CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FILEM KONTROVERSI TANDA PUTERA TETAP DITAYANGKAN


Terkini Filem Kontroversi 13 Mei Tanda Putera Tetap Ditayangkan!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan filem kontroversi tragedi berdarah 13 Mei 1969 iaitu Tanda Putera akan ditayangkan tahun ini walaupun mendapat bantahan ramai pengkritik! Pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba memberitahu wartawan, filem Tanda Putera yang sudah dua tahun terperap akan ditayangkan kepada umum kerana mendapat kelulusan pihak atasan. Namun ramai yang berpendapat filem Tanda Putera tidak akan ditayangkan melainkan hampir PRU14 nanti. Bagaimana pula dengan filem yang mengangkat komunis sebagai hero semasa zaman jepun, filem The New Village akan diperapkan sehingga pihak penapisan bersetuju dengan babak-babak yang menonjolkan komunis sebagai hero dibuang!

Filem Kontroversi Tanda Putera Tragedi 13 Mei 1969
Poster Filem Kontroversi Tanda Putera Tragedi 13 Mei 1969
Filem Tanda Putera Mampu Tarik Penonton

Penerbit dan pengarah, (Gambar Foto) Datin Paduka Shuhaimi Baba yakin filem arahannya berjudul Tanda Putera mampu menarik minat penonton apabila ia ditayangkan pada 29 Ogos ini walaupun telah beberapa kali ditunda penayangannya.

Shuhaimi berkata, pihaknya telah melakukan beberapa promosi dan menyusun strategi pemasaran bagi memastikan filem berkenaan akan dapat diterima oleh orang ramai.

"Benar filem ini hampir dua tahun terperap kerana ditunda namun itu telah melemahkan semangat kami di pihak produksi malah gembira dengan pengumuman tarikh tayangan Tanda Putera.

"Kami akan memulakan strategi pemasaran dan promosi filem ini seperti mana dilakukan dulu supaya dapat menarik orang ramai keluar menonton filem ini nanti," jelas Shuhaimi Baba yang pernah bergaduh dengan Jurey.

Filem Tanda Putera Mendapat Bantahan Ramai
Filem Tanda Putera Mendapat Bantahan Ramai Pengkritik
Tanda Putera Terperap Dua Tahun Kerana Mendapat Bantahan Ramai

Shuhaimi ditemui selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat filem berkenaan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini pada Sabtu sempena bulan Ramadan.

Dalam perkembangan sama, Shuhaimi berkata, tidak sukar untuk mengembalikan momentum filem berkenaan dikalangan penonton kerana menerusi satu kajian orang ramai masih menyedari kewujudan Tanda Putera yang ditunda penayangannya.

Malah kata Shuhaimi, rata-rata ada yang tidak berpuas hati ia ditunda dan masih menunggu tayangan filem berkenaan di pawagam.

"Ramai yang masih belum lupakan filem berkenaan walaupun ia telah beberapa kali ditangguhkan daripada ditayangkan di pawagam sebelum ini dan ada yang marah kerana dengan kelewatan itu.

"Dalam kajian selidik yang kami lakukan penonton masih menyedari kewujuduan filem ini dan dengan strategi pemasaran yang betul Insya-Allah akan menarik orang ramai menonton," katanya.

Shuhaimi Baba Yakin Tanda Putera Tarik Penonton
Pengarah Shuhaimi Baba Yakin Tanda Putera Tarik Penonton
Tanda Putera Papar Kisah Tragedi Berdarah 13 Mei 1969

Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan berbilang kaum masyarakat negara ini.

Tanda Putera yang dibarisi pelakon Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). - Mstar.

Anda ingin download filem Tanda Putera full movie watch video secara online di TV, youtube? Masih diusahakan untuk mencari filem tersebut.

FILEM TANDA PUTERA KONTROVERSI




VIDEO MUZIK LAGU TEMA FILEM TANDA PUTERA (OFFICIAL)

+Mohd Rohaizad tidak sabar untuk tengok filem Tanda Putera dan The New Village yang masing-masing mempunyai kontroversi kononnya mempunyai rahsia yang ditokok tambah sehingga mendapat bantahan ramai pengkritik. Adakah filem Tanda Putera dan The New Village akan ditayangkan tahun ini? Mengikut ramalan ramai, filem Tanda Putera akan ditayangkan juga walau apa pun terjadi, ada yang jenaka filem ini disimpan untuk PRU14 nanti. Cuma yang bermain difikiran penulis, adakah filem-filem kontroversi ini memaparkan kisah sebenar atau sengaja untuk menyembunyikan fakta dan mengangkat hero yang sebenarnya bukan pun hero tetapi tali barut? Filem tragedi berdarah 13 Mei 1969 dan komunis sebagai hero zaman jepun, wajar atau tidak ditayangkan pada pendapat anda? Anda sudah tengok video tokok Namewee kutuk menteri Malaysia? #TandaPutera #TheNewVillage #ShuhaimiBaba

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FILEM KONTROVERSI TANDA PUTERA TETAP DITAYANGKAN By Mohd Rohaizad. Published: 4.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...