CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

ISU SUAMI PUKUL ISTERI PARAH DALAM LIF


Terkini Isu Video Kontroversi Suami Pukul Isteri Sehingga Parah Dalam Lif!

Blog Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan kes kontroversi sensasi video isu suami memukul isterinya sehingga parah di dalam lift sambil disaksikan oleh anak-anak mereka sendiri yang ketakutan dengan keganasan ayah! Video cctv dalam lif merakam perbuatan binatang si suami belasah isteri dengan kejam! Suami jenis apa yang sanggup membelasah isteri sendiri sehingga hingga pertimbangan akal untuk memikir kesan pada masa hadapan. Anak-anak yang menyaksikan ibu bapa mereka bergaduh dan saling bertengkar membuatkan psikologi mereka terganggu dan kemungkinan besar akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka selepas dewasa nanti. Tidak hairanlah kes penceraian berlaku saban hari kerana masing-masing mementingkan diri sendiri dalam isu rumahtangga sebegini.

Gambar Mangsa Dibelasah Teruk Oleh Suami Di Dalam Lift
Gambar Mangsa Dibelasah Teruk Oleh Suami Di Dalam Lift
Punca Isteri Dibelasah Teruk Dalam Lift, Kerana Anak-Anak Enggan Ikut Ayah Bersiar-Siar

Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital.

Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada  anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.

"Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," ujar wanita yang memiliki tiga orang anak berusia antara empat hingga sembilan tahun, hasil perkongsian hidup selama 12 tahun dengan suaminya itu.

Gambar Video Suami Pukul Isteri Dalam Lif Sehingga Parah
Gambar Video Suami Pukul Isteri Dalam Lif Sehingga Parah
Video CCTV Suami Belasah Isteri Dalam Lif Disaksikan Oleh Anak

Dalam suasana terkini yang hangat membincangkan tentang poligami, pagi ini saya dipertontonkan video dua minit lebih 'kebodohan' seorang suami yang begitu keras sehingga membelasah si isteri bertubi-tubi disaksikan dua pasang mata putera dan puteri mereka di dalam sebuah lif.

Walau apapun alasan yang si suami berikan bagi menghalalkan pukulan-pukulan kebinatangan itu, Islam tetap mengharamkannya. Adakah isterinya mengedik dengan lelaki lain?

Jangan sesekali menyelewangkan tafsiran ayat 34 Surah al-Nisaa' yang membenarkan pukulan untuk mengajar isteri yang nusyuz.

Isteri Menjadi Mangsa Kerakusan Suami
Isteri Menjadi Mangsa Kerakusan Suami
Suami Memukul Isteri Kerana Tidak Tolak Ansur 

Terlalu banyak ayat ALLAH dan petunjuk Nabi SAW tentang kasih sayang dan tolak ansur yang wajib disemai di dalam rumahtangga berbanding hanya satu sahaja ayat yang membenarkan suami memukul isteri dengan syarat yang ketat.

Jelas melalui hadith Hajjatul Wadaa' yang diriwayatkan al-Tirmidzi bahawa dibenarkan memukul isteri setelah sabit nusyuudznya dengan
    ضَرْبًا غَيرَ مُبَرِّح pukulan yang tidak menyakitkan (iaitu ia bertujuan untuk mengajar dan islah).

Begitu juga terang panduan Nabi kepada Mu'aawiyah bin Haydah RA yang bertanya tentang hak-hak isteri sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, antaranya tidak dibenarkan memukul isteri di wajahnya juga tidak dibenarkan mencelanya.

Suami Belasah Isteri Sehingga Kritikal Dalam Lif
Suami Belasah Isteri Sehingga Kritikal Dalam Lif
Suami Tidak Berakal Bantai Isteri Bertubi-Tubi

Namun, jika beginilah (seperti di dalam video) reaksi suami jika benarpun ada di sana kesalahan dari pihak isteri, ia jelas merupakan satu tindakan tidak berakal.

Islam sentiasa ada solusi kepada apa jua permasalahan termasuk masalah rumahtangga.

Dan solusi Islami ialah sebaik-baik solusi bagi mereka yang berfikir.

Antara jalan penyelesaiannya ialah perceraian yang syarie.

Sungguh ia akan membawa hidup yang baru buat kedua suami dan isteri.

Sayangnya, kita sering malu tak kena pada tempat.

Suami Ceraikan Isteri Depan Anak-Anak

Lebih malu untuk bercerai sedangkan itulah syariah, tapi tidak malu untuk sering berperang mulut dan tangan serta kaki di hadapan anak-anak yang saya pasti perceraian yang syari'ie jauh lebih memberi kesan yang baik di dalam kehidupan mereka yang mendatang.

Menjadi penonton setia kepada gusti mulut dan tangan antara ibubapa mereka, akan memberi impak yang sudah pasti negatif apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Inilah kesannya apabila urusan nikah cerai dipayahkan. Ia benar-benar menyiksakan.

** Pandangan ini dipetik dari laman sosial Facebook (FB) beliau.

Wajah Suspek dan Mangsa Dera Dalam Lif Disebar
Gambar Wajah Suspek dan Mangsa Dera Dalam Lif Disebar
Terbaru Polis Memburu Suspek Kes Dera Pukul Isteri Dalam Lif

Rakaman video seorang isteri dibelasah suaminya yang tersebar di laman Youtube sejak semalam kini sedang disiasat pihak polis.

Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu bukan sahaja memaparkan aksi seorang isteri dipukul bertubi-tubi oleh suaminya malah turut diterajang lelaki terbabit di hadapan dua anak mereka di dalam lif.

Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku di lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 4 petang, 12 Julai lalu.

Kejadian dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang.  

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan.

Jangan Pukul Isteri Anda Atau Kami Report Polis
Jangan Pukul Isteri Anda Atau Kami Report Polis
Penjawat Awam Pukul Isteri Dengan Teruk Dalam Lif

Mazlan berkata, lelaki berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang.

"Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja.

"Tindakan suami itu keterlaluan kerana memukul isteri di hadapan anak yang baru berusia empat dan lima tahun," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan.

Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. - Sumber Sinarharian.


VIDEO ISU SUAMI PUKUL ISTERI DENGAN GANAS DEPAN ANAK-ANAK

+Mohd Rohaizad cukup geram dengan lelaki dayus yang suka pukul dan membelasah isteri sendiri tanpa belas kasihan disaksi oleh anak-anak sendiri yang suatu hari nanti akan memberi kesan yang negatif apabila mereka dewasa nanti. Kesan psikologi sangat tinggi, kebarangkalian anak mengikut jejak ayah mereka untuk bersikap ganas hasil daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab sedemikian. Kenapa si suami pukul isteri dengan kejam sekali seperti binatang yang kehilangan akal? Maaf, haiwan atau binatang tidak mempunyai akal, memang rendah moral sekali si suami seperti itu. #SuamiPukulIsteriDalamLif #IsteriDipukulSuamiDalamLif

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ISU SUAMI PUKUL ISTERI PARAH DALAM LIF By Mohd Rohaizad. Published: 14.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...