CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ISU MENAIKKAN GRED JAWATAN PERINGKAT TERTINGGI KERAJAAN‏


Isu Kontroversi Menaikkan Gred Jawatan Peringkat Tertinggi Kerajaan‏.

Menaikkan Gred Jawatan Peringkat Tertinggi Kerajaan
CUEPACS Masih Mendiamkan Diri Berkenaan Dengan Isu Ini
Isu Terkini Penjawat Awam Di Malaysia

Struktur Perjawatan dalam sektor Kerajaan 10 dan 15 tahun dahulu adalah sangat tersusun dan efektif untuk ianya berfungsi. Bilangan Penjawat Awam tidak pernah melebihi angka 1 juta walaupun sebilangan besar darinya adalah untuk tujuan SosioEkonomi dan dalam sektor Keselamatan seperti Guru, Anggota Perubatan, Polis dan Tentera serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Perjawatan di Kementerian juga sangat efektif dan berpadanan bagi melaksanakan fungsi Perkhidmatan Awam di Peringkat Persekutuan. Jawatan KSU JUSA A, Timbalan KSU JUSA B atau C, Setiausaha Bahagian (SUB) Gred 54, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Gred 48 atau 52, Penolong Setiausaha (PSU) Gred  41 atau 44, Ketua Kerani (CC) Gred 22 dan Kerani Gred 17. Jawatan-jawatan bawahan seperti Jurutrengkas, Office-Boy, Pencari Fail, Operator Mesin Pemprosesan Data (OMPD) dan Tukang semuanya dijumudkan (bubar) dengan kepesatan Teknologi Maklumat yang meningkatkan kecekapan bekerja. 

Cuma KSU Kementerian yg besar mcm MoF dan Ketua Pengarah beberapa Agensi Pusat spt JPA, EPU, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera yg jumlahnya sekitar 7 atau 6 termasuk KSN diisi dgn Gred TURUS atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil STAFF. 

Struktur organisasi sedemikian adalah sangat cantik, praktikal, sesuai dan dapat berfungsi sebagaimana yang dikehendaki. Tidak berlaku pertambahan Jawatan dan Naiktaraf Jawatan dengan sewenang-wenangnya yang menjadikan Perkhidmatan Awam sekarang terlalu besar. 

Namun sejak perlantikan Tan Sri Zabidi Zainal selaku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru, beliau ingin mengecilkan struktur perjawatan di semua peringkat dengan menghapuskan jawatan-jawatan yang beliau katakan tidak penting melalui Audit Perjawatan Yang Kejat (Towards A Lean Civil Service). Beberapa alasan telah dilontarkan bagi menyokong tindakan beliau ini yang antaranya adalah pembayaran Emolumen Gaji dan Elaun yang semakin tinggi dan membebankan Kerajaan. Hakikatnya beliau telah menyembunyikan fakta Struktur Perkhidmatan Awam yang kini 'Top Heavy' dengan Gred Jawatan yang tinggi di peringkat atasan! Ketua Jabatan sewenang-wenangnya dinaikkan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (Special To Holder) walaupun sebenarnya perjawatan mereka adalah lebih rendah. Berikut adalah ilustrasi keterangan bagi menjelaskan fakta ini.

Senario Sekarang: 

Kerani yg bekerja melebihi 15 tahun boleh mendapat Gred 22 atas konsep Khas Utk Penyandang (Special To Holder) menjadikan Kerani itu sama gred dgn CC. Penambahbaikan ini diterima baik oleh semua pihak dan tidak mendatangkan sebarang masalah bagi mengiktiraf kemajuan kerjaya Kumpulan Kerani.   

