CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

SHUKRI YAHAYA TERTIKAM TANGAN SENDIRI KETIKA DRAMA


Terkini Artis Shukri Yahaya Tertikam Tangan Sendiri Ketika Berlakon Drama!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com mendapat khabar tentang artis drama Juvana iaitu Shukri Yahaya telah dimasukkan ke dalam hospital kerana tertikam tangan sendiri! Kecederaannya boleh dianggap parah jika lambat dibawa ke hospital. Anda tengoklah sendiri keadaan luka ditangannya seolah-olah seperti tertembus kan? Kemalangan Shukri Yahaya ini membuatkan penggambaran babaknya tertangguh beberapa hari untuk memastikan dia sembuh dan tiada sebarang komplikasi akibat accident yang berlaku.


Shukri Yahaya Kemalangan / Accident Ketika Berlakon

Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada pelakon, (Gambar) Shukri Yahaya apabila dia tertikam tangannya sendiri ketika menjalani penggambaran drama 'Menjinak Ombak'.

Wartawan yang berjaya menghubungi Shukri melalui kekasihnya memberitahu kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5 petang, semalam.


Kesilapan Shukri Yahaya Sendiri Tidak Berhati-Hati

"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.

"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan megikatnya ke tangan saya," ujar Shukri Yahaya yang terus dibawa ke Hospital Selayang.


Shukri Yahaya Jalani Pembedahan

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini.

Menurut Shuk lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan.

Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat di dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz. - MH Online.

Biodata Profile Shukri Yahaya Juvana




VIDEO SHUKRI YAHAYA DAN RAKAN ARTIS

+Mohd Rohaizad harap Shukri Yahaya tiada masalah semasa pembedahan ditangannya nanti kerana untuk mengelakkan jangkitan kuman. Macam mana Shukri Yahaya boleh tertikam tangan sendiri? Mungkin Shukri mengelamun semasa berlakon kot? Tapi lain kali berhati-hati semasa bermain dengan senjata tajam dan peralatan yang merbahaya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

SHUKRI YAHAYA TERTIKAM TANGAN SENDIRI KETIKA DRAMA By Mohd Rohaizad. Published: 29.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...