CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

AWEERA BANKRAP MUFLIS TIDAK BAYAR HUTANG


Terkini Kontroversi Sensasi Artis Aweera Bankrap Muflis Tidak Bayar Hutang!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com digemparkan dengan kontroversi artis berbakat dari Perlis iaitu Aweera MOJO telah diisytiharkan bankrap muflis kerana tidak bayar hutang bank! Aweera vokalis kumpulan MOJO ini pernah popular dengan lagu 'Andai Ku Bercinta Lagi' malah sebelum itu Aweera yang popular dalam program realiti merupakan peserta OIAM ketiga pada tahun 2009. Umur Aweera sekarang pada tahun 2013 baru 22 tahun sudah kena notis bankrap muflis, pinjaman apa yang dibuat sehingga Aweera tidak mampu bayar ya?

Aweera MOJO Bankrap Muflis

Notis Iklan Aweera MOJO Diisytihar Muflis Tidak Bayar Pinjaman Bank

Iklan Aweera Muflis Bankrap Tidak Bayar Hutang

Penyanyi yang berbakat Aweera atau nama sebenarnya (Gambar) Nasharul Aweera Bin NorHissham telah diisytiharkan muflis / bankrap sejak 11 Julai 2013. Jabatan Insolvensi Malaysia akan bermesyuarat mengenai hutang yang tidak dibayar oleh Aweera berkaitan dengan pinjaman sejumlah wang daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Aweera Norhissham

Gosip Hangat: Hubungan Cinta Aweera & Shazia

Vokalis kumpulan MOJO, (Foto) Aweera mengakui hubungan cintanya dengan finalis Bintang RTM 2012 masih kukuh. Namun menafikan mereka sedang merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat ini. Menerut jejaka berasal dari Perlis ini, masih terlalu awal memikirkan tentang perkahwinan kerana masing-masing terlalu muda da nada komitmen yang lebih penting.

“Saya baru berusia 21 tahun dan dia pula berumur 19 tahun. Jadi, masih terlalu awal untuk membicarakan soal kahwin. Tunggulah masa yang sesuai. Saya mahu menumpukan sepenuh perhatian pada karier seni dahulu. Manakala (Gambar) Shazia perlu beri tumpuan pada pengajiannya di Universiti Teknologi Mara,” ujar Aweera yang mengakui mengenali Shazia sejak enam tahun lalu.

Hubungan Cinta Aweera - Shazia

Aweera MOJO Popular Terkenal

Memandangkan Aweera dan MOJO semakin popular ketika ini, timbul persoalan sama ada teman wanitanya itu mula menaruh perasaan cemburu terhadapnya. Maklumlah, apabila nama sudah popular pasti ada peminat wanita yang cuba menghimpit.

“Shazia tidak pernah cemburu tidak tentu pasal. Dia faham dengan kerja saya. Setakat ini kami tidak pernah saling mencemburui kerana kami ada persefahaman,” ujar Aweera yang teringin berduet dengan teman wanitanya itu pada masa akan datang. Blog mohdrohaizad.com dimaklumkan tiada sebarang rancangan duet antara Aweera dan Shazia buat masa ini .

Aweera MOJO FC

Kumpulan MOJO - Album Single Terbaru

Menyentuh tentang perkembangan terbaru MOJO, Aweera memberitahu kumpulannya itu sedang dalam perancangan untuk muncul dengan single terbaru.

“Mungkin akan dilancarkan pada Disember ini. Kami menunggu lagu ciptaan Edry Abdul Halim. Harap peminat boleh sabar menunggu buah tangan terbaru kami,” ujar pelantun lagu popular ‘Andai Ku Bercinta Lagi’ ini.

Selain bakal menghangatkan pentas Anugerah Industri Muzik ke 19 pada 17 November hadapan, MOJO juga bakal beraksi di Anugerah Planet Muzik 2012 pada 15 Disember 2012. - Portal Gua.

Aweera Mengaku Bankrap / Muflis - Kenyataan Rasmi 5 Ogos 2013

Vokalis kumpulan Mojo, Aweera, 22 tahun, mengesahkan nama yang tertera dalam notis isytihar muflis seperti disiarkan di akhbar beberapa hari lalu adalah berkaitan dengan dirinya.

Menurut penyanyi Andaiku Bercinta Lagi, dia diisytiharkan muflis ekoran menanggung beban hutang lama.

