CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

TERKINI NADIA MUSTAFAR HAMIL MENGANDUNG | TAHNIAH


Terkini Artis Nadia Mustafar Sahkan Hamil Mengandung Anak Ketiga!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dan para peminat mengucapkan tahniah buat Nadia Mustafar yang sahkan hamil mengandung anak ketiga. Nampaknya keluarga Nadia akan diserikan lagi anak ketiga yang dijangka lahir awal tahun depan jika tiada sebarang masalah. Nadia Mustafar dan suaminya sememangnya sudah merancang untuk mendapatkan anak memandangkan anak yang kecil sudah berusia hampir 3 tahun, pandai ya merancang keluarga.


Nadia Mustafar Sahkan Hamil Anak Ketiga

Pelakon, (Gambar) Nadia Mustafar mengesahkan yang dia kini sedang hamil anak ketiga.  Dia memberitahu, usia kandungannya kini sudah mencecah dua bulan.

"Alhamdulillah, inilah yang dinamakan rezeki.  Saya dan suami memang merancang untuk menimang cahaya mata yang ketiga.  Lagi pula, anak yang paling kecil kini sudah berumur dua tahun setengah.

"Lagi satu, umur saya kini sudah 38 tahun. Jadi, sebelum memasuki angka 40 tahun, elok juga tambah lagi seorang," ujarnya ketika di temui di majlis berbuka puasa Astro semalam.


Nadia Mustafar Tidak Mengidam Pelik-Pelik

Tambahnya lagi, sejak disahkan hamil dia tidak mengalami sebarang alahan mahupun mengidam yang pelik-pelik.

"Jantina anak memang belum tahu lagi, tapi saya berdoa semoga dikurniakan anak perempuan. Jika tidak dapat, tidak mengapa. Apa yang penting anak dalam kandungan sihat," ujarnya lagi.

Selain dua orang anak kandung, Nadia Mustafar juga memiliki seorang anak angkat perempuan yang kini berusia lima tahun enam bulan.

Sementara itu, anak kedua dan ketiganya adalah lelaki dan masing-masing berusia empat dan dua tahun enam bulan. - MH Online.


VIDEO TEMUBUAL NADIA MUSTAFAR DALAM PRIMADONA

Mohd Rohaizad - Tahniah diucapkan kepada Nadia Mustafar yang sedang hamil mengandung anak yang ketiga. Nadia juga mempunyai seorang anak angkat yang sudah berusia 5 tahun setengah. Kami mendoakan semoga keluarga Nadia Muastafar dimurahkan rezeki dan selamat bersalin anak nanti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

TERKINI NADIA MUSTAFAR HAMIL MENGANDUNG | TAHNIAH By Mohd Rohaizad. Published: 18.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...