CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FARAWAHIDA BERKAHWIN TAHUN INI BAKAL SUAMI ORANG PENANG


Terkini Artis Kontroversi Farawahida akan Berkahwin Tahun Ini, Bakal Suami Orang Penang!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan artis kontroversi Farawahida Razali akan berkahwin pada hujung tahun ini dengan bakal suaminya orang Penang! Malah Farawahida turut sambut Hari Raya bersama bakal suami di Pulau Pinang. Siapakah bakal calon suaminya? Adakah calon suami Farawahida juga seorang artis yang terlibat dalam dunia hiburan? Nampaknya majlis perkahwinan artis banyak pada hujung tahun ini. Tahun artis ramai berkahwin sebelum menamatkan tahun 2013. Kami mendoakan semoga Farawahida dan bakal suami bahagia dalam mengharungi rumahtangga kelak. Farawahida sudah selesai kes sensasi bersama komposer Julfekar?

Farawahida Berkahwin Tahun Ini
Farawahida Bersedia Untuk Berkahwin Tahun Ini
Farawahida Akan Bernikah Hujung Tahun Ini

Penyanyi yang pernah mencetuskan kontroversi, (Gambar Foto) Farawahida Razali memberitahu kami tahun ini merupakan tahun terakhir dia menyambut Ramadan dan Syawal sebagai orang bujang.  Ini kerana pada Disember ini dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya.

“Persiapan saya untuk menyambut Syawal ini sederhana sahaja. Saya lebih fokus dalam menyediakan kelengkapan raya untuk adik-adik saya. Tapi tahun ini saya menikmati sebaik-baiknya sambutan raya bersama keluarga. Sebab tahun depan, insyaAllah saya sudah menyambut raya berdua. Jadi untuk lebaran kali ini, seperti biasa saya berhari raya di kampung halaman di Taiping, Perak,” ujar Farawahida yang sudah lama tidak dengar gosip kontroversinya.

Farawahida Beraya di Rumah Bakal Calon Suami
Farawahida Sambut Hari Raya di Rumah Bakal Calon Suami
Farawahida Beraya di Rumah Bakal Calon Suami

“Saya juga akan mengunjungi rumah bakal suami saya di Pulau Pinang. Semenjak kami menjalinkan hubungan, tiap-tiap tahun kami akan ke rumah keluarga masing-masing untuk berhari raya. Saya rasakan itu adalah permulaan untuk saya mengenal keluarganya dan dia mengenal keluarga saya,” jelas Farawahida lagi.

Bercerita mengenai juadah dan kuih raya yang digemari olehnya, Farawahida menceritakan yang dia sangat gemarkan masakan jiran sebelah rumahnya.

“Seperti tahun-tahun lepas di malam raya, saya ditugaskan untuk memasak rendang ayam. Tetapi apa yang peliknya, saya kurang gemar makan hidangan yang saya masak sendiri. Saya amat menggemari Rendang Ayam Pencen yang dimasak oleh jiran sebelah rumah. Setiap kali selepas habis Solat Sunat Aidilfitri, saya akan singgah ke rumah jiran saya untuk merasai kelazatan rendang itu. Selain itu, saya juga gemarkan kuih tart nenas untuk dimakan di pagi raya,” cerita penyanyi lagu ‘Tanpamu’ ini.

Farawahida Razali Harap Perunding Perkahwinan
Farawahida Razali Harap Kepada Perunding Majlis Perkahwinan
Farawahida Serah Kepada Perunding Perkahwinan

Mengulas mengenai persiapan perkahwinan, Farawahida menjelaskan yang dia menyerahkan 90% tanggungjawab mengenai persiapan hari bahagianya bersama jejaka idaman kepada perunding perkahwinan mereka, Chedet. 

“Untuk hari bahagia saya pada Disember nanti, hampir 90% persiapan saya serahkan kepada perunding perkahwinan kami, Chedet. Selepas sambutan Aidilfitri tahun ini, baru saya akan betul-betul memberikan fokus kepada persiapan perkahwinan . Masing-masing agak sibuk, bahkan kursus perkahwinan pun belum sempat kami hadiri. InsyaAllah, semuanya akan dilakukan selepas sambutan Syawal nanti,” tambah Farah.

Mengenai perkembangan terbarunya, Farawahida kini sedangmencari material terbaru untuk dijadikan ‘single’ keduanya selepas lagu ‘Jangan Tanya Aku Lagi’. Farawahida menjelaskan yang lagu keduanya bakal berentak ‘moderate’, santai dan juga relaks di halwa telinga pendengar. - Portal Gua.

Farawahida Kahwin Di Taiping Perak
Farawahida Kahwin Di Taiping, Perak
Farawahida Kahwin Di Taiping, Tidak Merisik atau Bertunang

Penyanyi Farawahida mengakui berasa berdebar menantikan detik perkahwinannya yang dijangka pada Disember tahun ini.

Farawahida, 28 tahun, berkata, majlis pernikahan akan berlangsung di Taiping, Perak manakala acara bersanding akan diadakan pada sebelah malam.

"Saya dan kekasih sudah lapan tahun bersama, jadi kami rancang untuk kahwin terus tanpa perlu mengikut adat untuk merisik atau bertunang.

"Bagaimanapun saya tetap berdebar untuk melalui detik bahagia itu. Doakan kami dijodohkan bersama pada hujung tahun ini ya," katanya

Tambah pelantun lagu popular Tanpamu itu, buat masa ini dia enggan mendedahkan siapa identiti lelaki tersebut sehinggalah pada hari perkahwinannya nanti.

"Apa yang boleh saya katakan, dia seorang lelaki bukan kepunyaan sesiapa berusia 29 tahun dan kini bekerja di sebuah pusat perubatan.

"Pada masa sama dia juga sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hartanah pula,” ujarnya.

Beritahu Farawahida lagi, sambutan Aidilfitri pada tahun ini lebih diberi fokus dalam persiapan perkahwinannya selain perlu menjalani kursus perkahwinan di bulan Syawal. - Mstar.

BIODATA FARAWAHIDA SEKSI HOT PROFILE ARTIS MALAYSIA




Farawahida Instagram Keek


VIDEO MUZIK FARAWAHIDA 'JANGAN TANYA AKU LAGI'

+Mohd Rohaizad mengucapkan tahniah buat +farawahida razali yang akan berkahwin pada hujung tahun ini dengan bakal suaminya orang Pulau Pinang! Nampaknya ramai artis akan menggadakan majlis perkahwinan mereka pada tahun ini. Seperti juga artis yang lain, Farawahida Razali mengharapkan persiapan majlis pernikahannya oleh perunding perkahwinan yang dipercayainya. Jangan jadi seperti kes Black Mentor sudah yang kena tipu dan dilarikan duit oleh perunding perkahwinannya. Kami para peminat Farawahida mendoakan yang terbaik buat anda dan bakal suami ya! Tahniah diucapkan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FARAWAHIDA BERKAHWIN TAHUN INI BAKAL SUAMI ORANG PENANG By Mohd Rohaizad. Published: 6.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...