CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

CHETZ PELATIH ANJING WANITA DITAHAN HINA ISLAM


Terkini Isu Kontroversi Chetz Pelatih Anjing Wanita Ditahan Kerana Hina Islam!

Blog Mohdrohaizad.com membawa anda mengenai isu kontroversi yang ditimbulkan oleh pelatih anjing wanita iaitu Chetz Togom yang dikatakan menghina Islam melalui video ucapan selamat hari raya Aidilfitri! Siapa Chetz Togom atau Chetz Yusof? Nama sebenarnya ialah Maznah Mohd Yusof yang membela dan melatih anjing sebagai pekerjaan utamanya. Hebat tak? Sebelum ini ada lagi hebat, keluarga Islam membela anjing sampai penuh 1 rumah untuk kebajikan tetapi tidaklah membuat video seperti Chetz yang majoritinya terasa terhina kerana parodinya yang tidak dapat diterima masyarakat Islam.

Video Chetz Hina Islam

Video Chetz Hina Islam

Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, (Gambar) Maznah Mohd Yusof, 38 tahun, disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

Chetz Bekerja Untuk Makanan Anjing

Chetz Tidak Mengaku Bersalah

Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah iaitu seorang pelatih anjing. Adakah Chetz bangsa Melayu Islam?

Maznah, yang juga dikenali sebagai Chetz, mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.

Video Kontroversi Chetz Bersama Anjing-Anjingnya

Video Kontroversi Chetz Bersama Anjing-Anjingnya

Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Chetz Hina Islam Bersama Anjing Sempena Ucapan Aidilfitri

Chetz Hina Islam Bersama Anjing Sempena Ucapan Aidilfitri

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa. - Mstar.

Dikemaskini 1 Ogos 2013

Chetz Pelatih Anjing Direman Polis

Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya direman selama dua hari sehingga Jumaat.

Maznah Mohd Yusof, 38 tahun, direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor setelah diambil keterangan di Bukit Aman pada Rabu.

Polis menahan Maznah selepas didakwa membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama tiga ekor anjing dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Maznah dipercayai individu yang memuat naik video itu tiga tahun lepas di YouTube.

Rakaman video selama 1 minit 44 saat itu, memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan menggunakan suara latar Takbir Raya.

Video itu turut menunjukkan individu itu yang memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Keluarga Maznah Yusof - Chetz Mohon Maaf

Keluarga Maznah Yusof (Chetz) Mohon Maaf

Bapa saudara kepada Chetz Yusof atau Maznah Yusof, 38, jurulatih anjing yang terlibat dalam rakaman video sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anjing di laman sosial YouTube sedia memohon maaf walaupun untuk seribu kali demi menghormati saudara se-Islam yang lain di bulan Ramadan ini.

Wahid Togom, 57, berkata, permohonan maaf itu dibuatnya bagi mewakili seluruh keluarga dan Maznah.

Menurutnya, Maznah atau mesra dipanggil Mai oleh keluarga telah dibesarkan oleh bapanya iaitu Togom Yanang sejak berusia setahun sehingga tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim (TIGS) di sini.

"Semasa kecil Mai tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan ajaran agama sebaliknya dia juga cemerlang dalam pelajaran termasuk mata pelajaran agama Islam.

"Tetapi segalanya berubah selepas dia pulang daripada menyambung pelajaran di Amerika Syarikat (AS). Mungkin dia telah terpengaruh dengan gejala sosial sehingga mengamalkan gaya hidup yang pelik di negara ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Perserai di sini hari ini.

Sementara itu, Maznah telah direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Gambar Chetz Maznah Yusof Ditahan Reman
Gambar Chetz Maznah Yusof Ditahan Reman
Chetz Yusof Ditahan Reman Oleh Polis

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd. Kamil Sukaimi ketika dihubungi mengesahkan wanita berusia 38 tahun itu direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Tambah Wahid, tindakan Maznah juga turut menjejaskan nama baik bapanya (Togom) yang juga seorang penangkap dan penjinak buaya terkenal di negara ini sekitar 1970-an.

Menurut Wahid, keluarganya turut akur dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan Maznah ketika ini dan berharap anak saudaranya itu diberikan hukuman yang mampu memberikan keinsafan.

"Saya dan isteri telah puas berdoa supaya Mai insaf, mungkin inilah jalannya (hukuman) yang dapat menginsafkan dia daripada hidup dengan cara yang bertentangan dengan suruhan agama.

"Walaupun ibu dan bapanya tidak menjaganya sejak kecil namun saya yakin mereka antara orang yang kecewa dengan tindakan Maznah yang memalukan itu," katanya.

Dalam pada itu, adik Maznah, Zuraimi, 35, yang kini menetap di Taman Kota Masai, Pasir Gudang dan keluarga mereka di Taman Sungai Abong di sini kecewa tetapi tidak terkejut dengan kewujudan video itu kerana sudah pun mengetahuinya sejak 2010.

"Ayah saya, Mohd. Yusof sudah menasihatkannya supaya tidak melakukan perbuatan itu. Kami sudah puas menegurnya sejak awal lagi. Ini mungkin ada kena-mengena dengan gaya hidupnya yang bebas dan sebagai seorang tomboi," ujarnya. - Utusan.

