CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

AISYAH ANAK GURU HILANG DICULIK DITEMUI DI PULAU PINANG


Terkini Kontroversi Kehilangan Aisyah Anak Seorang Guru Matematik Diculik Ketika Shopping Raya, Ditemui Di Pulau Pinang!

Blog Mohdrohaizad.com dimaklumkan tentang kehilangan Aisyah semalam dengan ramai membantu menyiarkan gambar foto Aisyah dan suspek dan akhirnya berjaya ditemui hari ini di Pulau Pinang! Tahniah kepada orang ramai dan pihak berkuasa yang tidak henti-henti cuba membantu dan mengesan susepk dan Aisyah. Cuma suspek belum ditemui dan masih berjaya melarikan diri. Mungkin suspek akan berjaya ditangkap beberapa hari lagi.

Anak Guru Iaitu Aisyah Ditemui Di Pulau Pinang
Anak Guru Matematik Iaitu Aisyah Ditemui Di Pulau Pinang
Guru Matematik Minta Bantuan Cari Anak Perempuannya 

Di saat bahang sambutan Aidilfitri semakin terasa, seorang ibu memohon bantuan rakyat Malaysia dalam usaha mengesan anak perempuannya berusia tiga tahun, (Gambar Foto) Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang di Rawang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin didakwa bertemu dengan penculik tersebut menerusi laman sosial Facebook pada Mei dan menjalin hubungan dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.

Walupun hanya mengenali lelaki tersebut selama beberapa minggu, (Gambar Foto) Arbaiyah, seorang guru matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya guru itu dibawah jagaan suspek pada 30 Julai.

Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.

Suspek Kes Penculikan Aisyah
Suspek Kes Penculikan Aisyah Dipercayai Lari Ke Pulau Pinang
Suspek Kes Penculikan Aisyah

Ibu kanak-kanak itu turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.

"Pada 2 Ogos, Teacher Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.

"Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab," kata Abdul Rahim kepada The Star.

Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.

Isu Kes Penculikan Kanak-Kanak
Isu Kes Penculikan Kanak-Kanak Bernama Aisyah
Isu Kes Penculikan Kanak-Kanak

Kes itu diklasifikasikan polis sebagai penculikan kanak-kanak. Abdul Rahim berkata siasatan masih dijalankan dan menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu sehingga maklumat lanjut diketahui.

Sementara itu, #findaisyah tersebar pantas di laman Twitter dengan pengguna Internet seluruh negara menggunakan medium tersebut untuk mencari kanak-kanak tersebut selepas berita penculikannya disebarkan dalam laman media sosial awal pagi Isnin.

Kes Penculikan Aisyah Selesai
Kes Penculikan Aisyah Selesai - Gambar Bersama Arbaiyah Ibunya
Kes Penculikan Aisyah Selesai - Cari Suspek Melarikan Diri

Polis Pulau Pinang menjumpai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya di Rawang baru-baru ini.

Seorang wanita yang menghantar Wan Aisyah Wan Exzam ke balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin berkata, anak lelakinya membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya di Teluk Kumbar pada pukul 5 pagi Isnin.

Wanita tersebut berkata anak lelakinya, 44, memberitahunya supaya menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran. Anak lelakinya terus menghilangkan diri selepas insiden itu.

Kanak-kanak itu dipercayai anak perempuan seorang guru matematik, Arbaiyah Md Zin yang mengajar di Rawang. - MStar.

Gambar Aisyah Dibawa Keluar Balai Polis
Gambar Aisyah Dibawa Keluar Balai Polis Oleh Ibu Bapanya
Foto Wan Exzam membawa keluar anaknya Wan Aisyah Wan Exzam, 3, dari Balai Polis Sungai Nibong sambil diiringi oleh bekas isterinya Arbaiyah Md Zin di George Town, pada Isnin. Kanak-kanak berkenaan dilarikan oleh teman lelaki ibunya, Shahrizal Yusof pada 30 Julai lepas di Rawang, Selangor. Wan Aisyah diserahkan oleh ibu Shahrizal di Balai Polis Sungai Nibong pada pukul 11.30 pagi Isnin. - Bernama.

Suspek Culik Wan Aishah Dipercayai Masih Berada Di Semenanjung Malaysia

Dikemaskini 6 Ogos 2013 - Polis percaya suspek lelaki yang melarikan kanak-kanak perempuan, Wan Aisyah Wan Exzan, 3, dari sebuah pasar raya di Rawang pada 2 Ogos lepas dan ditemui semula di Pulau Pinang pada Isnin, masih berada di Semenanjung Malaysia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, polis kini sedang mengesan suspek dan yakin lelaki berusia 44 tahun yang dikenali sebagai Sharizal Yusoff itu masih berada di negara ini.

"Kami telah mengambil beberapa kenyataan termasuk daripada ibu mangsa dan ibu kepada suspek. Polis masih meneliti kenyataan itu," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Selasa.

Beliau berkata, suspek menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibunya di Batu Uban, Pulau Pinang pada kira-kira 5 pagi Isnin sebelum menghilangkan diri.

Mohd Adnan berkata kanak-kanak itu juga telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan mendapati tiada kesan kecederaan, dan mangsa telah diserahkan kepada ibunya.

Suspek Tidak Mempunyai Rekod Jenayah Lampau

Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

"Kami juga masih menjalankan siasatan mengenai motif kejadian dan meminta orang ramai yang mengenali dan tahu di mana suspek berada menghubungi pegawai penyiasat, Insp Zalina di talian 019-3502695 atau Ibu Pejabat Polis DaerahGombak atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

Wan Aisyah dilapor hilang oleh ibunya, Arbaiyah Md. Zin, 32, pada 2 Ogos selepas menyerahkannya kepada suspek di sebuah pasar raya di Rawang sebelum lelaki itu menghilangkan diri bersama kanak-kanak itu.

Wan Aishah Selamat Kembali Oleh Ibu Bapa
Wan Aishah Selamat Kembali Oleh Ibu Bapanya
Emak Wan Aisyah Kenal Suspek Melalui Facebook

Arbaiyah, yang merupakan seorang guru, dilaporkan mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook dan dikatakan turut membuat aduan polis bahawa dia telah menyerahkan wang RM25,000 kepada lelaki terbabit pada hari sama sebagai modal perniagaan emas.

Berita tentang kehilangan Wan Aisyah mendapat perhatian meluas di laman media sosial apabila orang ramai menggesa tindakan pantas pihak polis untuk mencarinya.

Susulan kejadian itu, seorang wanita berusia 66 tahun yang mendakwa dirinya ibu suspek dilapor menyerahkan kanak-kanak perempuan itu di Balai Polis Sungai Nibong, Pulau Pinang pada kira-kira 11 pagi Isnin.

Wanita itu mendakwa, anak lelakinya menyuruh beliau mengembalikan Wan Aisyah ke balai polis sebelum dia bertindak melarikan diri. - Bernama.

+Mohd Rohaizad - Syukur Alhamdulillah kes penculikan Aisyah sudah selesai setelah ditemui selamat di Pulau Pinang. Sebelum ini heboh kehilangan Aisyah ketika ibubapa sedang sibuk membeli belah shopping sempena Hari Raya Aidilfitri. Diharap ibu bapa mengambil berat tentang anak anda bagi memastikan kes sebegini tidak berulang. Syabas kepada orang ramai dan pihak yang bertanggungjawab mengesan dan membantu Aisyah dijumpai semula.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

AISYAH ANAK GURU HILANG DICULIK DITEMUI DI PULAU PINANG By Mohd Rohaizad. Published: 5.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...