CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ERRY PUTRA SEDIA BERKAHWIN TAHUN HADAPAN


Terkini Artis Erry Putra Bersedia Untuk Berkahwin Tahun Hadapan!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan cerita terbaru artis sensasi pelakon kacak Erry Putra sedang mencari calon isterinya dan dijangka akan berkahwin tahun hadapan! Terdapat 3 bakal calon isteri Erry setakat ini yang mana dianggapnya mempunyai pilihan yang sesuai untuk dijadikan isteri. Siapakah gadis-gadis yang bertuah tersebut? Erry pun sudah pun berusia 35 tahun, memang kena cepat-cepat berkahwin, kawan-kawan Erry yang lain pun sudah beranak-pinak, itu yang membuatkan Erry nekad untuk akhiri zaman bujangnya tahun depan. Semoga berjaya misi Erry Putra ya.

Erry Putra Sedia Berkahwin
Erry Putra Sedia Berkahwin Tahun Depan
Cari Calon Isteri Erry Putra

Pelakon (Gambar) Erry Putra mempunyai tiga wanita sebagai calon pilihan sebelum bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Erry atau nama sebenarnya (Foto) Mohd Razlan Hamzah @ Ahmad, 35 tahun, bagaimanapun berkata, dia masih lagi mencari keserasian terhadap wanita-wanita itu sebelum memilih seorang daripada mereka bagi menjadi calon isteri.

"Bunyi seperti 'playboy' bukan? Tetapi jangan salah faham, saya hanya berkawan dan mengenali mereka dengan lebih dekat, nak lihat sejauh mana keserasian kami. Dan kemudian barulah saya pilih mana satu yang sesuai.

"Tetapi saya tidak meletakkan harapan seolah-olah mahu bercinta atau berkahwin dengan mereka. Sekiranya mereka ada pilihan lain, saya tidak mempunyai masalah,' katanya kepada wartawan.

Erry Putra Cari Calon Isteri
Erry Putra Cari Calon Isteri
Erry Putra Tiada Calon Isteri Yang Sesuai

Tambah Erry, sudah lama dia berhasrat untuk mendirikan rumah tangga namun sehingga kini dia masih lagi tiada seorang calon.

Dan dengan cara ini, Erry mungkin dapat menunaikan hasratnya berkahwin pada tahun depan yang sudah lima tahun tertangguh.

"Kalau nak tahu, saya sudah bersedia untuk kahwin sejak lima tahun dahulu. Dan setiap tahun saya memberi harapan pada diri bahawa tahun yang seterusnya pasti akan saya temui calon yang sesuai. Dan ia berlarutan sehinggalah sekarang.

"Moga perancangan berkahwin pada tahun depan betul-betul menjadi Insya-Allah," tuturnya.

Erry Putra Askar Tentera
Erry Putra Berpakaian Askar Tentera
Erry Putra Mencipta Lagu

Dalam perkembangan lain, Erry beritahu, selain sibuk di set penggambaran dia juga aktif dalam mencipta lagu di studio dan selepas Aidilfitri nanti, dia bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaharu berjudul Tapi Aku Suka Walau Lebih Tua.

"Sehingga kini saya sudah pun menyiapkan sebanyak lima buah lagu iaitu Tidak-Tidak, Berubah, Jangan Kau Pergi, Hanya Aku serta serta Tapi Aku Suka Walau Lebih Tua.

“Kesemua single ini akan dikeluarkan secara berperingkat," ujarnya. - Sumber MStar.

BIODATA ERRY PUTRA PROFILE ARTIS MALAYSIA



VIDEO MUZIK ERRY PUTRA 'TIDAK-TIDAK'

+Mohd Rohaizad berharap +Erry Putra akan bertemu dengan bakal calon isteri yang sesuai dengan ciri-ciri wanita idamannya. Penulis dan para peminat mendoakan semoga Erry Putra jumpa jodohnya dan akan berkahwin tahun hadapan ya. Adakah Erry Putra adik kepada Adi Putra? Rasanya tidak.. Anda sudah dengar lagu baru Erry Putra? Best tak? #ErryPutra #Jodoh

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ERRY PUTRA SEDIA BERKAHWIN TAHUN HADAPAN By Mohd Rohaizad. Published: 10.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...