CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ZIZAN RAZAK TIDAK BERDISIPLIN | BERLAGAK DIVA?


Betul Zizan Razak Dituduh Tidak Berdisiplin & Berlagak Diva?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dapati ada gosip hangat mengenai (Gambar Artis) Zizan Razak yang kononnya tidak berdisiplin dan besar kepala semasa di lokasi penggambaran. Betul ke Zizan Razak, antara pelawak terbaik di Malaysia membuat hal kepada krew produksi? Zizan Razak berlagak sombong ala diva? Entahlah.. mungkin salah faham kot?


Zizan Razak Timbul Masalah Kepada Krew Produksi

Pelawak dan pengacara, Zizan Razak menganggap tuduhan kononnya dia sering menimbulkan masalah kepada krew produksi dan tidak berdisiplin hanyalah satu isu yang sengaja diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak.

Zizan atau nama sebenarnya (Gambar) Razizan Razak, 29 tahun, berkata, tuduhan tersebut tidak adil buatnya kerana ramai pihak tidak mengetahui perkara sebenar di sebalik kehidupannya sebagai seorang selebriti.

"Saya bukan hendak menafikan tetapi cerita sedemikian cuma diperbesar-besarkan dan orang sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi di sebaliknya dan terus membuat pelbagai tanggapan yang tidak benar.

"Sukar untuk memuaskan hati semua orang dan perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia hiburan," katanya kepada mStar Online.



Zizan Razak Mohon Maaf Andai Ada Yang Salah Faham

Dalam perkembangan sama, Zizan bagaimanapun tidak menafikan ada kalanya dia terlambat ke sesebuah lokasi penggambaran atau pun program lain tetapi ia bukan disengajakan.

Jelas Zizan Razak lagi, kesibukan dan pertindihan pelbagai program dan aktiviti kadang-kala telah menyebabkan dia terlewat ditambah dengan sebab-sebab lain seperti kesesakan lalu lintas.

"Saya bukannya sempurna dan mengakui kadang-kadang terlewat dan ia bukan disengajakan.

"Bagaimanapun saya dengan rendah hati memohon maaf sekiranya ada pihak yang terguris hati jika ada apa-apa tindakan atau perbuatan saya yang menyentuh perasaan mereka," jelasnya.

Dalam pada itu Zizan berkata, dia baru sahaja dilantik sebagai duta produk Sony selama setahun selain akan terlibat dalam beberapa program rakaman untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada Ogos depan. - MStar Online



VIDEO GWIYOMI ZIZAN RAZAK - DIRAKAM OLEH KEEK AWAL ASHAARI

Mohd Rohaizad tidak nafikan kadang-kadang orang yang berada dipuncak kegemilangan akan kena tempias pelbagai tuduhan yang kononnya mereka sudah berlagak diva, tidak berdisiplin dan besar kepala. Begitulah yang menimpa Zizan Razak, apa yang boleh penulis nasihatkan ialah Zizan Razak sentiasa berhati-hati dan melaporkan kepada pihak yang terlibat mengenai masalah yang menimpanya andai lewat ke lokasi penggambaran. Orang terkenal kan selalu sibuk, tak gitu Zizan Razak?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ZIZAN RAZAK TIDAK BERDISIPLIN | BERLAGAK DIVA? By Mohd Rohaizad. Published: 9.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...