SUB pula semua dinaiktaraf menjadi JUSA C. KPSU dan PSU masih kekal sama. Namun utk mengisi Gred 54 yang dikosongkan SUB, maka wujudlah jawatan baru dipanggil Timbalan SUB (TSUB). Kebiasaannya setiap SUB mempunyai 2 org TSUB yang hakikatnya tidak signifikan dan tidak mempunyai fungsi khusus dalam melaksanakan tugas. TSUB hanya bertindak membantu SUB untuk menghadiri mesyuarat mewakili SUB. Tugasan hakiki Bahagian berkenaan masih kekal dilaksanakan oleh KPSU atau PSU. Semua surat yang masuk akan dibaca SUB dan di-'Minit'kan kepada salah seorang daripada 2 orang TSUB seperti 'Utk Tindakan Susulan' atau 'Sila ambil tindakan' dan sebagainya. TSUB kemudian pula akan me-Minitkan kpd KPSU atau PSU menggunakan 'Minit' yang hampir serupa seperti 'Minit' SUB! Kewujudan TSUB hanyalah untuk mengisi vacuum jawatan Gred 54.

TKSU pula masih kekal sebagai JUSA B ataupun dinaiktaraf kepada JUSA A. Sebagai contohnya seperti di MinDef yang dahulunya mempunyai 2 TKSU, skrg pula terdapat tambahan seorang lagi TKSU menjadikan jumlahnya 3 orang. 2 TKSU adalah JUSA B dan seorang lagi adalah JUSA A.

Kalau di KDN pula, terdapat seramai 5 orang di peringkat TKSU iaitu 3 TKSU dan 2 TKSU Kanan (TKSUK). Bukankah 5 orang TKSU di sesebuah Kementerian terlalu ramai??? Pada masa yang sama KDN juga mempunyai beberapa Jabatan yang mempunyai Ketua Pengarahnya masing-masing!  Ketua Pengarah masih boleh berfungsi di bawah kawalan KSU dan Menteri. TKSU hanyalah satu peringkat fasilitasi dalam membantu dan mewakili kuasa KSU sahaja. 

Gred Turus



Sudah menjadi amalan bahawa semua KSU di 22 buah Kementerian adalah Gred Turus. Jumlah KSU pula adalah seramai 23 orang kerana Kementerian Pendidikan mempunyai 2 orang KSU walaupun setelah Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan. Namun kenapa selepas penggabungan Kementerian jawatan KSU Kementerian Pengajian Tinggi tidak pula dihapuskan?? Sesebuah Kementerian boleh mempunyai 2 orang Menteri seperti yang berlaku di MoF tetapi tidak pernah dalam sejarah Perkhidmatan Awam boleh terdapat 2 orang KSU. 


Selain dari itu JPM sebagai sebuah organisasi yang besar seperti sebuah Kementerian, fungsi KSU dilaksanakan oleh KSN yang juga menjadi Ketua kepada semua KSU Kementerian. Urusan Pentadbiran di JPM dilaksanakan oleh seorang yang bertindak seperti Timbalan KSN iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM (TKSUK) Gred JUSA A. Namun tidak sampai 2 tahun di jawatan berkenaan, KSN telah memberikan ganjaran Gred Turus (Special to Holder) kepada TKSUK JPM! Kemungkinan kekosongan gred JUSA A tersebut akan dibuat pengisian dengan tambahan seorang lagi TKSU JPM yang sekarangnya telah diisi oleh 2 orang??? Wallahualam.  

Terdapat beberapa agensi yang mempunyai Ketua Pengarah di Gred Turus. Salah satu darinya adalah seperti MARA yang merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Jawatan Ketua Pengarah MARA dahulunya adalah JUSA B sahaja tetapi sekarang telah dinaik taraf menjadi Turus! Kemungkinan TKSU di Kementerian Luar Bandar & Wilayah juga akan dinaiktaraf menjadi Gred Turus??? Wallahualam. 

Sektor Perkhidmatan Awam Yang Besar

Sejak jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam diisi bagi menggantikan Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang dibersarakan akibat kemelut SBPA, Tan Sri Zabidi Zainal bertekad untuk mengkaji semula semua perjawatan Sektor Awam. JPA berpendapat ianya adalah terlalu besar dan perlu disusun semula (Rightsizing). JPA sedang dalam proses membuat Kajian Audit Perjawatan untuk semua Sektor Perkhidmatan Awam di Peringkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. 


