal ini. 


Sazzy Falak Mohon Maaf Berhubung Isu Kontroversi Itu

"Apa yang penting, jujur itu bukan saya. Pendirian saya yang sebenar adalah tentunya saya tidak berpihak kepada pasangan itu. Tambahan saya tidak tahu cerita sebenar. Sebagai rakyat yang tinggal di negara pelbagai kaum, kita mestilah menjaga sensitiviti budaya dan agama bangsa lain. Mungkin ia nampak seperti bergurau tapi ia tetap sensitif. 

"Saya juga tak rasa ada pihak yang cuba nak burukkan nama saya. Saya minta maaf kalau 'saya' menimbulkan kemarahan ramai. Biarlah orang nak benci saya pun. Saya tak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Sebab, saya ada banyak hal lagi nak buat dan uruskan.

"Tapi apapun saya akan rujuk pada admin saya dan mendapatkan penjelasan sebenar", kata Sazzy Falak yang turut meluahkan perasaan tiba-tiba timbul rasa takut hendak melayari akaun Facebooknya sendiri selepas ini. - MalaysianDigest.

Bagi Yang Berminat Untuk Mengikuti Profile Sazzy Falak Di Blog / Facebook / Twitter:

Blog Sazzy Falak

Facebook Sazzy Falak Official Fan Page

Twitter Sazzy Falak


VIDEO SAZZY FALAK SEKSI HOT COVER SHOOT

+Mohd Rohaizad berharap +Sazzy Falak bersabar dan jangan terlalu emosional dengan isu yang berlaku. Cuma hendak kepastian sama ada memang Sazzy Falak yang membuat kenyataan sokongan kepada pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee mengenai isu hina Islam ketika bulan Ramadhan. Tetapi Sazzy Falak telah menafikan bukan dirinya dalam facebook tersebut, jesteru siapakah yang menyamar sebagai Sazzy Falak ya? Admin page Sazzy Falak di Facebook pun tidak kenal?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

SAZZY FALAK SOKONG ALVIN VIVIAN - PASANGAN LUCAH By Mohd Rohaizad. Published: 24.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...