CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN DIDRAMAKAN TERKINI


Terkini Novel Seram Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) Didramakan!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com kali ini ingin berkongsi dengan pembaca mengenai novel seram Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) telah didramakan! Penulis memang peminat novel seram yang dikarang oleh Tamar Jalis. Sebelum ini ramai yang menipu dan menyamar guna nama Tamar Jalis untuk membuat onar dalam perubatan tradisional Melayu sehinggalah Tamar Jalis yang sebenar mengakui dirinya penulis siri SBDJ iaitu Ahmad@Mohd. Radzi Mahmud.


Novel Lagenda Seram Siri Bercakap Dengan Jin

Usah lagi bercakap mengenai novel bergenre seram, Siri Bercakap Dengan Jin yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an.

Populariti novel itu diterjemahkan menerusi cetakan melebihi ratusan ribu naskhah.

Ia merupakan siri yang terpanjang dan paling lama pernah disiarkan dalam majalah di Malaysia.

Novel itu sebaris dengan nama pena Tok Awang Ngah yang menulis novel seram bersiri, Berkelahi Dengan Syaitan yang cukup popular pada tahun yang sama.

Cuma, siapa Tok Awang Ngah sebenarnya masih menimbulkan persoalan sehingga ke hari ini.

Maklumat yang boleh diperoleh daripada internet menunjukkan Tok Awang Ngah itu berasal dari Negeri Sembilan.


Penulis Sebenar Siri Bercakap Dengan Jin

Namun, untuk naskhah Siri Bercakap Dengan Jin, semua sudah sedia maklum bahawa penulisnya ialah Tamar Jalis yang merupakan pemilik nama sebenar (Gambar) Ahmad@Mohd. Radzi Mahmud, 73 tahun, yang berasal dari Beruas, Perak.

Kata Tamar yang diwawancara kru Jurnal pada tahun lepas, dia mendapat inspirasi untuk menulis kerana banyak mengikuti perjalanan datuknya, Kulup Muhamad Diah atau lebih dikenali dengan panggilan Long Mat Piah.

Long Mat Piah ialah seorang pengamal perubatan tradisional.

Sesi perjalanannya bersama datuknya itu telah membawanya meneroka ke semua daerah di Perak.

Dia melihat sendiri datuknya mengubat para pesakit yang mengalami masalah gangguan jin dan syaitan.

Novel Seram Siri Bercakap Dengan Jin Dicetak Semula

Namun, novel itu telah mengalami transformasi baharu yang dilakukan sebuah syarikat percetakan iaitu Kumpulan Nafiela yang setakat ini telah menjenamakan semula naskhah tersebut bermula dari siri 1 hingga 3.

Siri-siri tersebut telah dibuat pembaharuan dari segi kulit depan buku selain gambar-gambar di lokasi kejadian yang sebenar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nafiela, Syamreen Azam Shafei, sambutan yang diterima selepas penjenamaan semula novel itu adalah cukup baik.

“Setakat ini, semua siri tersebut telah dijual sebanyak 30,000 unit.

“Sambungan siri tersebut akan dihasilkan secara berperingkat-peringkat,” katanya.


Drama Siri Bercakap Dengan Jin - Skop Production

Namun, buku Siri Bercakap Dengan Jin jilid satu akan diterbitkan dalam bentuk drama bersiri hasil kerjasama Kumpulan Nafiela dengan syarikat perfileman Skop Production milik pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam.

“InsyaAllah penggambaran drama 28 episod itu akan dimulakan pada pertengahan Ramadan ini dengan pelakon terkenal tanah air akan memegang watak utama.

“Cuma, nama-nama mereka akan diumumkan oleh Yusof sendiri,” katanya baru-baru ini.

Menurut Syamreen, berdasarkan perancangan, drama itu akan disiarkan dalam saluran Astro pada awal 2014.

Katanya, lokasi penggambaran drama itu ialah di sekitar Beruas dan beberapa tempat lain.

“Bezanya, drama adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis dan bukan rekaan semata-mata.

“Kebanyakan drama dan filem seram ini hanya rekaan dan sains fiksyen. Mungkin itu tarikan utamanya apabila disiarkan kelak,” katanya.

Drama SBDJ Seram Menakutkan?

Mengulas mengenai drama itu yang mungkin akan menakutkan penonton terutama kanak-kanak, Syamreen mempunyai jawapannya.

“Itu sebenarnya terpulang kepada ibu bapa untuk menggunakan kaedah mereka sendiri semasa mengawal anak-anak menonton.

“Tidak semua babak drama ini berkisar mengenai hantu semata-mata tetapi ada unsur pengajaran agar kita tidak menyekutukan Allah SWT dalam setiap perbuatan yang kita lakukan,” katanya. - Kosmo!

Bagi Yang Berminat Untuk Menyertai Group Siri Bercakap Dengan Jin Di Facebook Bolehlah Klik Link Dibawah:



Penulis merupakan salah seorang  ahli group facebook berkenaan dan sentiasa mengikuti perkembangan di blog cerita seram yang menjadi koleksi sekitar nusantara.


VIDEO TEMUBUAL TAMAR JALIS - PENULIS SIRI BERCAKAP DENGAN JIN (SBDJ)

+Mohd Rohaizad dan para peminat lagenda Tamar Jalis memang tidak mengetahui siapa nama sebenar Novel Seram Siri Bercakap Dengan Jin. Penulis juga mempunyai koleksi novel-novel Tamar Jalis yang dikumpul sejak sekolah rendah. Bagi yang sezaman dengan penulis, Tamar Jalis memang cukup popular pada masa tersebut, siri-siri cerita seramnya dinanti oleh ramai pengikutnya. Cuma terkini, setelah ramai yang tertipu dengan penyamar Tamar Jalis barulah penulis sebenarnya mahu dikenali, jika tidak, Tamar Jalis mungkin akan menjadi seperti seorang lagi lagenda bernama Tok Awang Ngah yang juga masih misteri sampai sekarang. 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN DIDRAMAKAN TERKINI By Mohd Rohaizad. Published: 21.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...