CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

SHAM KAMIKAZE MERAJUK ISU TAZKIRAH 'HADIAH KEPADA SI MATI'


Terkini Sham Kamikaze Teruk Dikutuk Sehingga Merajuk Mengenai Isu Tazkirah 'Hadiah Kepada Si Mati'!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan mengenai isu tazkirah Sham Kamikaze teruk dikecam dikutuk dihina bertajuk 'Hadiah Kepada Si Mati'. Sham Kamikaze dikatakan cetek ilmu agama Islam dan memandai-mandai tanpa meminta pandangan daripada alim Ulama yang ada terlebih dahulu. Seolah-olah semua bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati. Begitulah cabaran dan dugaan yang perlu dihdapi oleh Sham Kamikaze yang telah berubah sepenuhnya untuk menjadi pendakwah bebas.


Sham Kamikaze Jahil dan Cetek Ilmu Tentang Islam?

Melihat kepada cuaca hari ini yang mendung diiringi berita sedih pemergian seniwati filem Melayu klasik, Datin Hajjah Umi Kalthum meninggal dunia, kami cuba bermuhasabah diri dan melihat kembali diri ini yang serba kekurangan dari segi ilmu serta amal dan ibadat kepada yang Maha Esa.

Dalam pada sibuk muhasabah diri tiba-tiba teringat pada seorang pemuzik handalan industri muzik tempatan kita iaitu (Foto) Sham Kamikaze yang kini sudah menemui sinar cahaya dalam kehidupan. Semenjak dia dilaporkan berhijrah, Sham memang betul-betul bersungguh menjaga tingkah laku walaupun sejenak pernah dilanda kisah kontroversi rumahtangganya pada beberapa tahun yang lalu.


Sham Kamikaze Beri Tazkirah Di TV Al-Hijrah

Tetapi bukan pasal itu kami nak cerita. Kes ini melibatkan reputasi Sham sebagai seorang selebriti dan juga seorang Muslim yang telah diberikan tanggungjawab untuk membicarakan soal agama secara terbuka di stesen televisyen Al-Hijrah baru-baru ini.

Penampilannya dalam sebuah rancangan berunsurkan tazkirah itu telah dikecam hebat oleh umum yang mempunyai pandangan masing-masing apatah lagi berbicara soal agama dan hukum. Sham Kamikaze dikatakan jahil dan tidak layak untuk memberikan dan membincangkan hal sedemikian di dalam rancangan tersebut.

Antara pengisian yang disampaikan oleh Sham Kamikaze namun ditolak oleh ramai pihak adalah apabila tazkirah yang bertajuk 'Hadiah Kepada Si Mati' kelolaan bekas gitaris ini yang telah mengemukakan hujah bahawa amalan membaca Al-Fatihah atau bacaan Al-quran tidak sampai kepada si mati.


Sham Kamikaze Menafikan Amalan Bacaan Al-Quran Tidak Sampai Kepada Si Mati

Tidak ada nas atau dalil pun yang menceritakan bahawa bacaan Al-quran itu akan sampai pahalanya kepada si mati, jadi janganlah kita membuat kerja yang nabi tidak buat. Persoalan apabila kita mendapat berita kematian apa yang nabi buat? Nabi apabila mendapat berita kematian nabi mendoakan almarhum.

Hujah ini telah menerima pelbagai kritikan pedas daripada umum dan meminta supaya bekas gitaris Kamikaze ini jangan menyampaikan sebarang ajaran tanpa meneliti dahulu secara terperinci. Tapi ada betul juga saranan mereka ini supaya tidak ada percanggahan dan kekeliruan, lagipun bab-bab agama kami pun tak berani nak komen. Biarlah mereka yang mempunyai ilmu memperkatakannya.

Cuma di pihak Sham Kamikaze pastinya dia akan berjauh hati dan tersentap bila menerima komen sedemikian walhal dia hanya mahu berbakti kepada agamanya serta berkongsi apa yang dia tahu. Sebagai orang yang baru berhijrah, dugaan seperti ini semestinya ada dan diharapkan Sham bersedia dan tidak patah semangat.


Harap Alim Ulama Perbetulkan Kesilapan Ustaz Sham Kamikaze

Kami ada juga menonton video tersebut, tetapi biarlah mereka yang bijak pandai memberi pandangan. Kami sekadar mahu menyokong Sham Kamikaze yang dilihat bersungguh-sungguh mahu memberikan sumbangannya kepada agama Islam yang tercinta. Sebagai manusia biasa pasti ada melakukan salah dan silap, betulkan?

Ada juga pihak kami cuba mendapatkan komen Sham Kamikaze yang seakan jauh hati dan merajuk apabila dikritik sedemikian melalui status Facebooknya yang dikemaskini selepas perkara ini mula diperkatakan namun dia tidak dapat pula dihubungi.

Apa-apa pun kami ingin berpesan sahaja disini bahawa setiap apa yang kita lakukan semua datang daripada niat. Kalau niat kita suci dan ikhlas pasti akan mendapat balasan yang sama. Moga-moga Sham Kamikaze kuat melalui dugaan ini dan mungkin boleh tampil menjelaskan situasi yang sebenar. - Portal Murai.

Bagi Yang Berminat Untuk Mengikuti Profile Sham Kamikaze Di Facebook / Twitter:




VIDEO TAZKIRAH SHAM KAMIKAZE TAJUK 'HADIAH KEPADA SI MATI'

+Mohd Rohaizad berharap Sham Kamikaze terlebih dahulu mengambil pandangan atau pendapat mengenai isu 'Hadiah Kepada Si Mati' daripada alim Ulama yang ada. Tidak salah pandangan / pendapat berdasarkan ilmu yang Sham ada, cuma isu ini agak sensitif kepada umat Islam. Kami juga berharap Sham Kamikaze bersabar dan jangan putus asa dengan isu ini, andai ada kesilapan, tidak salah kita memohon maaf kerana kita kan manusia biasa yang tidak terlepas dari kekhilafan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

SHAM KAMIKAZE MERAJUK ISU TAZKIRAH 'HADIAH KEPADA SI MATI' By Mohd Rohaizad. Published: 24.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...