CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

GOSIP NASHA AZIZ, ZUL ARIFFIN HANGAT BERCINTA


Terkini Kontroversi Gosip Artis Nasha Aziz dan Zul Ariffin Hangat Bercinta?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan mengenai isu kontroversi sensasi iaitu gosip artis seksi hot Nasha Aziz dan Zul Ariffin skandal hangat bercinta bersama-sama dan curang ke atas bakal isterinya Gayatri Su-Lin Pillai yang akan berkahwin! Seperti yang kita sedia maklum sebelum ini, Zul Ariffin dan Gayatri Pillai dikatakan akan berkahwin dalam masa terdekat, tetapi adakah skandal percintaan di antara Nasha Aziz dan Zul Ariffin adalah benar seperti yang kita dengar? Zul sendiri memaklumkan yang dia sedang mendalami agama Islam agar bersedia untuk memimpin bakal isterinya yang bakal menjadi mualaf dengan rela hati. Gosip juga berkeliaran tentang persediaan majlis pernikahan di antara Zul Ariffin dan Gayatri Pillai yang mahu berkahwin dengan segera. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gosip skandal tersebut, mari mengikuti penjelasan Zul kepada wartawan yang menemubualnya.

Nasha Aziz Seksi Hot Tidak Memakai Bra
Kontroversi Nasha Aziz Tidak Memakai Bra Hangat Sebelum Ini
Majlis Perkahwinan Zul Ariffin dan Gayatri Su-Lin Pillai Tahun Ini?

Ketika umat Islam di Malaysia masih sibuk meraikan Hari Raya Aidilfitri, dunia hiburan tempatan pula terus hangat dengan cerita-cerita sensasi.

Terbaharu, seorang pelakon lelaki yang digosipkan gemar bercinta dengan wanita yang lebih berusia. Dia yang sudah punya kekasih kini dikaitkan pula sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang aktres terkenal yang juga model jelita.

Kononnya jalinan percintaan mereka tercetus selepas kali pertama bergandingan dalam sebuah produksi lakonan.

Meskipun gosip itu tidak mendedahkan nama kedua-dua pelakon berkenaan, ramai yang menuding kepada (Foto) Zul Ariffin, 27 tahun, dan (Foto) Nasha Aziz, 42 tahun, sebagai orang yang dimaksudkan oleh penulis gosip berkenaan.

Sementelah mereka kali pertama digandingkan dalam telemovie raya berjudul Kasih Bersulam Daun Palas yang ditayangkan baru-baru ini.

Zul Ariffin dan Gayatri Berkahwin Tahun Ini
Gambar Zul Ariffin dan Gayatri Pillai Akui Serius Bercinta
Penjelasan: Zul Ariffin dan Gayatri Serius Bercinta

Bagaimanapun, timbul persoalan memandangkan Zul diketahui umum kini sedang bercinta dengan penerbit Tayangan Unggul Sdn. Bhd, (Foto) Gayatri Su-Lin Pillai, 30-an.

Wartawan Kosmo! segera menghubungi Zul untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Wartawan: Baru-baru ini ada gosip yang mendedahkan tentang seorang pelakon muda yang sudah mempunyai kekasih yang berusia telah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon wanita di lokasi penggambaran. Impaknya ramai yang membuat tanggapan bahawa anda merupakan pelakon yang dimaksudkan itu. Boleh jelaskan mengenai gosip itu?

ZUL ARIFFIN: Saya minta maaf kerana tidak membaca gosip berkenaan memandangkan saya sibuk beraya dengan ahli keluarga di Taiping, Perak dan baru sahaja tiba di Kuala Lumpur. Jadi, saya memang tidak tahu langsung mengenainya.

Nasha Aziz Kantoi Zul Ariffin Bercinta
Nasha Aziz dan Zul Ariffin Kantoi Bercinta
- Gambaran yang ditulis oleh penulis gosip berkenaan seolah-olah ia merujuk kepada anda manakala pasangan gosip yang dimaksudkan ialah Nasha Aziz. Adakah benar anda dan Nasha sedang menjalinkan hubungan cinta?