JAKIM Sahkan Video Chetz Menghina Islam - Dikemaskini 3 Ogos 2013

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan penerbitan klip video '1 Hari di Hari Raya' yang menggambarkan Hari Raya umat Islam boleh diraikan bersama anjing adalah tindakan menghina Islam dan perbuatan tidak bertanggungjawab.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata pemilik video itu secara jelas menghina pegangan dan sensitiviti umat Islam di Malaysia yang berpegang kepada Mazhab Shafie bahawa umat Islam tidak boleh memegang atau menyentuh anjing atau keturunannya di mana jika tersentuh wajib disertu.

Katanya takbir Hari Raya yang turut dijadikan muzik latar dalam video itu, juga merupakan satu tindakan penghinaan kerana takbir itu merupakan satu lafaz suci dalam memuji dan membesarkan Allah sedangkan pemilik video melakukan agenda yang sangat menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.

"Penerbitan video tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam yang menghormati perasaan beragama seorang Islam yang lain.

"Tindakan pemilik video itu seolah-olah memperlekeh dan mencabar pegangan umat Islam yang selalunya dilakukan dalam bentuk provokasi oleh segelintir orang bukan Islam," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Othman berkata satu laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat pada Rabu lalu dan kini Jakim sedang menyiapkan satu laporan untuk dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat tindakan susulan.

Maznah Mohd Yusof, 38, yang dikenali sebagai Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube baru-baru ini.

Wanita itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor, hari ini atas bon jaminan mahkamah. - Bernama.

Gambar Video Chetz Hina Islam Menurut Jakim
Gambar Video Chetz Hina Islam Menurut Jakim
Chetz Dibebas Dengan Jaminan Polis - Dikemaskini 3 Ogos 2013

Jurulatih anjing, Maznah Mohd Yusof, yang ditahan reman berhubung kontroversi video hari raya, dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut peguamnya, S Visvanathan Nair, Maznah dibebaskan pada kira-kira jam 12.20 hari ini dengan kakaknya menjadi penjamin.

Ini ekoran permohonan pihak polis di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah, yang berkaitan dengan saksi dan pengadu dalam kes.

"Dia kini berada di lokap ibupejabat polis Segamat untuk mengambil barangannya," katanya ketika dihubungi.

Pegawai penyiasat Othman Mantaha berkata polis tidak akan memohon lanjutan tahanan reman kerana ia mungkin tidak dibenarkan oleh mahkamah.

"Lagi pun (ia) membebankannya," tambah Visvanathan.

Beliau berkata pihaknya memohon dikenakan jaminan polis supaya Maznah boleh dipanggil semula untuk memberi kenyataan lanjut dalam tempoh siasatan.

Katanya, selagi tidak didakwa, Maznah boleh dianggap sebagai suspek atau saksi dalam kes tersebut.

Peguam Latheefa Koya, yang bertindak bagi pihak Maznah di Kuala Lumpur, bagaimanapun berkata ini adalah "prosedur yang salah" kerana Seksyen 118 hanya terpakai kepada pengadu atau saksi dalam sesuatu kes.

"Dalam kes ini, (Maznah) jelas bukanlah saksi, bukan pengadu,
tetapi berpotensi akan didakwa. Takkan mereka akan mendakwa anjing dan dia (Maznah) jadi saksi," kata Latheefa ketika dihubungi.

Sementara itu, Othman berkata masih terdapat "banyak" yang perlu dilakukan dalam penyiasatan, termasuk "menghantar barang kes untuk pemeriksaan dari segi data".

Ditanya mengenai beberapa laporan yang dibuat terhadap Maznah di seluruh Malaysia, Othman berkata, siasatan polis akan berpusat di Segamat, manakala siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan dilakukan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau hanya dimaklumkan mengenai satu laporan polis lain dibuat di Penampang, Sabah.

Maznah, yang tinggal di Bukit Beruntung, Selangor, dibawa ke Segamat pagi semalam kerana laporan polis pertama terhadap beliau dibuat di bandar itu, tetapi peguamnya menganggapnya sebagai satu "penyalahgunaan kuasa". - Malaysiakini.

BIODATA CHETZ PROFILE PELATIH ANJING



Chetz Togom Youtube Channel


VIDEO SIAPA CHETZ TOGOM SI PELATIH ANJING


VIDEO CHETZ DIKATAKAN HINA ISLAM BERSAMA ANJING-ANJINGNYA

+Mohd Rohaizad berharap +Chetz Togom jangan menggunakan unsur-unsur agama Islam bersama-sama anjingnya lain kali, video yang dipaparkan wajar dijadikan pengajaran buat dirinya sebagai pelatih anjing, tidak salah pekerjaannya itu, Chetz sudah pasti tahu binatang anjing adalah yang diharamkan dalam al-Quran. Kenapa masih hendak provoke dengan parodi menggunakan anjing-anjingnya untuk menyampaikan mesej kepada umat Islam? Alahai.. harap-harap Chetz tidak kena hukuman penjara, mungkin sebab jahil. #MelayuBoleh

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

CHETZ PELATIH ANJING WANITA DITAHAN HINA ISLAM By Mohd Rohaizad. Published: 1.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...