CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

HANS ISAAC KECEWA DAVID TEO HINA FILEMNYA


Terkini Isu Kontroversi Hans Isaac Kecewa Dengan Kenyataan David Teo Hina Filemnya Tidak Laku!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com terkini dikhabarkan gosip artis hero seksi hot sensasi Hans Isaac sangat kecewa dan marah dengan penerbit filem terkena iaitu David Teo yang seolah-olah memijak dan menghina kutuk filem terbarunya pada tahun 2013 iaitu filem Lemak Kampung Santan yang tidak laku dan terpaksa ditarik dari tayangan di pawagam! Hah! Kesian kepada Hans yang sudah jatuh dan ditimpa tangga. Begitulah Hans, persaingan sihat dan kritikan oleh orang lain kenalah diterima dengan hati yang terbuka, jangan terlalu emosional. Seperti yang kita ketahui, filem keluaran Hans memang dikutuk keras kerana membazir wang untuk melihat filem yang tidak berkualiti pada hari raya, komen-komen pedas lagi dahsyat telah membuatkan ramai memboikot filem tersebut. Nampak tak kuasa para penonton Hans? Tidak mengapa, selepas ini filem Hans akan keluar di Astro First, kemudian akan mudah dimuat-turut di internet kerana tidak berbaloi untuk menontonnya di panggung wayang. Walaubagaimanapun, kami para peminat dunia hiburan tidak akan kecewa dengan Hans Isaac kerana anda memang berbakat tetapi bukan dalam bidang perfileman yang syok sendiri dan kroni nipostisme.

Hans Isaac Kecewa David Teo Hina Filemnya
Hans Isaac Kecewa David Teo Hina Filemnya
David Teo Perli Filem Hans Isaac

"Saya tidak kecewa apabila filem Lemak Kampung Santan (LKS) tidak mendapat sambutan di pawagam, tetapi saya lebih kecewa apabila membaca kenyataan David Teo semalam (kelmarin) dalam sebuah akhbar yang mengatakan Adnan Sempit 3 berjaya mengetepikan filem saya," ujar penerbit, pengarah dan pelakon, (Foto) Hans Isaac ketika dihubungi Zass berhubung sambutan dingin penonton terhadap filem terbarunya, Lemak Kampung Santan.

Jelas Hans Isaac dan Neelofa yang digosipkan bercinta ini, ketika memaklumkan kepada wartawan dan peminat bahawa LKS akan disiarkan bersama filem Adnan Sempit pada hari raya pertama, dia tidak pernah sekali pun memberi sebarang komen terhadap filem terbitan MIG itu.

"Bagi saya kenyataan David Teo seperti memijak saya, apabila orang susah, kita mahu pijak lagi. Sebagai penerbit dia sepatutnya lebih profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Apatah lagi sejak awal lagi, saya menghormati filem terbitannya dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan apabila ditanya mengenai saingan filem terbitan kami.

Filem Lemak Kampung Santan Tidak Laku
Filem Lemak Kampung Santan Tidak Laku
Filem Hans Isaac Tidak Mampu Bersaing

"Ia seolah-olah mahu menarik lebih ramai penonton menonton filemnya dan mengetepikan sahaja filem terbitan saya," kata Hans Isaac dengan marah dan hampir mengamuk.

Hans berkata, dia tidak kecewa apabila penonton tidak memilih LKS kerana hak menonton terletak di tangan penonton.

"Saya akui agak sedih kerana usaha saya selama dua tahun, tidak mendapat sambutan dan pelaburan saya sebanyak RM1.8 juta, hasil simpanan saya tidak mendapat pulangan.

"Tapi ini adalah perniagaan dan saya sebagai penerbit dan pengarah tidak ada hak untuk memaksa apatah lagi memarahi penonton andai mereka enggan menonton filem saya," ujarnya.

