CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

WAN SHARMILA DICIUM LELAKI KETIKA BERAYA


Kisah Artis Wan Sharmila Dicium Lelaki Ketika Berhari Raya!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan kisah artis yang terkenal dengan status janda meletop Wan Sharmila pernah dicium lelaki semasa berhari raya! Malah Wan Sharmila juga pernah melecur teruk dimukanya sehingga malu hendak menunjukkan parut lukanya. Lebih mengemparkan, Wan Sharmila terkini kontroversi dengan adegan seks terlampaunya di ranjang sehingga menjadi bualan di media dan blog! Terdesak sangat ke Wan Sharmila sampai gosip terbaru terpaksa buat adegan lucah di dalam babak filem tersebut?


Janda Meletop Wan Sharmila Terkini Bercinta Dengan VIP?

Empat tahun menjanda, pelakon ini jarang dikaitkan dengan kisah-kisah kontroversi dan cinta. Walaupun pernah menyatakan hasrat untuk merasai kembali pengalaman bergelar isteri orang, namun pelakon genit, (Foto) Wan Sharmila, ini bijak membawa diri.

Namun, sejak akhir-akhir ini, mungkin pengikut laman mikro, Twitter dan Instagram pelakon filem, Bisikan Syaitan, ini dapat menghidu sesuatu mengenai hubungan cintanya.

Sering memuat naik gambar dan ayat-ayat yang menunjukkan dirinya seolah-olah sedang dilamun cinta, akui Wan Sharmila, dirinya kini sudah berpunya.


Wan Sharmila Mantap Tidak Gelojoh Membuat Hubungan

Menurut Wan, dia tidak mahu terlalu terburu-buru dengan hubungan yang baru dibina itu sehingga menyukarkan perjalanan cintanya.

"Ya, memang saya kini sedang dilamun cinta dan sudah berpunya. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan berharap hubungan ini berjalan lancar," kata Wan Sharmila termasuk status janda hot meletop.

Ketika ditanya, apakah buah hatinya itu terdiri daripada golongan VIP, Wan nampaknya lebih selesa tidak mendedahkan lagi identiti sebenar jejaka itu.


"Siapa dia, tidak perlu saya perkatakan untuk ketika ini kerana saya tidak mahu terlalu terbuka dalam soal cinta dan perhubungan.

"Mungkin buat masa ini, masih tidak sesuai untuk memberitahu kesemuanya. Namun saya tidak menolak untuk memperkenalkannya secara umum satu masa nanti. Cukuplah saya katakan yang dia kini berada di London dan bukanlah di kalangan orang seni," kata Wan Sharmila yang pernah popular dalam drama Nora Elena.

Sebelum ini, Wan pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit dan pemilik syarikat produksi, Radius One, Fazli Baharom. Namun, hubungan itu berakhir dengan penceraian pada 23 Oktober 2009, setelah tiga tahun bersama.


Wan Sharmila Hot Sambut Raya Ala Kadar

Bertanya mengenai persiapan menyambut lembaran Syawal, akui Wan, dia lebih selesa bersederhana dan tidak terlalu awal menyediakan kelengkapan.

Menurut Wan, sambutan rayanya tidak terlalu fokus untuk diri sendiri, malah dia lebih mementingkan persiapan untuk ibu tercinta.

"Sambutan raya saya hanya ala kadar, maklumlah hidup seorang. Namun, saya lebih tertumpu kepada kelengkapan rumah mak di kampung.

"Baju raya mak pun saya dah beli dan bila dekat-dekat raya nanti, saya akan tolong mak untuk membeli barang-barang kelengkapan dapur dan sebagainya.

"Mungkin seminggu sebelum raya, saya akan pulang ke kampung halaman, Johor Bahru, dan mungkin seminggu selepas itu, saya akan kembali ke ibu kota untuk bekerja," katanya yang mengakui menu wajib yang perlu ada ketika raya ialah Laksa Johor.


Wan Sharmila Muka Melecur Teruk

Mengimbau kenangan berpuasa ketika zaman kanak-kanak, Wan akui ada peristiwa yang tidak dapat dilupakan sehingga kini.

Jelas Wan, peristiwa itu berlaku ketika itu usianya baru mencecah lapan tahun dan niat membantu ibunya berakhir dengan insiden buruk.

"Ada satu hari, mak saya kurang sihat. Jadi, dia suruh saya tolong tumiskan bawang dan cili yang telah dikisar.

"Bila saya nak tuangkan dalam kuali panas, cili itu melekat di dalam mesin pengisar. Jadi, saya goncangkan kuat-kuat sehingga minyak panas dan cili itu terpercik dekat muka.

"Muka saya melecur teruk sehingga berkudis. Sampaikan saya terpaksa menutup muka di sekolah kerana malu. Namun, syukur Alhamdulillah, kesan parut itu hilang," kata Wan Sharmila yang mengakui pernah dicium lelaki dewasa ketika pergi beraya. - Sinarharian.

Bagi Peminat Artis Ingin Mengikuti Biodata Profile Wan Sharmila






VIDEO WAN SHARMILA MENGENAI AKSI ADEGAN SEKS TERLAMPAU DI RANJANG

+Mohd Rohaizad pun ada pengalaman pahit berhari raya tetapi Wan Sharmila lagi ngeri ketika berhari raya masa sekolah dulu dicium lelaki tanpa kerelaannya. Malah Wan Sharmila juga pernah melecur teruk dimukanya tetapi sudah hilang parutnya. Bila tengok muka Wan Sharmila memang sudah tiada tanda lecur tersebut. Mengenai gosip hangatnya kembali bercinta, janda hot Wan Sharmila ini tidak menafikan yang dia memang ada lelaki untuk dibuat calon suami terbarunya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

WAN SHARMILA DICIUM LELAKI KETIKA BERAYA By Mohd Rohaizad. Published: 28.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...