CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BOIKOT HARAMKAN FILEM ANAK TUHAN DAJJAL


Terkini Kontroversi Tentang Filem Anak Tuhan Dajjal Iaitu Percy Jackson Wajib Diboikot dan Diharamkan Tayangan Di Malaysia?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com membawakan isu kontroversi sensasi mengenai sebuah filem Hollywood yang terang-terangan memesongkan akidah umat Islam dengan cerita anak tuhan Dajjal dalam filem Percy Jackson II: Sea of Monsters! Berikut merupakan komen pandangan daripada sumber Facebook yang disebarkan kepada pengguna Muslim untuk memboikot dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab untuk mengharamkan tayangannya di negara Malaysia. Adakah anda bersetuju memboikot filem genre ini? Adakah filem-filem tahyul mistik buatan Malaysia turut menerima tempias dan wajib diharamkan? Adakah filem ini juga merupakan kod tersembunyi dalam agenda Freemason, Iluminati?

Boikot Haramkan Tayangan Filem Anak Tuhan Dajjal
Boikot Haramkan Tayangan Filem Anak Tuhan Dajjal - Percy Jackson
Filem Percy Jackson, Cerita Dewa Greek Anak Tuhan Dajjal

Assalamualaikum....

PH dah tonton filem yang sangat menyesatkan ini...Setiap saat, plot cerita menjadi semakin 'berbahaya' dan kaedah halus telah digunakan untuk memesongkan AKIDAH...

Filem ini adalah mengenai sebuah mitos Greek mengenai nama Percy Jackson yang kononnya adalah ANAK TUHAN ( separuh Tuhan separuh manusia ) lalu menjadi DEMIGOD...

Filem ini mempunyai unsur-unsur SYIRIK yang keterlaluan dan ianya sedang hangat ditayangkan di kebanyakan pawagam di Malaysia....Berikut adalah beberapa 'etika' yang cuba menyesatkan umat Islam terutamanya anak-anak muda...

- KRONOS ( Dajjal Iblis paling besar ) digambarkan sebagai lebih berkuasa dari Allah SWT

Filem Percy Jackson 2 - Sea of Monsters
Filem Percy Jackson 2 - Sea of Monsters akan Diharamkan?
- Di pawagam, terang2an Si Percy Jackson memanggil ayahnya 'Dad' ( ayahnya ialah 'Tuhan Air ataupun Posseidon )...Orang yang keliru akan mengakui Posseidon itu memang wujud dan ianya adalah 'TUHAN'...

- Thalia juga adalah 'ANAK TUHAN' ( Anak Posseidon )

- Tyson, seorang jejaka yang datang entah dari mana mengaku bahawa dia adalah adik tiri kepada Percy Jackson...Dia adalah kacukan 'TUHAN POSSEIDON dengan Dajjal...

- Hanya Pedang Posseidon sahaja yang dapat memusnahkan KRONOS...Ini membawa maksud bukan Allah SWT yang berkuasa, tetapi Pedang Posseidon...

ada banyaklah cerita-cerita mengarut yang dilakukan secara terang2an...Filem ini lebih DAHSYAT dari filem BRUCE ALMIGHTY ( tapi BRUCE ALMIGHTY diharamkan pula )....

Nota PH : Pada PH, lantaklah mitos Yahudi apa sekalipun...Lord Of The Ring ke, TROY ke, tapi filem ini sangat keterlaluan....Dan PH sangat hairan BAGAIMANA FILEM INI BOLEH TERLEPAS DARI TAPISAN...???

In Shaa Allah PH akan membuat laporan polis dan laporan kepada beberapa agensi yang berkaitan dalam masa terdekat ini....PH berasa sangat terancam dan marah...

Filem Anak Tuhan Selamatkan Dunia
Filem Anak Tuhan Selamatkan Dunia
FILEM INI SANGAT BERBAHAYA UNTUK DITONTON KERANA BOLEH MENYESATKAN AKIDAH UMAT ISLAM DAN BOLEH MENGGUGAT KEHARMONIAN NEGARA....

PH amat alu2kan kepada kalian semua untuk sama2 membuat laporan atau aduan rasmi demi memelihara kedaulatan agama Islam dan menjaga keharmonian negara...

PLS SHARE...at least you did your part...

Yang mana sokong filem ini hanya hiburan, its ok...sebab memang itulah strategi Iluminati memesongkan akidah...well, PH hormat pendapat mereka...

Status filem ini adalah P13 yer ( Penjaga 13) - Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan melainkan ditemani oleh seorang dewasa.

Maknanya remaja bawah umur pun boleh tonton...hmmm - Sumber Facebook.


VIDEO FILEM PERCY JACKSON 2 - SEA OF MONSTERS TRAILER

+Mohd Rohaizad berpendapat filem terbaru Percy Jackson memang mempunyai unsur-unsur mistik dan khurafat campur tahyul. Tetapi kita tidak boleh mengharamkan semua filem yang mempunyai pengaruh tersebut, kemungkinan besar yang lebih sesuai ialah memboikot untuk menyaksikannya di pawagam semasa ditayangkan kepada umat Islam untuk mengelakkan akidah terpesong dan mempercayai adanya tuhan selain Allah S.W.T.. Cadangan yang diberikan oleh rakan penulis dalam facebook tersebut amat dihargai kerana prihatin dengan filem-filem yang menyesatkan dan boleh menyebabkan segelintir muslim yang jahil untuk yakin bahawa syaitan, dajjal dan iblis sangat berkuasa. Adakah filem ini dibuat dengan sengaja untuk mempermainkan dan memesong akidah umat Islam? #PercyJackson #SeaOfMonsters #Dajjal #Iluminati #freemason #Zionist

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BOIKOT HARAMKAN FILEM ANAK TUHAN DAJJAL By Mohd Rohaizad. Published: 15.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...