Twitter Hans Isaac Luahkan Kekecewaan Filem Tiada Sambutan
Twitter Hans Isaac Luahkan Kekecewaan Filem Tiada Sambutan

Filem Terakhir Terbitan Hans Isaac

Menurut Hans, menyedari mesej dan hakikat bahawa filemnya itu tidak mendapat sambutan, dia tekad mengambil keputusan untuk berhenti menerbitkan sebarang filem selepas ini.

Ujar Hans, kini kecintaan dan pelaburannya dalam industri akan beralih kepada dunia pementasan teater.

"Terus terang saya kata, saya bukan merajuk. Tetapi rakan-rakan perniagaan saya menyedarkan saya bahawa tidak ada gunanya saya melabur dalam industri perfileman. Apatah lagi industri kita tidak kukuh.

"Jadi saya mahu mengikut jejak langkah Datin Seri Tiara Jacquelina, Erma Fatima, yang sudah beralih ke dunia pementasan teater. Saya juga akan mengikut jejak langkah Aziz M Osman, Afdlin Shauki yang juga sudah membuat keputusan untuk tidak lagi menerbitkan filem," katanya yang akan mementaskan teater Lawak Ke Der pada bulan Oktober ini, diikuti pementasan SuperMokh The Musical.

Hans Isaac dan Neelofa Teman Tapi Mesra Tidak Menjadi
Hans Isaac dan Neelofa Teman Tapi Mesra Tidak Menjadi
Hans Isaac Gesa Kementerian Buka Mata

Hans berkata, sebagai penggiat industri seni, dia berharap kementerian membuka mata mengenai slot tayangan yang disiarkan pada waktu Maghrib.

"Antara punca lain kegagalan filem ini adalah waktu siaran yang saya dapat seperti waktu pagi, tengah hari dan juga ketika jam 7 malam, di mana ketika itu kita faham, umat Islam perlu bersolat Maghrib.

"Berbanding filem lain yang mendapat waktu tayangan puncak seperti waktu petang, malam dan juga tengah malam. Jadi saya minta kerajaan atau ketua pengarah membuat sesuatu agar permasalahan ini dapat diatasi," ujarnya. - SinarHarian.

BIODATA HANS ISAAC SEKSI HOT PROFILE ARTIS MALAYSIA



Hans Isaac Blog Keek Instagram Laman Sosial Akaun


VIDEO HANS ISAAC DAN NEELOFA BERCINTA BERMESRA TETAPI GAGAL

+Mohd Rohaizad turut kecewa dengan +Hans Isaac +Aziz M Osman dan +Afdlin Shauki yang masing nekad untuk tidak berkarya lagi dalam dunia hiburan perfileman tanah air. Disebabkan kegagalan filem mereka tidak dapat bersaing dengan pihak penerbit lain membuat mereka marah dan berputus asa. Malah Hans Isaac kecewa dengan kenyataan David Teo yang seolah-olah seperti menghina filem terbarunya yang tidak laku dan tidak mendapat sambutan seperti yang dijangkakan walaupun pun memuatkan pelakon-pelakon yang dianggap kuat dan mempunyai ramai peminat. Apa yang tidak kena Hans Isaac? Gosip cinta dengan Neelofa pun tidak laku? Puncanya ialah jalan cerita yang menyebabkan para penonton sudah muak. Kenapa tidak filem keluaran David Teo, Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof? Kerana mereka memahami trend dan kehendak para penonton pada masa kini. Mungkin filem Hans Isaac yang terbaru ini pasti laku pada tahun 80-an kerana jalan cerita orang sudah boleh agak dan sudah biasa tengok filem sedemikian. Betul tak? Cuba teka Hans Isaac bangsa apa? Bila Hans Isaac hendak masuk Islam dan berkahwin ya? #HansIsaac #Neelofa #DavidTeo #LemakKampungSantan #AdnanSempit3

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

HANS ISAAC KECEWA DAVID TEO HINA FILEMNYA By Mohd Rohaizad. Published: 17.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...