CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FATHIA JUAL JENAMA JAM 'THIA' SWAROVSKI EKSKLUSIF


Terkini Pelakon Jelita Fathia Latiff Menjual Jam Bertakhtakan Batu Swarovski Eksklusif Berjenama Sendiri 'Thia'

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan artis seksi hot cantik jelita Fathia Latiff terkini menjual jenama jam 'THIA' namanya sendiri dan dikongsi bersama Aiman Hakim! Jam ini mahal dan eksklusif reka bentuk hanya edisi terhad 1 sahaja dan dihiasi batu Swarovski yang diimport khas dari Austria. Anggaran harga jam Thia ini dalam RM300-RM500 bergantung kepada rekaan, malah pelanggan boleh menempah rekaan mereka sendiri! Hebat kan? Fathia berpandangan jauh dan mempunyai pasaran luas jika benar-benar serius dalam perniagaan jamnya ini walaupun dianggap mahal tetapi eksklusif tersendiri.

Fathia Latiff Seksi Hot Jual Jam
Nur Fathia Latiff Seksi Hot Jual Jam
Kenapa Fathia Latiff Jual Jam?

Sewaktu berkunjung ke pejabat baru-baru ini pelakon (Gambar Foto) Nur Fathia Abdul Latiff, 26 tahun, dengan ramah mempersila rakan-rakan media untuk melihat jam tangan yang dijualnya.

"Menjual jam tangan pula, kenapa?," tanya kami kepadanya yang ditemani oleh pelakon (Gambar Foto) Aiman Hakim Ridza, 24 tahun.

Jelas Fathia, dia mengambil keputusan menjual jam tangan buatan sendiri bagi mengisi aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini kerana tidak sibuk dengan penggambaran.

Kata Fathia yang dikatakan sangat panas baran, sebelum mengambil keputusan untuk menjual jam tangan wanita yang dihiasi dengan batu-batu swarovski, dia terlebih dahulu pernah memakai jam rekaan saudaranya itu.

"Sebenarnya salah seorang saudara saya ada buat jam tangan begini dan di kalangan sanak saudara kami, memang tahu akan kepakarannya. Jadi dari situlah timbul idea untuk buat jualan. Bukan apa, setiap kali saya pakai jam tangan bertakhta batu swarovski itu mesti ada yang bertanya, beli di mana?

"Daripada pertanyaan sebegitu, saya sedar rupa-rupanya ada pasaran untuk jam tangan buatan saudara saya itu. Jadi sempena bulan Ramadan ini, saya mengambil keputusan untuk serius menjual jam tersebut," katanya.

Untuk produk yang diberi nama Thia dengan hiasan batu swarovski dari Austria itu, Fathia mengambil keputusan berkongsi perniagaan tersebut dengan rakan artis, Aiman Hakim.

Fathia Latif Seksi Hot Artis Malaysia
Gambar Fathia Latif Seksi Hot Artis Malaysia
Reka Bentuk Jam Thia Eksklusif Hanya Satu

Menurutnya, setiap jam tangan yang dihasilkan adalah eksklusif kerana setiap reka bentuk hanya terdapat satu sahaja. Blog mohdrohaizad.com juga berminat untuk memberi jam Thia tetapi tidak berkemampuan, maaf.

"Sekarang ini saya ada lebih kurang 20 buah jam tangan bertakhta batu swarovski yang direka dengan pelbagai bentuk. Sebenarnya, jam itu dihias berdasarkan warna batu dan saiznya.

"Kalau ada pembeli yang ingin reka bentuk berdasarkan idea sendiri pun kami boleh buat. Harga yang kami tawar jauh lebih murah berbanding di pasaran kerana saya sudah pun melihat harga yang dijual di sebuah kedai di Mid Valley," kata Fathia yang pernah ditegur Aaron Aziz.

Katanya, harga untuk sebuah jam tangan wanita yang dijual adalah antara RM300 sehingga RM350.

Tambah pelakon itu, setakat ini dia dan Aiman hanya menjual pada rakan-rakan dan kenalan sahaja. Untuk masa akan datang jam tangan jenama Thia itu akan dijual menerusi online dan secara langsung.

Nur Fathia Latiff Seksi Hot Artis Malaysia
Foto Nur Fathia Latiff Cantik Pakai Baju Pengantin
Fathia Jual Jam Thia Secara Online

"Memandangkan jam tangan ini eksklusif, jadi kami tidak menjualnya di sembarangan tempat. Setakat ini kami hanya mempromosi jam tangan Thia di laman sosial, Instagram dan Twitter sahaja.

"Alhamdulillah, ada beberapa orang rakan yang telah menempah jam tangan Thia untuk dijadikan buah tangan sempena raya ini. Jam tangan Thia ini direka untuk semua peringkat, daripada kanak-kanak hinggalah dewasa," jelas Fathia yang pernah digeram oleh Fizz Fairuz.

Dalam pada sibuk mendengar penjelasan Fathia tentang jam tangan Thia itu, kami juga mengambil kesempatan bertanya kenapa Aiman yang dipilih sebagai rakan niaga.

Katanya, Aiman dipilih menjadi rakan kongsi kerana mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak terlibat dalam drama bersiri Diandra yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Fathia dan Aiman Rakan Kongsi Jam Thia
Fathia Latif dan Aiman Hakim Rakan Kongsi Jam 'Thia'
Fathia dan Aiman Rakan Kongsi Jam Thia

"Apabila saya usul hasrat untuk berniaga jam tangan kepada Aiman, dia bersetuju untuk terlibat sama kerana sememangnya kami sama-sama minat bidang perniagaan," jelas Fathia yang pernah kontroversi bertudung menghalang populariti.

Sementara itu, Aiman pula menganggap kerjasamanya dengan Fathia adalah sebagai langkah permulaan untuk melangkah dalam bidang perniagaan.

"Saya bersetuju untuk menjadi rakan niaga kerana saya lihat dia bersungguh-sungguh untuk memulakan perniagaan. Siapa tahu ini satu langkah permulaan dan mungkin di masa akan datang, kami bakal menghasilkan jam tangan untuk lelaki pula," kata pelakon kacak ini. - Utusan.

BIODATA NUR FATHIA LATIFF PROFILE ARTIS MALAYSIA






VIDEO FATHIA LATIF SEKSI HOT ARTIS TEMUBUAL MAJALAH REMAJA

+Mohd Rohaizad dan para peminat +Fathia Latif mendoakan semoga bisnes perniagaan jam 'THIA' akan berjaya dan menambat hati bagi para peminat jam eksklusif yang dihiasi batu Swarovski ini bukan murah ya. Bukan buatan dari China, batunya sahaja kena import dari Austria. Rakan perniagaan Aiman Hakim pun boleh menguruskannya andai kata Fathia sibuk bkerja shooting filem dan drama. All the best Fathia dan Aiman.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FATHIA JUAL JENAMA JAM 'THIA' SWAROVSKI EKSKLUSIF By Mohd Rohaizad. Published: 3.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...