Perbendaharaan yang menyediakan peruntukan untuk bayaran emolumen juga bersetuju dengan penyusunan semula ini kerana Kerajaan perlu menyediakan peruntukan Emolumen yang besar kepada Perkhidmatan Awam. Mana tidaknya, sebagai contoh gaji pokok Gred JUSA A  adalah sekitar RM15,000++ tidak termasuk Bayaran Elaun yang menjadikan 'Take Home Pay' sekitar RM23,000 hingga RM25,000. Susah pula untuk membayangkan Emolumen bagi Gred Turus yang sekarangnya terdiri tidak kurang daripada 30 orang keseluruhannya! 

Sebagai langkah permulaan dalam Transformasi Perkhidmatan Awam, Ketua Penolong Pengarah di JPA yang setaraf dengan Jawatan KPSU di Kementerian sedang secara berperingkat-peringkat diletakkan di dalam sebuah Bilik Besar secara 'Pool'. Manakala Setiausaha Pejabat (PA) pula dikongsi oleh 2 orang Pengarah Gred 54. Langkah ini sememangnya sesuai untuk dilaksanakan. Akan tetapi JPA cuba untuk tidak menumpukan sebarang perhatian kepada Gred-Gred Turus yang banyak tersebut! 

Real Problem But Wrong Solution!


Mengapakah JPA mengurangkan bilangan Kerani, bilangan PSU, bilangan KPSU tetapi mereka terlupa senario menaiktarafkan Jawatan SUB, TKSU dan KSU??? Mengapa berlakunya Double Standard sedemikian??? Perjawatan Kerani, PSU dan KPSU akan dikorbankan namun jika dikaji dari segi nilai Emolumen, sememangnya tidak akan setimpal!

Cadangan:

Sebagai slogan KSN Merakyatkan Perkhidmatan Awam, beliau boleh di-akses melalui Laman Facebook dan Twitter untuk menjawab semua persoalan ini. 

Beliau mungkin boleh memberikan definisi Jawatan Utama Sektor Awam ataupun JUSA. Tetapi apakah definisi Gred Turus sebenarnya??? 

Kajian menyeluruh terhadap Perjawatan JUSA dan Turus lah yang sepatutnya dibuat!

JUSA perlu dikekalkan di peringkat KSU, TKSU dan Ketua Pengarah sahaja. Jawatan SUB ke bawah cukup sekadar Gred 54.

Rasional Cadangan:

Sebagai mengiktiraf konsep Jawatan Setara Perkhidmatan Awam dengan ATM, Brigadier Jeneral (1 bintang) setara Gred 54, Mejar Jeneral (2 bintang) setara JUSA C, Leftenan Jeneral (3 bintang) setara JUSA B dan Jeneral (4 bintang) setara JUSA A.

Struktur baru sesebuah Kementerian bagi peringkat SUB adalah Brig Jen, TKSU adalah Mej Jen atau Lt Jen (mengikut kesesuaian dan kekananan) dan KSU adalah Jeneral!


Gred Turus perlulah terhad dan secara premium diberikan kepada yang betul-betul Kanan dalam Perkhidmatan Awam seperti Jawatan KSN, KPPA atau KSU Kementerian yang besar seperti MoF sahaja. Amalan dahulu sepatutnya dikekalkan.


Mohon bantuan www.mohdrohaizad.com bagi menghentikan amalan tidak sihat ini. 

Kredit: (Sumber Email: Bayu Idaman Kajang)

+Mohd Rohaizad turut bersetuju dengan kritikan kritis penulis email mengenai isu menaikkan gred jawatan peringkat tertinggi kerajaan ini, namun kajian lebih teliti wajar diambil terutamanya oleh pihak CUEPACS dan yang berkepentingan (Kesatuan Sekerja yang terlibat) untuk memantau secara telus dan jujur agar amalan yang merosakkan perjawatan awam ini secara berterusan tanpa kawalan boleh mengugat kestabilan pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan. Mohon pihak kerajaan memandang isu dan kritikan ini secara serius untuk mengambil kira pendapat mengenai cadangan yang dilontar oleh penulis Bayu Idaman Kajang. cc: #Malaysia #Kerajaan #PenjawatAwam #KakitanganKerajaan #KerjaKerajaan +Najib Razak +CUEPACS KELANTAN +Cuepacs Terengganu

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ISU MENAIKKAN GRED JAWATAN PERINGKAT TERTINGGI KERAJAAN‏ By Mohd Rohaizad. Published: 16.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...