CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

AWI RAFAEL BELAJAR JADI LAWYER PAKAR UNDANG-UNDANG


Terkini Artis Berbakat Awi Rafael Belajar Jadi Lawyer Pakar Undang-Undang?

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan gosip artis kontroversi sensasi dengan bekas kekasih Hanez Suraya iaitu Awi Rafael seorang yang tinggi pelajarannya dan bijak kerana belajar undang-undang / law 5 tahun jadi lawyer di Singapore! Tetapi Awi Rafael lebih meminati dunia hiburan dalam nyanyian dan ramai berpendapat Awi Rafael memang berbakat dalam sebagai penyanyi. Anda sudah dengar lagu terbaru Awi Rafael? Best kan? Cayalah.. Awi Rafel.

Awi Rafael Belajar Lawyer Di Singapore
Awi Rafael Belajar Law 5 Tahun Di Singapore
Awi Rafael Belajar Undang-Undang 5 Tahun Di Singapore

Penyanyi (Foto) Awi Rafael mengakui ilmu perundangan yang dipelajarinya hampir lima tahun di James Cook, University, Singapura memberi kelebihan kepadanya sebagai seorang anak seni.

Awi atau nama sebenarnya (Gambar) Muhammad Nabawi Gunawan, 27 tahun, berkata, walaupun tidak secara langsung mengaplikasikan ijazah yang diperolehinya sebagai kerjaya, namun ia banyak memberi panduan kepadanya dalam industri ini.

"Walaupun tidak menceburi bidang ini, saya masih mengaplikasikannya dalam kehidupan dan kerjaya saya sekarang.

"Setiap kontrak yang saya tandatangani saya tahu apa hak dan kelebihannya, begitu juga dengan pelaburan yang saya buat untuk masa hadapan," kata Awi Rafel yang pernah bercinta dengan Hanez Suraya kepada wartawan.

Awi Rafael dan Hanez Suraya Putus Cinta
Gambar Awi Rafael dan Hanez Suraya Putus Cinta
Awi Rafael Tolak Tawaran Jadi Lawyer Di Syarikat Guaman Terkenal

Tambah Awi, selepas tamat belajar, dia pernah ditawarkan bekerja di sebuah syarikat guaman di Singapura namun terpaksa menolak tawaran tersebut semata-mata mengejar cita-citanya.

"Selepas belajar saya beri kad dan ijazah saya semua pada ibu, kerana saya belajar untuk ibu tapi hati saya adalah untuk menjadi seorang penyanyi.

"Ramai juga pak cik dan mak cik yang menganggap keputusan saya itu merugikan kerana melepaskan peluang tersebut semata-mata untuk menyanyi.

"Tapi saya nekad dan ibu pula merestuinya," kata Awi Rafael yang pernah bercinta dengan Shila Amzah.

Kata Awi, biarpun tidak terlibat dalam bidang tersebut, namun dia kini berjinak-jinak dengan pelbagai pelaburan hartanah untuk masa depan.

"Saya gunakan ilmu undang-undang itu sebagai cara untuk saya melakukan pelaburan dan perniagaan.

"Untuk cari duit tidak perlu kita jadi duta pelbagai produk tapi buat pelaburan-pelaburan dengan bijak," katanya.

Awi Rafael Kontroversi Minum Arak dan Buat Tatoo
Awi Rafael Pernah Kontroversi Minum Arak dan Buat Tatoo
Awi Rafael Kumpul Aset Pelaburan Hartanah

Jelas Awi, dia kini bersyukur setelah hampir tiga tahun berada dalam industri seni ini, dia sudah mampu mengumpul sedikit aset dengan titik peluhnya sendiri.

"Duit bukan segala-galanya, apa yang penting ialah kita ikhlas untuk melakukan kerja itu.

"Alhamdulillah setelah tiga tahun saya dapat membeli rumah dan kereta sendiri daripada hasil usaha sebagai penyanyi," katanya.

Kata Awi, dia masih mengintai peluang untuk mengembangkan kerjayanya di negara jiran iaitu Indonesia.

"Saya sekarang sibuk berulang-alik ke Indonesia kerana bertemu dengan Once dan Ahmad Dhani untuk berbincang tentang lagu baharu.

"Insyaallah kalau ada rezeki saya mahu mencuba pasaran muzik di sana pula," katanya. - Mstar.

BIODATA AWI RAFAEL HOT PROFILE ARTIS MALAYSIA



Awi Rafael Twitter

Awi Rafael Blog Keek Instagram Profil Laman Sosial


VIDEO MUZIK AWI RAFAEL 'HARI-HARIKU' (OFFICAIL MTV)

+Mohd Rohaizad tahu artis berbakat seperti +awi rafael memang seorang yang bijak dalam pelajarannya, tidak hairan dianggap antara selebriti yang pandai dalam akademik. Suara Awi Rafael juga merdu dan mempunyai keunikan tersendiri. Namun, gosip kontroversi sensasi Awi juga penuh dengan pelbagai ragam dan Awi mengakui dia tidak terlepas dengan kejahilan masa lampaunya dan menyesali perbuatannya dan memohon peminat jangan salah faham tentang dirinya. Penulis dan para peminat akan menyokong Awi Rafael untuk mengubah dirinya menjadikan artis yang lebih baik pada masa hadapan. #AwiRafael #HanezSuraya #GosipArtis #DuniaHiburan

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

AWI RAFAEL BELAJAR JADI LAWYER PAKAR UNDANG-UNDANG By Mohd Rohaizad. Published: 12.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...