Saya dan Nasha menjalinkan hubungan cinta (ketawa)? Saya akui kami berdua digandingkan buat kali pertama dalam sebuah telemovie berjudul Kasih Bersulam Daun Palas.

Memanglah kami telah menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua terjadi dalam telemovie yang kami lakonkan. Di luar lakonan, tak ada hubungan istimewa antara kami.

- Namun khabarnya anda dan Nasha begitu mesra di lokasi penggambaran telemovie tersebut. Apa komen anda?

Mengenai kemesraan itu, ia timbul disebabkan kami pelakon utama dalam telemovie berkenaan. Jadi, tidak salah kalau saya hendak bermesra dengannya bagi mencari keserasian, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang lebih serius.

Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain.

Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang seminggu penggambaran tersebut.

Zul Ariffin dan Nasha Aziz Gosip Artis Bercinta
Zul Ariffin dan Nasha Aziz Gosip Artis Bercinta
- Apa pandangan anda apabila kali pertama digandingkan dengan Nasha?

Secara jujurnya saya begitu menghormatinya sebagai artis yang lebih senior dan sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan. Selain itu, saya melihatnya sebagai seorang pelakon yang cukup profesional dan berbangga dapat bergandingan dengannya.

- Bagaimana pula status hubungan anda dengan Gayatri sekarang? Sudah ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga?

Setakat ini hubungan kami masih seperti biasa, malah dia ada datang beraya ke kampung saya di Perak baru-baru ini. Tidak dinafikan memang ada saudara-mara yang bertanyakan tentang perkahwinan, namun kami belum memikirkannya lagi.

- Boleh ceritakan sedikit tentang sambutan Aidilfitri anda tahun ini?

Rasanya tidak ada sebarang perbezaan yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun begitu, berlaku satu kejadian apabila saya telah pitam semasa hari raya keempat sehingga terpaksa dibawa ke hospital.

Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius. Saya rasa perkara itu terjadi akibat memakan yang diambil memandangkan saya mempunyai sejaran penyakit darah tinggi. - Sumber Kosmo!

BIODATA NASHA AZIZ SEKSI HOT PROFILE ARTIS MALAYSIA




Nasha Aziz Blog Keek Instagram Akaun


VIDEO NASHA AZIZ DAN ZUL ARIFFIN BERCINTA DALAM DRAMA 'KASIH BERSULAM DAUN PALAS'

+Mohd Rohaizad berpendapat gosip artis di antara Nasha Aziz dan Zul Ariffin hanya sekadar untuk mempromosikan drama terbaru mereka yang dikatakan hangat bercinta. Adakah Nasha dan Zul benar-benar serius bercinta? Bagaimana dengan pertunangan Nasha Aziz dan Nur Iman Tang? Memang diakui Zul Ariffin merupakan artis lelaki yang mempunyai selera taste wanita yang berusia dan matang daripada usianya. Sebenarnya Nasha Aziz dan Zul Ariffin hanya bercinta didalam drama dan tidak pun serius diluar lokasi seperti yang digembar-gemburkan tetapi itu tidak mustahil ya. Jika hendak dibandingkan dengan Gayatri dan Nasha, rasanya baik Zul Ariffin ambil Nasha Aziz, baru nampak sepadan. Walaubagaimanapun, Zul Ariffin dan Gayatri Pillai sudah pun merancang untuk berkahwin, dan mungkin nekad untuk bernikah tahun ini? #KasihBersulamDaunPalas #NashaAziz #ZulkifliAriffin #GayatriPillai +nasha aziz

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

GOSIP NASHA AZIZ, ZUL ARIFFIN HANGAT BERCINTA By Mohd Rohaizad. Published: 15.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...