CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ISU FILEM KL GANGSTER 2 BOCOR DI INTERNET


Terkini Isu Kontroversi Filem KL Gangster 2 Bocor Di Internet Sebelum Ditayangkan!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com digemparkan dengan isu kontroversi sensasi filem hebat KL Gangster 2 telah bocor awal tersebar di internet dan boleh ditonton secara online sebelum tayang rasminya! Tindakan dalang yang cuba sabotaj filem ini telah menimbulkan kemarahan Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof yang akan mengambil tindakan keras dan saman besar-besaran kepada yang cuba sebar di internet. Ikuti penjelasan kekecewaan Datuk Yusof Haslam kepada wartawan.

KL Gangster 2 Tersebar Sebelum Tayangan Pawagam
KL Gangster 2 Tersebar Sebelum Tayangan Pawagam
Yusof Haslam Kecewa, Bakal Saman Dalang Utama

“Saya akan saman berjuta ringgit!”. Demikian reaksi pengarah dan penerbit terkenal, (Foto) Datuk Yusof Haslam behubung kontroversi terbaru melibatkan filem arahan terbaru anak lelakinya, (Foto) Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Filem sekuel yang menelan kos RM 4.5 juta itu dikhabarkan bocor di Internet sedangkan masih belum ditayangkan di pawagam.

Ekoran insiden tersebut, beliau mengadakan sidang media khas tergempar, semalam.

Dalam sidang media itu, jelas kekecewaan daripada pihaknya meskipun yang tersebar hanyalah 'raw material' yang belum diberi sentuhan akhir.

“Dari awal lagi saya dah rasa. Syamsul Yusof di Bangkok lagi sudah beritahu saya, ‘pastikan ya Papa, sekarang ini zaman digital, jangan sampai kita bocor di mana-mana. Habis kita nanti.’

“Sebab dah terlalu lewat, saya bagi Syamsul 'dateline' dan dia menghantar 'raw material' untuk filem itu, yang hanya 50 peratus kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat 'final mix' dan sebagainya,” katanya pada sidang media.

Yusof Haslam Bakal Saman Dalang Sebarkan KL Gangster 2
Yusof Haslam Bakal Saman Dalang Sebarkan KL Gangster 2
Filem Aksi, KL Gangster 2 Tersebar Belum Siap Sepenuhnya

Filem yang tersebar luas itu dikatakan bukan dalam format berdefinisi tinggi.

“Dia kata hantar saja ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)' dan Finas untuk penilaian wajib tayang memandangkan berpuluh filem menanti. Kalau tak, tayang 2014. Selama ini, kita hantar filem yang 100 peratus dari segi kualitinya.

“Tapi entah kenapa. Ada hikmah juga. Bayangkan kalau kita hantar 'Full HD' kepada syarat wajib tayang...LPF. Bayangkan apa yang terjadi. Sedangkan yang kualiti 50 peratus ini saja, besar kesannya terhadap kami,” katanya.

Akui tidak akan berkompromi dengan pelaku yang menyebarkan karya anaknya itu,  Yusof Haslam memberi amaran bakal mengambil tindakan tegas.

“Pejuangan kami tidak berhenti di sini. kepada mereka-mereka yang nak sabotaj kami, kami tak akan berdiam diri. Kalau kamu menggunakan Internet untuk mencetak rompak, pihak polis juga ada cara untuk mengesan.

“Kami akan bawa orang ini (pelaku) ke muka pengadilan. Bukan dengan denda setakat RM 1,000 tapi saya akan saman jutaan ringgit. Ini yang saya akan buat. Ini bukan perkara main-main.

“Filem ini melibatkan kos yang cukup besar. Walaupun kami buat filem dengan RM 100,000 modal sekalipun, itu adalah titik peluh kami, karya kami. Apabila karya kami dicuri, tidak ada kompromi,” katanya.

Filem KL Gangster 2 Disebar Di Internet
Filem KL Gangster 2 Disebar Di Internet
KL Gangster 2 Enggan Ditayangkan Awal

Tidak berhasrat untuk mempercepatkan tayangan KL Gangster 2, Yusof tidak mahu bersikap mementingkan diri.

“Tayangan filem ini tetap 3 Oktober. Saya disarankan untuk mempercepatkan tayangannya tapi saya tak nak.

“Saya boleh buat kalau fikir kepentingan diri sendiri tapi sebagai pembikin filem, saya menghormati rakan-rakan produser lain. Saya tak tergamaknya nak pijak kepala produser lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyerahkan soal sambutan dan kutipan kepada rezeki Allah.

“Insya-ALLAH ada rezeki, filem ini akan tetap dapat sambutan. Berapa nak kutip itu soal rezeki dari ALLAH,” katanya. - Sinar Harian Online.


TRAILER KL GANGSTER 2 ONLINE YOUTUBE

+Mohd Rohaizad sungguh kecewa dengan dalang utama yang sebarkan filem KL Gangster 2 lebih awal di internet walaupun kualitinya hanya 50%. Namun impaknya sangat besar dan berkemungkinan sudah ramai yang download movie KL Gangster 2 yang boleh ditonton secara online di beberapa saluran streaming yang ada. Penulis turut melihat beberapa link KL Gangster 2 yang dikirimkan oleh rakan, memang benar filem ini sudah tersebar luas. Mana Datuk Yusof Haslam dan anaknya Syamsul Yusof tidak bengang campur mengamuk. Jika penulis ditempat mereka pun akan melalui saat sukar, kritikal kerana filem tersebut sudah menjangkau 2 tahun dan memakan banyak modal iaitu RM4.5 juta! Apa tindakan yang boleh diambil? Filem KL Gangster 2  sudah tersebar luas di internet, dalangnya sudah tentu orang dalam sendiri. #KLGangster2Bocor

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ISU FILEM KL GANGSTER 2 BOCOR DI INTERNET By Mohd Rohaizad. Published: 31.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...