CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FILEM 'KL GANGSTER 2' KARYA HEBAT SYAMSUL YUSOF


Terkini Filem Kontroversi 'KL Gangster 2' Karya Hebat Syamsul Yusof Berjaya Diluluskan!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com sudah tengok trailer filem KL Gangster 2 yang memang sangat hebat hasil karya pengarah berbakat Syamsul Yusof! Setelah dua tahun bersabar dengan pelbagai tapisan aksi babak kontroversi ganas meletop, akhirnya berjaya dan akan ditayang pada 3 Oktober ini untuk para peminatnya saksikan! Memang mengikut ramalan jangkaan ramai, filem ini akan memecah kutipan panggung, bagi filem-filem lain, pastikan jangan tayang filem anda pada bulan Oktober dan November jika tidak mahu rugi. Selepas ini mungkin tiada lagi masalah lagi buah PEKIDA code rahsia kata kunci panggilan pangkat ayahanda abang long kawasan dalam kumpulan mereka. 

KL Gangster 2 Karya Hebat Syamsul Yusof
KL Gangster 2 Karya Hebat Syamsul Yusof
Filem KL Gangster 2 Akhirnya Diluluskan Untuk Tayangan

Selepas lebih dua tahun menanti, trailer filem paling dinanti-nantikan tahun ini, 'KL Gangster 2' akhirnya dilancarkan. Menerusi akaun Youtube pengarahnya, Syamsul Yusof, trailer berdurasi 2 minit 37 saat ini menampilkan babak-babak cemas dan mendebarkan sekali gus berjaya membangkitkan rasa teruja penonton untuk menyaksikan filem ini. Blog mohdrohaizad.com tengok badan Adi Putra sudah tidak berketul-ketul seperti KL gangster 1. Sudah habis pakai steroid ka bro?

Adi Putra KL Gangster 2
Adi Putra KL Gangster 2
Barisan Pelakon Hebat KL Gangster 2

'KL Gangster 2' menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan Razak, Sofi Jikan dan ramai lagi. Tidak hairanlah, rata-rata peminat mengharapkan yang terbaik menerusi filem ini. Malah ramai memberikan pendapat bahawa tidak mustahil untuk 'KL Gangster 2' memecahkan rekod kutipan filem 'KL Gangster' sebelum ini. Rosyam Nor tidak sabar untuk ceraikan kepala dan badan ayah abang dalam filem ala kongsi gelap samseng Hong Kong ini.

KL Gangster 2 Rosyam Nor
KL Gangster 2 Rosyam Nor
Sinopsis Trailer KL Gangster 2 Film

Kepada peminat-peminat yang menantikan tayangan filem ini pada 3 Oktober depan, jom saksikan trailer yang tentunya akan membuatkan anda tidak senang duduk. Adakah Sofi Jikan akan berjaya menyengat para peminatnya? Abang long Malik aksi gaduh pun semakin hebat. - MH Online. KL Gangster 2 free download full movie youtube on the way.


VIDEO FILEM KL GANGSTER 2 (OFFICIAL TRAILER SKOP PRODUCTION FILM)

+Mohd Rohaizad pun tidak sabar untuk tengok filem KL Gangster 2 yang akan ditayangkan 3 Oktokber ini setelah mendapat kelulusan oleh lembaga penapisan filem. Mungkin ada babak-babak yang kontroversi tetapi telah dikurangkan atau dibuang untuk mengelakkan isu timbul dan dikritik negatif. Bagi penulis, trailer KL Gangster 2 memang hebat hasil karya pengarah berbakat anak Yuso Haslam iaitu Syamsul Yusof yang sanggup bersabar 2 tahun sebelum berjaya dimainkan di pawagam. Tahniah Syamsul Yusof! #KLGangster

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FILEM 'KL GANGSTER 2' KARYA HEBAT SYAMSUL YUSOF By Mohd Rohaizad. Published: 2.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...