"Status muflis itu memang berkait dengan diri saya. Ini kisah hutang lama, sudah lama sangat. Bagaimanapun saya tidak boleh beri komen panjang kerana masih dalam usaha untuk mengatasi masalah ini," katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera NorHissham diisytiharkan muflis sejak 11 Julai 2013. Dalam notis yang disiarkan akhbar itu, satu mesyuarat akan diadakan bersama dengan Jabatan Insolvensi mengenai sejumlah hutang yang dibuat oleh Aweera dengan salah sebuah bank tempatan pada 23 Ogos depan bagi membincangkan hal berkaitan.

Ditanya mengenai kerjaya seninya, jelas Aweera, buat masa ini kerjayanya masih tidak terganggu dan segalanya melibatkan kerjaya dan dirinya akan diberitahu selepas selesai semua proses.

"Buat masa ini, kerjaya seni tidak terganggu dan kalau boleh, saya tidak mahu bercakap mengenainya. Saya akan beritahu bila semua proses selesai," katanya yang sudah berada di kampung halamannya di Perlis bagi menyambut kedatangan 1 Syawal. - Utusan.

Isu Muflis Aweera Kerjaya Terjejas Teruk
Isu Muflis Aweera Kerjaya Terjejas Teruk
Isu Muflis, Aweera Akui Karier Terjejas, Bincang Dengan Bank

27 Ogos 2013, Beberapa minggu lalu peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan berita bahawa vokalis kumpulan Mojo, Aweera, mengakui namanya tertera dalam notis isytihar muflis ekoran menanggung beban hutang lama.

"Saya tak mahu libatkan peribadi dalam karier saya. Perkara itu (muflis) masih lagi dalam proses perbincangan. Jadi saya tak boleh nak komen lebih sebab saya sedang cuba berbincang dengan pihak bank.

"Saya buat pinjaman tersebut sewaktu umur saya 19 tahun dan ketika itu saya bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Sains Malaysia Perlis (UniMAP). Untuk apa pinjaman tu? Saya tak boleh beritahu sebab ia terlalu peribadi.", katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.

Pemilik nama Nasharul Aweera NorHissham, 22 tahun, ditemui pada Majlis Rumah Terbuka KRU Studios, di Cyberjaya, petang semalam.

Pada 5 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Aweera diisytiharkan muflis sejak 11 Julai 2013. Dalam notis yang disiarkan akhbar itu, satu mesyuarat akan diadakan bersama dengan Jabatan Insolvensi mengenai sejumlah hutang yang dibuat oleh Aweera dengan salah sebuah bank tempatan pada 23 Ogos depan bagi membincangkan hal berkaitan.

Kerjaya Seni Aweera Terjejas Gara-Gara Bankrap, Muflis

Dalam pada itu Aweera mengakui isu yang sedang dihadapinya ini sikit sebanyak menjejaskan karier seninya.

"Karier sikit terjejas lah. Tapi saya tak kisah, apa yang orang nak cakap, biar lah mereka cakap. Ini juga satu pengajaran buat saya", katanya.

Sementara itu mengenai perkembangan terkini Mojo, kumpulan yang popular dengan lagu Andai Ku Bercinta Lagi ini baru saja muncul dengan single terbaru, Dark Clouds. Lagu tersebut merupakan lagu runut bunyi bagi filem terbaru terbitan KRU Studios, Vikingdom yang akan ditayangkan di pawagam pada September depan.

"Dah lebih kurang setahun Mojo tak ada single baru. Kami baru saja muncul dengan single Dark Clouds. Lagu ni berentak Rock klasik, ala-ala Muse sikit. Selain tu kami juga akan releasekan single ketiga berjudul Roman Cinta", katanya. - Malaysian Digest.

Biodata Aweera MOJO Profile Artis Malaysia

BIODATA AWEERA MOJO PROFILE ARTIS MALAYSIA







VIDEO MUZIK AWEERA MOJO - ANDAI KU BERCINTA LAGI (MTV)

+Mohd Rohaizad berharap +Aweera MOJO segera menyelesaikan masalah hutangnya dengan kadar segera untuk diisytiharkan bankrap / muflis akibat pinjaman yang dibuatnya. Berapa ribu yang dipinjam oleh Aweera sehingga bakal di-declare bankrupt? CTOS sedang meneliti Aweera. Jika tidak bayar, nanti susah hendak membuat pinjaman yang lain melainkan pinjam melalui Ah Long yang sentiasa sudi tolong orang susah dan menyusahkan orang! #Hutang #Aweera #MOJO

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

AWEERA BANKRAP MUFLIS TIDAK BAYAR HUTANG By Mohd Rohaizad. Published: 2.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...