CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

HARAM BAIKI KUBUR PUSARA P.RAMLEE, SALOMA


Terkini Isu Kontroversi Haram Hukumnya Baiki Kubur Pusara P.Ramlee dan Saloma Secara Membazir!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com tertarik dengan isu kontroversi mengenai kubur pusara Seniman Agung Negara P.Ramlee dan isterinya Saloma yang diharamkan untuk diperbaiki secara berleluasa dan berlebihan oleh pihak FINAS. Dianggarkan kos baikpulih yang tinggi kerana batu-baru marmar diimport khas dari luar negara. Namun, pendapat pendakwah dan mufti negeri mengenai isu ini, rata-rata mengharamkan baikpulih berlebihan kerana alasan tanah yang digunakan ialah tanah wakaf. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti penjelasan mufti Selangor dan pendakwah bebas mengenai isu kubur pusara P.Ramlee dan Saloma ini.

P Ramlee dan Saloma
Gambar P Ramlee dan Saloma
Kos Baikpulih Kubur P.Ramlee, Saloma RM25,000

Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.

“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.

"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” katanya kepada wartawan ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Kubur Pusara P Ramlee dan Saloma Rosak
Kubur Pusara P Ramlee dan Saloma Rosak
FINAS Sedia Ubahsuai Kubur Pusara P.Ramlee, Saloma

Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.

Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.

Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.

Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.

Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.

Mufti Selangor - Mohd Tamyes Abd Wahid
Foto Mufti Selangor - Mohd Tamyes Abd Wahid
Beri Nasihat Kepada FINAS

"Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.

Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.

"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.

"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,” katanya.

Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.

“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” katanya.

Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati. - Mstar.

P Ramlee dan Saloma Dalam Kenangan
Gambar P Ramlee dan Saloma Dalam Kenangan
Penjelasan FINAS, Isu Baikpulih Kubur Pusara P Ramlee dan Saloma Yang Rosak

28 Ogos 2013, Pembinaan semula pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu akan dibuat mengikut ukuran asal dan tidak dilakukan secara berlebih-lebihan.

{ Baca lagi: Mufti Selangor : Baiki Pusara P. Ramlee, Saloma RM25,000 Haram }

Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan berkata, isu tersebut timbul kerana sesetengah pihak mengandaikan Finas mahu membina pusara tersebut secara keterlaluan dengan kos yang tinggi.

Sebaliknya kata beliau, kos sebenar pembaikan semula kedua-dua pusara itu adalah masing-masing RM11,500 yang kesemuanya berjumlah RM23,000 dan bukannya RM25,000 seperti dilaporkan media sebelum ini.

Dalam pada itu menjawab mengenai tindakan Finas mengimport batu marmar dari luar negara untuk kerja-kerja pembaikan itu, Afendi berkata, pihaknya berbuat demikian kerana mahu mendapatkan material sama seperti batu nisan asal.

Malah katanya, langkah itu bukanlah satu pembaziran sebaliknya mahu mengekalkan warisan P.Ramlee dan Saloma supaya dapat memudahkan generasi akan datang untuk menziarahi pusara berkenaan.

P. Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung manakala Saloma pula meninggal dunia pada 25 April 1983 kerana demam kuning. Mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang. - Sumber MStar.


P.RAMLEE DAN SALOMA 'KALAU JODOH TAK KEMANA'

+Mohd Rohaizad - Pada pendapat penulis, kubur pusara P.Ramlee dan Saloma wajar dipindahkan ke tanah yang dibeli khas untuk mengenang jasa besar mereka dalam industri hiburan Malaysia. Mungkin memindahkan kubur pusara mereka berdua di negeri kelahiran P.Ramlee di Pulau Pinang. Kenapa tidak? Duit royalti P.Ramlee dan Saloma yang dikumpulkan boleh menanggung semua kos selenggara mereka berdua. Tanah yang digunakan sekarang ialah tanah wakaf sudah tentulah tidak boleh membuat secara berlebihan dengan sebarangan. Pihak FINAS mungkin boleh berbincang dengan waris P.Ramlee dan Saloma mengenai isu ini, jika menggunakan tanah persendirian, sekurang-kurangnya tanah tersebut orang tidak mempersoalkannya. Kubur diperbaiki untuk mengekal dan memudahkan waris untuk membersihkannya, bukan untuk tujuan buruk. Malah tempat baru boleh diluaskan supaya pengunjung selesa dan boleh menjadi satu daya tarikan kepada para peminat dan pelancong luar yang berminat dan ingin melawat, ziarah kuburan seniwati dan seniman agong negara. Penulis cuba merenung kembali, kenapa kubur kerabat diraja atau orang kenamaan tidak dipersoal, malah berdiam diri oleh para mufti dan pendakwah yang lain? Adakah P.Ramlee dan Saloma tidak berjasa kepada agama, bangsa dan negara?  Penulis cukup meminati lagu 'Kalau Jodoh Tak Kemana' lagu tersebut seolah-olah seperti kisah jodoh mereka berdua secara realiti. Susah senang hidup bersama sehingga kiamat. #P.Ramleee #Saloma

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

HARAM BAIKI KUBUR PUSARA P.RAMLEE, SALOMA By Mohd Rohaizad. Published: 27.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...