CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

SHAM KAMIKAZE BELA ASHRAF MUSLIM BERPOLIGAMI


Terkini Sham Kamikaze Bela Ashraf Muslim Berpoligami Isteri Dua?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan Sham Kamikaze membela Ashraf Muslim untuk berpoligami dan beristeri dua! Kisah Ashraf Muslim ini mengingatkan kembali kisah mengenai diri Sham Kamikaze yang juga dulu pernah menghadapi gosip dan dilema yang sama seperti Ashraf. Sham berharap pihak-pihak yang terlibat menghentikan kritikan, kutukan terhadap tindakan Ashraf Muslim memadukan isteri pertamanya Noor Dayana bersama Wan Sakinah.


Sham Kamikaze Mohon Jangan Kritik Ashraf Muslim

Komposer dan penceramah bebas (Gambar Foto) Sham (Kamikaze) meminta mana-mana pihak tidak lagi mengkritik langkah pelakon Ashraf Muslim yang memiliki isteri kedua iaitu bekas kru produksi televisyen TV9, Wan Sakinah Ahmad Saburi.


Sham Kamikaze atau nama sebenarnya (Gambar) Shamril Mohd Salleh, 37 tahun, berkata, sebagai individu yang hanya melihat dan sekadar membaca mengenai perkembangan Ashraf di media, orang ramai tidak ada hak untuk menilai perilaku pelakon itu baik mahupun buruk.

Jangan Nilai Baik Buruk Ashraf Muslim Berkahwin Dua

"Dalam kes Ashraf ini, siapakah kita untuk menilai seseorang tak kiralah sama ada ia adalah satu perkara baik atau buruk.

"Takut nanti jika penilaian itu menjadi hal lain pula, seolah-olah kita menidakkan takdir Allah. Kita kena ingat setiap perkara yang berlaku, Allah sudah rancangkan.

"Jadi lebih baik kita diam sahaja dan doakan yang terbaik buat Ashraf sekeluarga," katanya.


Kontroversi Ashraf Muslim Berpoligami Dengan Wan Sakinah

Sham diminta mengulas mengenai Ashraf yang juga merupakan pengamal perubatan Islam mencetuskan kontroversi apabila dia mengaku telah berkahwin kali kedua dan perkahwinan itu dibuat tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26 tahun.

Hal sama juga berlaku kepada Sham pada tahun lalu apabila dia menjadi tumpuan ramai gara-gara dikatakan sudah beristeri untuk kali kedua dengan wanita bernama (Gambar) Nurul Halimin tanpa pengetahuan bekas isteri pertamanya (ketika kejadian mereka belum bercerai), (Gambar) Farazila Abdul Jabar, 32 tahun.

Gosip Hangat Sham Kamikaze Bernikah Janda Anak Satu

Bagaimanapun Sham menafikan gosip tersebut namun tidak lama selepas itu wajah isteri baharu Sham didedahkan sebuah laman blog iaitu seorang janda anak satu dan mereka telah berkahwin pada 16 Januari 2012.

Ditanya pula mengenai kehidupannya dengan isteri baharunya, yang juga kakak kepada penyanyi Maulana AF8, Sham berkata, dia bahagia dengan kehidupannya itu.

"Tiada apa yang menarik, tetapi saya sekeluarga bahagia, Alhamdulillah," ujarnya.


Sham Kamikaze Kini Pendakwah Sepenuh Masa

Sementara itu, mengenai perkembangan lain pula, Sham Kamikaze berkata dia kini merupakan pendakwah sepenuh masa selain menjadi panel jemputan dalam mana-mana acara keagamaan.

“Inilah saya sekarang. Tidak lagi bermain muzik, tetapi saya lega dengan kehidupan sekarang. Memang saya sudah meninggalkan dunia komersial sepenuhnya.

"Kerja studio pun saya tinggalkan. Kalau ada pun yang meminta lagu, ia lebih kepada lagu nasyid kontemporari,” tuturnya. - Mstar.

Anda Berminat Mengikuti Profile Sham Kamikaze di Facebook?

Facebook Sham Kamikaze Fan Page


VIDEO CERITA SHAM KAMIKAZE - PENGHIJRAHAN SEPENUHNYA

+Mohd Rohaizad cuba berfikiran positif mengenai isu +Ashraf Muslim  berpoligami berkahwin dua isteri iaitu Noor Dayana dan Wan Sakinah. Saudara +Sham Kamikaze membela dan memohon agak pihak-pihak yang terlibat jangan terlalu mengkritik Ashraf Muslim seolah-olah terlampau negatif dan jahat kerana menipu terhadap isteri pertamanya. Sebelum ini, isu Sham Kamikaze bernikah satu lagi dengan Nurul Halimin juga hangat mengenai bekas isteri pertamanya yang akhirnya diceraikan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

SHAM KAMIKAZE BELA ASHRAF MUSLIM BERPOLIGAMI By Mohd Rohaizad. Published: 23.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...