CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

AZNIL BERMINAT JADI PENGACARA AF 2013


Terkini Datuk Aznil Nawawi Berminat Jadi Pengacara Akademi Fantasia (AF) 2013?

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan terkini gosip hangat artis pengacara no.1 Malaysia Datuk Aznil Nawawi akan memantau Akademi Fantasia (AF) 2013! Adakah Aznil berminat untuk menjadi pengacara AF2013? Kali ini AF akan tampil istimewa dan memberi kelainan, dengan kata lain tidak seperti dahulu lagi! Apa yang special sangat? Jika AF masih seperti dahulu, yang propa sahaja lebih tentu membuatkan penonton tidak berminat dan silap hari bulan AF akan dikuburkan selamanya! Penulis sebenarnya tidak berminat Akademi Fantasia, masa mula-mula dulu tengoklah juga, lama-kelamaan menjadi muak rasa tidak best.

Aznil Nawawi Pengacara AF 2013

Aznil Pantau Akademi Fantasia 2013

Pengacara (Gambar) Datuk Aznil Nawawi akan tetap memantau dan memberi idea dalam penerbitan program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang akan bermula pada September depan.

Aznil, 53 tahun, berkata, sebagai seorang pekerja Astro dan pengalaman lebih 10 tahun mengendalikan program berkenaan, beliau merasakan mempunyai hak untuk bersuara demi memastikan AF kali ini mempunyai kelainan.

"Walaupun penglibatan saya secara tidak langsung tetapi demi memastikan program itu mempunyai kelainan saya tetap akan bersuara dan memberikan pandangan," kata Aznil Nawawi yang mungkin beraya di konti radio.

Aznil Nawawi Berminat Menjadi Pengacara AF 2013

Pengacara Akademi Fantasia

Aznil sebelum ini pernah bertindak sebagai pengacara program berkenaan selain Datuk AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley.

Dalam perkembangan sama, Aznil berkata, AF masih relevan namun memerlukan kelainan bersesuaian dengan peredaran zaman selain melihat kepada persaingan program konsep sama di stesen televisyen lain.

Jelas Aznil yang pernah menjadi musuh ketat Azwan Ali, walaupun AF telah mempunyai jenamanya tersendiri tetapi formula baharu harus disuntik bagi memastikan ia tidak berada di takuk lama.


Kelainan Akademi Fantasia 2013

"Sudah 10 tahun AF bersiaran dan sudah pasti ia perlukan kelainan kerana penontonnya juga sudah berbeza dan tidak seperti dulu dan saya perlu memantau kerana tidak mahu pengulangan idea berlaku terhadap pengisiannya seperti mana pernah saya lakukan dulu," jelas Pak Nil yang pernah selamatkan mangsa Ah Long.

Sementara itu, ditanya mengenai peluang AF 2013 untuk kembali menarik minat penonton, Aznil berkata, beliau optimis program itu akan dapat menarik minat penonton kerana sejarahnya sebelum ini selain pembaharuan yang bakal dibuat pihak produksi. - MStar.

BIODATA AZNIL NAWAWI PROFILE



VIDEO KEEK AZNIL NAWAWI UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

+Mohd Rohaizad rasa pengacara no.1 Malaysia +Aznil Nawawi mungkin memainkan peranan besar untuk menaikkan rating Akademi Fantasia seperti dahulu. Pengacara kedua mungkin AC Mizal dalam senarai. Jika gagal kali ini, mungkin Akademi Fantasia akan terkubur kembali. Kebanyakan peminat pun sudah muak dengan Akademi Fantasia yang tidak mempunyai keistimewaan dan suspen yang menarik untuk membuatkan penonton tertunggu-tunggu seperti AF1 sehingga AF3. Soalan cepuemas, bila Aznil Nawawi hendak berkahwin? Umur Pak Nil dah 53 tahun tu.. #AkademiFantasia

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

AZNIL BERMINAT JADI PENGACARA AF 2013 By Mohd Rohaizad. Published: 1.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...