CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KONTROVERSI EINA AZMAN, AFIQ MUIZ DISALAHFAHAM


Isu Kontroversi Eina Azman dan Afiq Muiz Disalahfaham!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com difahamkan isu kontroversi terbaru Eina Azman dan kekasihnya Afiq Muiz digelar anak derhaka adalah salah faham, sudah selesai dan tidak mahu dikaitkan diantara satu sama lain! Begitulah kisah artis yang kontroversi yang semasa bercinta tidak ingat dunia sehinggalah ramai pihak mengambil keputusan mengutuk hubungan cinta pasangan artis Eina Azman dan Afiq Muiz yang digelar anak derhaka. Adakah kes mereka akan diam begitu sahaja? Sudah tentu tidak, gosip hangat menggatakan Eina Azman masih lagi berkawan baik dengan Afiq Muiz dan untuk meredakan suhu kontroversi, mereka menjauhkan diri buat sementara waktu. Itulah yang didengar melalui beberapa mulut yang faham dengan perangai artis. Apa-apapun terserah kepada mereka berdua, jika ingin serius ke jinjang pelamin, konfim ramai akan kata Eina Azman dan Afiq Muiz akan cepat bercerai! Sampai macam itu sekali peminat cakap dan mendoakan kehancuran mereka berdua.

Gosip Kontroversi Eina Azman
Gosip Hangat Kontroversi Eina Azman
Eina Azman Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Afiq Muiz

"Kalau boleh Eina tak mahu lagi dikaitkan dengan Afiq. Kalau ada pertanyaan mengenai diri dia, tanyalah sendiri pada tuan punya badan. Eina agak serik setelah apa yang berlaku sebelum ini," begitulah luahan artis yang sedang meningkat naik, (Gambar Foto) Eina Azman mengenai kontroversi yang pernah berlaku antara dirinya dan ibu Afiq serta aktor, (Gambar Foto) Afiq Muiz sebelum ini.

Bagaimanapun jelas Eina, hubungannya dengan Afiq masih baik sehingga ke hari ini, namun dia tidak mahu lagi masuk campur mengenai hal-hal yang berlaku.

"Eina kata begitu bukan bermakna hubungan Eina dengan Afiq tidak baik lagi. Tetapi Eina sedih apabila ada di antara kenyataan Eina di putar belit dan sudahnya Eina yang nampak bersalah serta teruk di hentam. Kata Eina Azman yang pernah menolak adegan ghairah berahi dalam drama filem.

"Eina akui ada kata-kata Eina kadangkala terikut perasaan. Eina pun masih muda, kadangkala apa yang Eina katakan tidak sama dengan apa yang Eina maksudkan tetapi orang mudah salah faham dan menghukum Eina," kata Eina Azman yang kesal.

Kontroversi Artis Eina Azman dan Afiq Muiz
Kontroversi Artis Eina Azman dan Afiq Muiz
Eina Azman Bukan Pengurus Afiq Muiz

Eina berkata, dia juga tidak mahu kelihatan seperti pengurus Afiq apabila ada pihak yang menghubunginya untuk mengatur sesi fotografi bersama Afiq.

"Eina tak mahu nanti orang kata Eina lebih-lebih sampai nak jumpa Afiq pun kena telefon Eina dulu. Jadi jika ada apa-apa pertanyaan atau mahu buat sesi fotografi, hubungilah Afiq terus," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai hasrat untuk menyaman ibu Afiq, seperti yang pernah diluahkannya sebelum ini.

Menurut Eina, biarpun ada pihak teruk menghentam dirinya, namun dia amat bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa yang teguh memberi sokongan terhadapnya.

Ibu Bapa Eina Azman Memberi Sokongan

"Alhamdulillah kerana masih ada yang sayang Eina. Dalam pada ada yang marah-marah, ada juga yang memberi sokongan. Kehidupan Eina pun baik sahaja sekarang.

"Begitu juga dengan karier Eina, tidak ada apa-apa yang terjejas. Eina percaya penggiat seni, mereka tahu bezakan hal peribadi dan kerja, apatah lagi Eina tidak mempunyai masalah dalam memberi komitmen," katanya yang akan muncul dalam program Melodi Raya dan Galaksi sempena Lebaran ini. - Sinarharian.

Biodata Profile Eina Azman Seksi Hot Artis
Biodata Profile Eina Azman Seksi Hot Artis
BIODATA EINA AZMAN SEKSI HOT ARTIS MALAYSIA



Eina Azman Instagram Keek Wiki Profil


VIDEO KONTROVERSI EINA AZMAN PUNCA AFIQ MUIZ ANAK DERHAKA

+Mohd Rohaizad berharap Eina Azman lebih berhati-hati pada masa hadapan, kan ramai sudah kutuk Eina Azman kerana salah faham akibat kata-katanya sehingga Afiq Muiz dicop anak derhaka akibat kes kontroversi mereka berdua. Percintaan yang serupa demikian tidak akan kekal lama, dah terbukti hubungan Eina Azman dan Afiq Muiz tidak sampai kemana. Jika anda baca komen-komen yang mengutuk Eina Azman pasti terkejut sampai ada yang sanggup kata Eina Azman patut dirogol, Eina Azman perasan cantik dan sebagainya, begitulah apabila orang tidak suka kalau kita terlampau keterlaluan. #AnakDerhaka #EinaAzman #AfiqMuiz #GosipArtis

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KONTROVERSI EINA AZMAN, AFIQ MUIZ DISALAHFAHAM By Mohd Rohaizad. Published: 6.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...