CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KERETA JAGUAR DATUK SERI DIBOM GENGSTER


Terkini Kereta Mewah Jaguar Datuk Seri Kurniaan Pahang Dibom Gengster!

Blog Mohdrohaizad.com terpanggil untuk menulis artikel tentang isu semasa yang menarik berkenaan kes kereta mewah jenis Jaguar milik seorang jutawan bergelar Dato Seri telah dibom oleh penjenayah yang juga musuhnya terlibat dalam aktiviti haram! Dato Seri tersebut dipercayai dikurniakan oleh kerabat diraja Pahang menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina tentang jutawan tersebut yang banyak memberi sumbangan kepada kerajaan Pahang dalam bentuk dana dan sebagainya. Jutawan tersebut pernah ditahan dibawah ordinan darurat kerana kegiatan haramnya!

khoo tee yam - Datuk Seri Ditahan Ordinan Darurat
Datuk Seri Khoo Tee Yam - Ditahan Ordinan Darurat
Datuk Seri Ditahan Ordinan Darurat

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang pernah ditahan di Simpang Rengam selama lebih 1 tahun dibawah Ordinan Darurat kerana kegiatan kongsi gelap, pelacuran, perjudian dan pinjaman haram ah long terselamat dari maut apabila kereta mewah jenama Jaguar telah diletupkan ketika beliau dan pemandunya berada dalam kereta.

Ahli perniagaan kaya raya  ini cukup terkenal kerana pemilikan beberapa buah restoran dan kelab malam mewah  di bandaraya Kuala Lumpur. Sebuah bom difahamkan diikat di bawah kenderaan itu diberitakan  meletup menyebabkan but kereta Jaguar tersebut robek teruk.

Datuk Seri Khoo Tee Yam Kereta Diletupkan Kerana Unsur Khianat Sabotaj Musuh
Datuk Seri Khoo Tee Yam Kereta Diletupkan Kerana Unsur Khianat Sabotaj Musuh
Kereta Diletupkan Kerana Unsur Khianat Sabotaj Musuh

Ahli perniagaan, yang bergelar Datuk Seri itu dan pemandunya telah melalui Taman Taynton View, Cheras, pada malam Isnin apabila bom tersebut diletupkan.

Menurut laporan yang dibuat oleh pemandu beliau, ketika beliau sedang memandu melalui Jalan Nadchantiram  kira-kira pukul 8.45 malam terkejut besar apabila mendengar bunyi letupan yang kuat belakang keretanya. Dia terus memberhentikan kereta dan terus bergegas keluar.

Apabila diperiksa bahagian  belakang kereta  dapati bahagian but kereta tersebut sudah tiada lagi. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku termasuk pemandu lain mahupun penjalan kaki yang berada ketika kejadian letupan berlaku.

Khoo Tee Yam Dikurniakan Datuk Seri Kerabat Diraja Pahang
Khoo Tee Yam Dikurniakan Datuk Seri Kerabat Diraja Pahang
Datuk Seri Terlibat Kes Jenayah Di Malaysia

Dipercayai ianya adalah perbuatan sabotaj oleh musuh aktiviti haramnya. Adalah dipercayai Datuk Seri, yang menerima gelaran dari Pahang, telah ditahan di bawah Ordinan Darurat pada tahun 2005 dan dibebaskan 17 bulan kemudian. 

Terdapat juga cakap-cakap bahawa dia mungkin telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah yang memungkinkan telah membawa kepada serangan ke atas beliau dan keretanya. - Facebook / Bernama.

+Mohd Rohaizad terkejut dengan berita kes letupan kereta mewah jenis Jaguar oleh musuh perniagaan haram seorang Dato Seri yang dikurniakan oleh kerabat diraja Pahang. Jutawan yang kaya tersebut sangat terkenal dengan pelbagai aktiviti-aktivitinya dalam kelab malam mewah, pinjaman haram, perjudian dan pelacuran menurut beberapa sumber blog. Malah kontroversi sensasi menggatakan jutawan tersebut diberi gelaran Raja Judi Bola dan Raja Jual Ayam! Patutlah kes jenayah tembak-menembak dan bom semakin menjadi-jadi di Malaysia apabila kumpulan gengsterism diangkat menjadi orang kenamaan di negara sendiri, malah diberi lesen besar untuk menjalankan perniagaan. Berapa kes sebegini lagi yang kita tidak tahu?  Adakah keluarga / family kita masih selamat dalam menghadapi kehidupan seharian apabila aktiviti-aktiviti ini berleluasa? #Jenayah #Pahang #Gengster #Mafia #Pelacuran #KongsiGelap

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KERETA JAGUAR DATUK SERI DIBOM GENGSTER By Mohd Rohaizad. Published: 7.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...