CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BENJY CERAIKAN ISTERI SAFIYYA KALI KEDUA


Terkini Kontroversi Artis Bermasalah Benjy Ceraikan Isterinya Safiyya Kali Kedua!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com diberitakan tentang kontroversi pelakon artis bermasalah iaitu Benjy telah menceraikan isterinya Saffiya buat kali kedua dengan talak satu! Ramai yang berpendapat, tindakan ceraikan isterinya dibuat kerana Benjy tidak dapat memberi nafkah dan menanggung isterinya lagi. Langkah ceraikan isteri dibuat di mahkamah dengan semua pihak bersetuju diselesaikan secara baik. Benjy anak aktres terkenal Azean Irdawaty ini mungkin dipenjarakan sekali lagi kerana kes dadah Benjy dianggap berat kerana ditahan oleh pihak polis dengan isu syabu yang dijumpai sebagai bukti.

Benjy Ceraikan Safiyya

Artis Bermasalah Benjy Ceraikan Safiyya Talak Satu

Pelakon drama, (Gambar) Benjy menceraikan isterinya buat kali kedua,  (Gambar) Safiyya Stephanie Kar Leng Lee, 30 tahun, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini. 

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Khairul Azwadi Mohamed Nor pada jam 9.40 pagi selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Benjy atau nama sebenarnya (Foto) Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34 tahun, dan Safiya dilihat tenang sejurus lafaz cerai dibuat.

keluarga benjy azeanirdawaty

Benjy Cium Safiyya Kali Terakhir

Sebelum itu hakim telah meminta kedua-duanya saling bersalaman dan bermaafan. Benjy juga dilihat sempat mencium dahi Safiya buat kali terakhir.

Mahkamah telah menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah dan memerintahkan Safiya untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Dalam pada itu anak lelaki tunggal dramatis terkenal, Azean Irdawaty ini berkata, dia bersyukur akhirnya segala telah selesai dan dia akan meneruskan kehidupan barunya selepas ini.

Pelakon drama Benjy turut menyatakan punca perceraian mereka adalah disebabkan tidak sehaluan lagi namun mereka masih berkawan baik.

Benjy Ceraikan Isteri Kali Kedua Sebab Kes Dadah

Punca Penceraian Benjy - Demi Kebaikan Safiyya

"Tak ada apa-apa yang boleh saya katakan lagi. Saya akan teruskan kehidupan baru saya selepas ini. Allhamdulillah semuanya telah selesai.

"Kalau hari sekolah, Firdaus dengan ibunya, bila cuti dia dengan saya. Atau kadang-kadang kalau rindu, saya datang jumpa dia.

"Kami bercerai secara baik kerana dah tak sehaluan lagi tapi kami masih mempunyai hubungan sebagai kawan baik dan akan menjaga anak kami, Firdaus secara bergilir-gilir", katanya ketika ditemui diluar dewan mahkamah.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Cintaku Saerah ini berkahwin dengan Safiya Stephanie Kar Leng Lee berketurunan Cina yang merupakan seorang mualaf pada 9 Februari 2004. Hasil perkongsian hidup, keluarga mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 7 tahun.

Punca Penceraian Benjy - Demi Kebaikan Safiyya

Benjy Ceraikan Isteri Kali Kedua Sebab Kes Dadah?

Untuk rekod, Benjy dan Safiya pernah bercerai pada 7 Julai 2008 dengan talak satu dan kemudian pasangan ini telah merujuk semula pada hari yang sama.

Benjy juga sebelum ini pernah didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram pada Mac, 2010 dan ditahan selama dua tahun di penjara.

Baru-baru ini Benjy sekali lagi didakwa atas kesalahan menyalahguna dadah jenis syabu dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada 26 Jun lalu. - MalaysianDigest.

BIODATA BENJY PROFILE ARTIS



VIDEO BENJY MENCERAIKAN ISTERINYA SAFFIYA DI MAHKAMAH

+Mohd Rohaizad mengucapkan syabas buat pelakon Benjy menceraikan isterinya Saffiya buat kali kedua. Mungkin ini yang terbaik buat Saffiya yang tidak dapat lagi ditanggung oleh Benjy. Seperti yang kita ketahui Benjy mempunyai kes dadah yang belum lagi selesai dan berkemungkinan akan dipenjarakan kerana kes kesalahannya itu. Adakah Benjy akan ditangkap lagi? #Dadah #ArtisMalaysia

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BENJY CERAIKAN ISTERI SAFIYYA KALI KEDUA By Mohd Rohaizad. Published: 1.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...