CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

VIDEO ALVIN - VIVIAN MOHON MAAF


Video Permohonan Maaf Alvin Tan - Vivian Lee

Blog Mohdrohaizad.com diberitakan yang pasangan porno Malaysia iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee telah membuat video permohonan maaf kepada masyarakat Islam yang tersinggung dengan gambar poster mereka yang mengajak orang Melayu Islam berbuka puasa dengan makanan Bak Kut Teh iaitu Sup Babi dengan logo Halal Jakim. Adakah mereka betul-betul ikhals memohon maaf? Adakah mereka akan mengulangi lagi perbuatan dengan pelbagai penghinaan yang dibuat untuk menarik perhatian masyarakat Malaysia?


Facebook Page Alivi Ditutup Terus

Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee, atau lebih dikenali dengan panggilan Alivi, terus menutup akaun laman sosial Facebook mereka buat selama-lamanya selepas memuat naik posting kontroversi 'Selamat Berbuka Puasa' baru-baru ini.

Posting berkenaan telah menimbulkan kemarahan pelayar internet, masyarakat Islam dan bukan Islam, apabila pasangan berkenaan memaparkan sekeping gambar mereka sedang makan bak kut teh (hidangan daging babi).

Facebook Twitter Alvin - Vivian Dikutuk Masyarakat Malaysia

Dalam akaun Twitter milik pasangan tersebut, @AlviviSwingers, mereka memaklumkan bahawa akaun Facebok tersebut terpaksa ditutup selepas mereka menerima 'kritikan dan maklumbalas yang negatif daripada pengujung laman web tersebut.

Pasangan berkenaan turut menggunakan bahasa kasar dalam tweet yang berikutnya, mereka menyalahkan orang awam, media dan pihak pentadbir akaun Facebook ekoran penutupan akaun mereka.


Pasangan Alvin Vivian Biadap & Kurang Ajar

Kurang daripada 24 jam selepas mereka memuat naik gambar kontroversi berkenaan, pasangan tersebut menerima lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan yang disifatkan biadap dan tidak peka terhadap sentsitivi masyarakat Islam di Malaysia.

Terdahulu Tan memberitahu The Star mereka memuat naik gambar berkenaan, tanpa sebab munasabah dan sekadar satu bahan guraan.

Selepas mendapat kritikan yang negatif, mereka memuat naik gambar yang baru pada Jumaat, dengan memaparkan 'hidangan babi' tersebut disorokkan dibelakang makanan halal.

Kapsyen gambar tersebut turut diubah daripada "Selamat Berbuka Puasa" kepada "Ampunkanlah Kami".

Pada Oktober tahun lalu, pasangan ini turut memuat naik rakaman video diri mereka mengadakan hubungan seks. - MStar.


VIDEO ALVIN TAN - VIVIAN LEE MOHON MAAF

Mohd Rohaizad berharap isu berkenaan hina masyarakat Islam berbuka puasa dengan bak kut teh oleh pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee ini selesai. Adakah pasangan porno ini akan insaf? Penulis tidak pasti, berkemungkinan isu mengenai Alvin dan Vivian ini timbul lagi dikemudian hari, entah pasangan ini hendak buat apa pula selepas ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

VIDEO ALVIN - VIVIAN MOHON MAAF By Mohd Rohaizad. Published: 15.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...