CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

WADY HAMDAN PENIPU? | PRESIDEN KELAB PENGHIBUR JALANAN BELIA MALAYSIA


Adakah Wady Hamdan Penipu? | Presiden Kelab Penghibur Jalanan Belia Malaysia

mohdrohaizad.com - Isu dalam insutri hiburan terkini mengenai (Gambar) Wady Hamdan iaitu Presiden Kelab Penghibur Jalanan Belia Malaysia yang dikatakan menghilangkan duit Kelab sebanyak RM31,000. Akibatnya, seramai 200 ahli kelab tersebut terpaksa menangguhkan hasrat untuk mewakili Malaysia dalam Festival World Art Games Ke-3 di Croatia mulai 29 Jun 2013. Diharap Wady Hamdan dapat memberi penjelasan secara lengkap dalam masa terdekat. Blog ini memperoleh Info daripada Murai Batu dari Portal Murai.com.my.



Betul Ke Wady Hamdan Penipu?

Nasib malang menimpa 200 penghibur jalanan serta delegasi lain yang sepatutnya mewakili negara ke Festival World Art Games Ke-3 di Croatia mulai 29 Jun lalu hingga 10 Julai 2013. Penyertaan mereka ditangguhkan pada saat akhir oleh pihak penganjur yang juga merupakan Presiden Kelab Penghibur Jalanan Belia Malaysia, Wady Hamdan kerana masalah kewangan.

Malah Wady Hamdan menyuruh para delegasi pergi dengan sendiri tanpa bantuan dana Persatuan Penghibur Jalanan. Kalau hendak diikutkan sebelum pergi, 
Wady Hamdan kena bayar 50 peratus duit bayaran untuk setiap para pemuzik serta delegasi lain yang mewakili negara ke sana. Tapi, mereka dimaklumkan dengan air liur kosong Wady Hamdan yang auta tahap gaban.

Lebih teruk lagi, terdapat kumpulan pemuzik jalanan yang dibatalkan ke Croatia pada saat mereka hendak check-in di KLIA. Bila check-in, nama tiada dalam senarai dalam pesawat. Pada saat akhir itu juga mereka tahu, penyertaan mereka sudah dibatalkan tanpa dimaklumkan lebih awal. Sumber Murai Batu mendapati kumpulan yang dibatalkan penyertaannya sebab pilih kasih iaitu kumpulan pemuzik jalanan tertentu sahaja yang pergi.

Sikap Wady Hamdan Pilih Kasih

Selain itu, sesiapa saja yang mempersoalkan tindakan Wady Hamdan untuk tidak membayar bayaran sebanyak 50 peratus dulu, nama mereka akan dibatalkan dalam senarai. Ada juga orang macam ini ya? Memang Wady Hamdan tidak layak menjadi Presiden kepada penghibur jalanan Malaysia jika benar.

Sudahlah dibatalkan, semua barang-barang dan pealatan diaorang terkandas pulak kat KLIA. Khabarnya dah beberapa hari jugak tersadai di sana dan sekiranya pemuzik-pemuzik ini ingin mengambilnya semula, mereka kena lunaskan bayaran RM31,000 kepada pihak KLIA.

Wady Hamdan Hilang Duit RM31,000 & Peralatan Muzik Penghibur Jalanan

Khabarnya disebabkan hal ini, AJK penganjur telah mengambil keputusan untuk mengadakan mesyuarat dengan Wady Hamdan untuk membincang hal ini pada pagi ini, sekaligus meminta dia melunaskan bayaran sebanyak RM31,000 untuk memastikan barangan serta peralatan-peralatan tersebut dapat dibawa keluar dan diserahkan kembali kepada setiap pemuzik atau penghibur yang terbabit.

Malangnya, si Wady Hamdan langsung tak muncul-muncul. Malah, gagal untuk dihubungi. Wah! Ini baik punya 'kencing' ni. Pada Wady Hamdan, seandainya terbaca artikel ini, cuba-cubalah selesaikan perkara ini secara gentleman. Jangan nak menghilangkan diri pulak kerana ianya tidak akan selesaikan masalah. Lagi, bertambah masalah adalah.


Wady Hamdan Wajib Letak Jawatan

Lagipun awak yang anjurkan benda ni. Bila dah jadi 'taik' takkan nak lepaskan tangan macam tu saja. Takkan nak tengok pemuzik-pemuzik yang berada di bawah persatuan anda sengsara sebab tak dapat cari rezeki berhari-hari kerana peralatan semua tersadai kat airport.

Selepas kes ni selesai, Wady Hamdan wajar letak jawatan sebagai Presiden Kelab Penghibur Jalanan Belia Malaysia. Tak guna pegang jawatan tu, kalau tak dapat membantu ahli-ahli kelab sendiri, tidak bersikap telus dan mengamalkan favouristism dan nepotisme dalam kelab macam itu.






VIDEO PENGHIBUR JALANAN - AMIR JAHARI

Mohd Rohaizad - Penulis dan para peminat industri hiburan menyokong penuh Wady Hamdan selesaikan masalah yang dibangkitkan. Wady Hamdan juga disarankan meletak jawatan Presiden Kelab Penghibur Jalanan Belia Malaysia yang disandangnya. Bagaimana pula dengan isu artis Malaysia yang banyak berpersatuan tapi nak bantu sesama rakan artis pun susah, lebih teruk berpuak-puak dalam industri hiburan Malaysia yang kononnya besar ala-ala Malaywood.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

WADY HAMDAN PENIPU? | PRESIDEN KELAB PENGHIBUR JALANAN BELIA MALAYSIA By Mohd Rohaizad. Published: 2.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...