CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

TERKINI BETTY BENAFE HAMIL MENGANDUNG | TAHNIAH


Cerita Terkini Betty Benafe Sudah Hamil Mengandung 4 Bulan. Tahniah!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan terkini artis kacukan Arab Melayu iaitu Betty Benafe telah pun mengesahkannya hamil mengandung empat bulan! Betty Benafe berkahwin tahun lepas, nampaknya rezeki keluarganya akan mendapat cahaya mata pada hujung tahun ini. Betty dijangka bersalin pada bulan Disember jika mengikut ramalan doktor pakar.


Betty Benafe Sahkan Hamil 4 Bulan

Penyanyi dan pelakon kacukan Arab, (Gambar) Betty Benafe mengesahkan dirinya telah hamil empat bulan.

Tidak kisah jantina bayinya itu, Betty dan suaminya, (Gambar) Bruce Darghous tetap bersyukur apabila mendapat tahu berita tersebut.

“Alhamdulillah saya telah hamil empat bulan.

"Saya dan suami terlalu gembira apabila mendapat tahu tentang kehamilan saya,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Butik Omar Ali, Taman Tun Dr Ismail, hari ini.

Betty Benafe - Bruce Darghous Berkahwin Tahun Lepas

Betty dan Dargous selamat menikah pada 8 Disember tahun lalu.

“Saya sangat teruja menanti kehadiran anak pertama kami. Saya tak kisah jantina anak kami.

“Tapi saya berharap sekurang-kurangnya kami ada sepasang. Tak kisah mana satu (lelaki atau perempuan) yang dapat dulu,” kata Darghous yang sedikit protektif terhadap Betty semenjak disahkan hamil.


Betty Benafe Bersalin Anak Disember Ini

Sementara Betty akui tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam sebarang makanan buat masa ini.

“Setakat ini, saya tak ada muntah atau mengidam apa-apa. Cuma berat badan saya turun sampai empat kilo kerana saya tak ada selera makan dalam tempoh tiga bulan pertama itu.

“Tapi di awal-awal kehamilan, saya rasa panas sampai saya potong rambut pendek. Saya sedar saya hamil apabila kehamilan saya sudah dua minggu,” kata Betty.

Bayi pertama mereka itu dijangka lahir pada bulan sama dengan kelahiran Darghous iaitu Disember. - Sinarharian.


VIDEO MUZIK BETTY BENAFE - TAK SENGAJA (OFFICIAL)

Mohd Rohaizad dan para peminat Betty Benafe berharap banyakkan berehat dan jangan membuat kerja yang lasak, maklumlah hamil mengandung anak sulung. Mungkin buat permulaan tiada alahan dan mengidam apa-apa, kami mendoakan Betty Benafe selamat bersalin anak nanti yang dijangka bulan Disember tahun ini ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

TERKINI BETTY BENAFE HAMIL MENGANDUNG | TAHNIAH By Mohd Rohaizad. Published: 15.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...