CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ALIFF AZIZ LALOK KHAYAL HISAP DADAH


Terkini Kontroversi Gosip Artis Aliff Aziz Dikatakan Lalok Khayal Kerana Hisap Dadah!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan berita kontroversi sensasi gosip artis kacak Aliff Aziz dikatakan lalok atau khayal kerana menghisap dadah! Gosip Aliff mengambil dadah timbul apabila beberapa orang peminat melihat Aliff Aziz dalam gaya khayal seperti penagih dadah. Adakah ini sekadar lakonan drama filem? Belum dipastikan kerana tiada bukti kukuh menggatakan Aliff bersikap demikian. Malah Aliff sendiri telah membuat kenyataan rasmi yang dia tidak mengambil sebarang benda terlarang iaitu najis dadah, hisap gam, arak dan sebagainya yang boleh membuatkan dirinya lalok khayal dihadapan orang ramai, cuma Aliff tidak menafikan dia penat letih ketika masa yang dikatakannya lalok.

Aliff Aziz Seksi Hot Artis Selebriti
Gambar Aliff Aziz Seksi Hot Artis Selebriti Lelaki Malaysia
Aliff Aziz Nafi Lalok Khayal

"Tiada bukti jangan tuduh sebarangan" itulah kata-kata yang diluahkan oleh penyanyi dan pelakon (Foto) Aliff Aziz apabila diminta mengulas tentang dakwaan yang mengatakan dia sering berada dalam keadaan 'lalok' atau seperti khayal.

"Orang boleh bercakap macam-macam terhadap diri saya, walaupun saya tidak membuat perkara tersebut. Lagi pun saya berkeadaan sebegitu kerana saya sangat penat dan baru sahaja selesa menjalani sebuah penggambaran drama," tegas Alif Aziz yang pernah merancang untuk bernikah dengan Anne Ngasri. Ketika ditemui Aliff membuat kenyataannya di Majlis Rumah Terbuka anjuran RIM pada Rabu. 

Sedikit sebanyak kontroversi tersebut mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya. Walaubagaimana pun, Aliff yang ditemui tidak begitu cepat melatah kerana dia sendiri susah menyangkakan bahawa perkara ini akan timbul. Belum reda kisah kontroversinya sebelum ini muncul pula yang lain. 

Aliff Aziz Aksi Peluk Zarina Anjoulie
Gambar Kontroversi Aliff Aziz Aksi Peluk Zarina Anjoulie
Aliff Aziz Terkini Profesional Berhadapan Dengan Media

Aliff yang kini lebih matang dalam memberikan kenyataannya kepada media turut menjelaskan bahawa pengalaman lepas banyak mengajarnya supaya lebih bertanggungjawab dan bersikap lebih profesional dalam menangani perlbagai masalah. Malah, dia kini lebih selesa untuk tidak dikaitkan dengan mana-mana perempuan dan ingin memberi tumpuan terhadap kerjayanya.

"Pelbagai kontroversi muncul sepanjang tahun ini, dan saya berharap tiada lagi selepas ini. Saya memang kecewa tetapi Alhamdulillah saya tidaklah begitu kecewa kerana keluarga saya banyak memberikan sokongan terhadap saya. Apa yang sudah berlaku biarkanlah ia berlalu dan tidak perlu untuk dikenangkan kembali. Saya jadikan semua ini sebagai pengajaran kepada untuk terus lebih berhati-hati pada masa hadapan. Buat masa sekarang, kerjaya menjadi keutamaan saya," kata Aliff Aziz yang kecewa putus cinta dengan Adira.

Aliff Aziz Nafi Lalok Khayal Kerana Hisap Dadah
Aliff Aziz Nafi Lalok Khayal Kerana Hisap Dadah
Album Terbaru Aliff Aziz

Aliff bakal muncul dengan album ke-empat pada tahun hadapan. Buat masa sekarang dia masih lagi mengumpul material yang berkualiti untuk dimuatkan ke dalam albumnya itu. 

"Alhamdulillah, pada tahun hadapan saya akan muncul dengan album yang ke empat dan buat masa sekarang saya masih lagi mengumpulkan material-material yang berkualiti untuk dimuatkan ke dalam album terbaru itu nanti," ujarnya mengakhiri perbualan. - Sumber Portal Gua.

BIODATA ALIFF AZIZ SEKSI HOT PROFILE ARTIS SELEBRITI SINGAPURA




Aliff Aziz Instagram

Aliff Aziz Blog Keek Profil Akaun Laman Sosial Artis


VIDEO MUZIK TERBARU ALIFF AZIZ 'HANYA LAGU'

+Mohd Rohaizad melihat +Aliff Aziz banyak berubah dan sudah pandai bersikap profesional semasa berhadapan dengan media. Kenyataan yang diberikan Aliff tidak sedikit pun melenting mahupun melatah dengan geram kerana gosip terbarunya yang dikatakan lalok atau khayal kerana menghisap dadah. Mungkin ada peminat yang melihat gaya Aliff Aziz sedikit seperti stim mengambil benda terlarang, tetapi sebenarnya Aliff letih kot ketika tersebut? Manalah tahu kan? Perkembangan terkini Aliff akan mengeluar album baru, anda sudah dengar lagu terbarunya 'Hanya Lagu'? Best tak lagu terbaru Aliff? #AliffAziz 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ALIFF AZIZ LALOK KHAYAL HISAP DADAH By Mohd Rohaizad. Published: 22.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...