CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ZAIN SAIDIN - ROZITA CHE WAN BERKAHWIN TAHUN INI


Betul Ke Zain Saidin dan Rozita Che Wan Diramal Berkahwin Tahun Ini?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com telah lama mendengar kisah percintaan antara artis Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Adakah pasangan merpati dua sejoli ini akan berkahwin tahun ini? Menurut kakak Zain Saidin, keluarga mereka tiada masalah untuk menerima Rozita Che Wan walaupun usianya lebih tua daripada Zain Saidin. Yang penting Zain Saidin bersedia untuk menjadi suami dan menjaga anak-anak Rozita Che Wan. Apakah keputusan Zaidin Saidin benar-benar serius dalam menjalin hubungan dengan Rozita Che Wan? Che Ta pernah dikaitkan dengan Shahir AF8, tetapi telah putus.


Keluarga Zain Saidin Suka Rozita Che Wan

Terlanjur menemubual (Gambar) Sasha Saidin sewaktu Majlis Berbuka Puasa TV9 yang berlangsung Selasa lalu, kami sempat mencuit kakak kepada (Gambar) Zain Saidin ini mengenai pandangannya terhadap bakal adik iparnya sendiri. Mengakui tidak banyak meluangkan masa bersama (Gambar) Rozita Che Wan, Sasha menyenangi wanita itu biarpun baru dua kali bertemu.

“Saya sebenarnya baru jumpa dia (Che Ta) dua kali. Pertama kali ketika sambutan hari jadi dan makan malam. Masa itu kami duduk berjauhan. Tak sempat pun nak berbual panjang. Kali kedua, ketika dia teman Zain pergi mengundi hari itu. Kami lepak di kopitiam. Kebetulan ada ayah dengan anak saya jadi saya lebih banyak berbual dengan mereka.”


Pendapat Sasha Tentang Rozita Che Wan

“Apa yang saya boleh katakan, Rozita Che Wan merupakan seorang wanita yang very well mannered. Dia seorang yang lemah lembut, pandai bawa diri dan sangat menjaga penampilan. Saya tak ada masalah dengan dia. Persiapan kahwin pun saya tak tahu sangat sebab Zain sangat sibuk dengan pengambaran. Itu pun dia baru balik dari New Zealand ,” jelas Sasha yang sentiasa mendoakan kebahagiaan Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Berkongsi pengalaman bergelar ibu tunggal, Sasha gembira kerana rezeki yang diterimanya tidak putus-putus dan segalanya cukup buat makan pakainya sekeluarga. Bagi Sasha, dia bukan lah seorang yang berbelanja besar. Asalkan dapat menyempurnakan bayaran rumah, bil serta perbelanjaan bulanannya yang lain, maka ia sudah cukup membuatkan dirinya bahagia.


Sasha Saidin Mempunyai Masalah Kewangan?

“Selagi saya dapat selesaikan apa yang patut dan tak berhutang, saya dah cukup gembira. Cuma saya ada ambil insurans sebab kita sendiri tak tahu apa yang akan berlaku pada kita. Baru-baru ini pun, saya masuk hospital disebabkan masalah gastrik yang agak teruk. Mujurlah saya ada ambil insurans kesihatan, jadi dapat tampung perbelanjaan bil perubatan yang mencecah ribuan ringgit ,” ujar Sasha yang mengakui hilang berat badan dek kejadian itu. - Portal Gua.


VIDEO ZAIN SAIDIN - ROZITA CHE WAN MESRA DALAM SESI FOTOGRAFI

Mohd Rohaizad dan para peminat tidak sabar untuk melihat Zain Saidin dan Rozita Che Wan untuk berkahwin. Adakah pasangan yang telah lama bercinta ini akan bernikah dalam masa terdekat. Sasha Saidin iaitu kakak kepada Zain Saidin memberi hint tidak tahu mengenai persiapan apa yang dibuat oleh adiknya. Buat apa tunggu lama-lama Zain? Ambillah Rozita Che Wan sebagai isteri, tunggu keputusan Zain Saidin saja lagi ni.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ZAIN SAIDIN - ROZITA CHE WAN BERKAHWIN TAHUN INI By Mohd Rohaizad. Published: 20.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...