CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ZIZAN RAZAK & EMMA MAEMBONG BERCINTA? BETUL KE?


Zizan Razak & Emma Maembong Bercinta? Betul Ke? Tetapi Dinafikan
mohdrohaizad.com - Siapakah gadis di dalam hati Zizan Razak? Betul ke Emma Maembong dan Zizan Razak bercinta? Terkini artis pelawak terbaik Malaysia Zizan Razak menafikan di laman berita MStar. Adakah Zizan Razak masih single atau cuba untuk menyembunyikan siapakah calon isterinya? Tentu ramai para peminat bertanya-tanya, bila majlis pernikahan Zizan Razak akan berlangsung.

Zizan Razak - Emma Maembong Tidak Bercinta
Pelawak Zizan Razak menganggap berita percintaannya dengan (Gambar) Emma Maembong selepas dia bertindak menghantar salinan (tagged) gambarnya di laman Instagram kepada pelakon itu tidak disalahertikan selain menganggap ia sengaja diperbesar-besarkan.
Zizan atau nama sebenarnya (Gambar) Razizan Razak, 29 tahun, berkata, tindakan itu tidak mempunyai sebarang maksud sebaliknya dia berbuat demikian kerana Emma pernah memberitahunya dia sukakan keindahan kota Paris.
"Saya tagged kepada dia gambar-gambar saya di Paris kerana dia pernah memberitahu sukakan Paris dan bukannya saya mempunyai dengan niat lain ataupun kami sedang bercinta.
"Orang cuma memperbesar-besarkan perkara itu yang sebenarnya hanya perkara kecil," katanya ketika ditemui selepas rakaman program Kecoh Pengacara Beraya di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada malam Isnin.
Gosip Percintaan Emma Maembong
Zizan diminta mengulas gosip percintaannya dengan Emma Maembomg selepas dia bertindak menghantar salinan gambar-gambarnya ketika berada di kota Paris, Perancis pada 21 hingga 27 Jun lalu.
Tambah Zizan, sebelum ini juga dia banyak menghantar gambar-gambarnya di laman tersebut kepada artis wanita lain namun ia tidak pernah dijadikan isu.

Dalam perkembangan sama, Zizan turut menafikan dia bimbang popularitinya sebagai pelawak popular akan terjejas sekiranya dia mendedahkan hubungan cintanya dengan Emma.
Zizan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa dan dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk menafikan kepada umum sekiranya benar mereka bercinta.
Zizan Razak Takut Hilang Populariti Jika Bercinta?
"Soal takut hilang populariti itu bukan soalnya kerana kerjaya dan peribadi adalah perkara berbeza. Malah ramai artis lain yang bercinta dan berkeluarga berjaya dan masih diminati peminat.
"Cuma hubungan kami memang sekadar kawan buat masa ini. Pun begitu saya tidak dapat meramalkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zizan Razak berkata, dia baru sahaja dilantik sebagai duta produk Sony selama setahun selain akan terlibat dalam beberapa program rakaman untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada Ogos depan. - MStar






VIDEO EMMA MAEMBONG YANG COMEL BUAT ZIZAN RAZAK

Mohd Rohaizad - Zizan Razak telah menafikan dia bercinta dengan Emma Maembong. Tindakannya di laman Instagram jangan disalahertikan oleh para peminat. Mentang-mentanglah Emma Maembong so cute, Zizan saja-saja send ya? Oklah, nak buat macam mana Zizan? Dah lama para peminat tunggu bila Zizan Razak nak kahwin. Si Johan relax jer bersama isteri. Hah! Apa-apapun, kami para peminat doakan Zizan Razak bertemu jodoh yang terbaik ya. Jadi menantu Ustaz Azhar Idrus pun ok jugak Zizan. Mau tak?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ZIZAN RAZAK & EMMA MAEMBONG BERCINTA? BETUL KE? By Mohd Rohaizad. Published: 2.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...