CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

LISA SURIHANI TIDAK LAYAK MENANG ANUGERAH LAWAK


Terkini Kontroversi Sensasi Pelakon Lisa Surihani Tidak Layak Menang Anugerah Lawak?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan kontroversi sensasi kemenangan Lisa Surihani sebagai pelakon wanita lawak terbaik dalam Anugerah Lawak Warna baru-baru akan dipertikai oleh kebanyakan peminat yang rasa terlalu awal buat Lisa diakui sebagai pelakon lawak komedi terbaik buat masa ini. Isu kemenangan Lisa akan dihebohkan oleh sesetengah peminat yang tidak berpuas hati, kenapa Lisa Surihani boleh menang anugerah sedemikian? Adakah pengaruh orang kuat tertentu membuatkan nama Lisa diangkat sebagai pemenang? Kita sedia maklum, Lisa Surihani memang diakui sebagai antara pelakon wanita terbaik di Malaysia buat masa ini.

Lisa Surihani Tidak Layak Menang Anugerah Pelakon Lawak Komedi
Lisa Surihani Tidak Layak Menang Anugerah Pelakon Lawak Komedi
Nama Lisa Surihani Sebagai Pelakon Terbaik Malaysia

Pelakon popular, (Gambar Foto) Lisa Surihani bukanlah nama picisan dalam industri seni tempatan.

Bukan sahaja memiliki personaliti menarik, malah isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Yusry Abd Halim ini juga hebat di skrin.

Kemenangannya di Festival Filem Malaysia 21 (FFM21) pada 2008 menerusi anugerah Pelakon Harapan Wanita membuktikan kredibiliti aktres, I'm Not Single ini bukanlah omongan kosong.

Malah pada 2010, Lisa atau nama sebenarnya, (Photo) Lisa Surihani Mohamed, 27 tahun, mengulangi kemenangan di FFM23, menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP).

Turut merangkul kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin pada tahun lalu, Lisa kini berjaya menambah koleksi trofinya di Anugerah Lawak Warna (ALW) menerusi kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik.

Lisa Surihani Tidak Setanding Pelakon Lawak Yang Lain

Berjaya mengetepikan nama-nama besar seperti Yana Shamsudin, Intan Ladyana, Sharifah Amani dan Sharifah Shahira, akui Lisa, dia sendiri tidak menjangkakan kemenangan itu.

Pun begitu, sebagai selebriti, Lisa tidak terlepas daripada suara-suara liar  mempertikaikan kemenangannya itu.

Malah, kemenangannya itu turut mendapat reaksi di kalangan peminat yang merasakan kemampuan Lisa dalam arena komedi tidak setanding calon lain.

Enggan mengambil pusing mengenai kritikan mengenai kemenangannya itu, Lisa lebih selesa berfikiran positif.

Katanya, dia juga turut berharap agar tiada pihak yang cuba mempertikaikan kemenangan ini. Blog mohdrohaizad.com memang pada mula pun agak terkejut dengan kemenangan Lisa Surihani dalam anugerah lawak.

Lisa Surihani Berharap Peminat Tidak Pertikaikan Kemenangannya

"Saya tak mahu didik diri saya untuk fikir perkara yang negatif walaupun saya tidak boleh nafikan, mungkin ada segelintir pihak kurang berpuas hati.

"Namun, saya harap, tak adalah yang berfikiran sebegitu kerana bagi saya, kategori itu bukan sahaja menekankan pelawak, ia lebih kepada pelakon.

"Malah, dalam kategori itu, bukan saya seorang sahaja pelakon yang dicalonkan. Kalau nak fikirkan layak, memang saya tak layak kerana mereka lebih bagus.

"Sebelum ini, dalam mana-mana kategori dipertandingkan sekali pun, saya tidak pernah membawa seribu harapan untuk menang. Jadi, pertikaian mengenai kemenangan tidak perlu dijadikan isu besar," katanya.

Lisa Surihani Pelakon Terbaik Malaysia
Lisa Surihani Pelakon Terbaik Malaysia
Lisa Surihani Anggap Lebih Kepada Penghargaan

Bersyukur di atas kemenangannya di anugerah  julung kali diadakan itu, Lisa berkata, ianya lebih kepada penghargaan kepada krew dan produksi yang menjayakan filem tersebut.

"Alhamdulillah, syukur di atas kemenangan ini. Sejujurnya saya tak tahu yang nama saya turut dicalonkan. Saya diberitahu sehari sebelum majlis dan saya sendiri hairan kenapa nama saya dicalonkan dalam kategori itu.

"Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana saya tahu, bidang lawak dan komedi bukanlah bidang saya.

"Lagipun, pencabar saya bukan calang-calang orang. Namun, bila diumum sebagai pemenang, tentunya saya gembira dan ia penghargaan kepada saya dan 'team' produksi.

"Kemenangan ini adalah titik peluh pengarah filem, Istanbul Aku Datang, Bernard Chauly, yang banyak membimbing saya untuk menjiwai watak Dian. Begitu juga dengan krew produksi yang bertungkus-lumus menjayakan filem itu," katanya yang turut menghadiri bengkel lakonan untuk menjayakan watak Dian.

Selain kemenangan Lisa, filem itu juga turut merangkul tiga kategori lain termasuk Filem Terbaik, Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik.

Lisa Surihani Tetap Sahut Cabaran

Menurut pelakon filem Ombak Rindu ini, walaupun belum bersedia bergelar pelawak, namun dia tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk menjayakan karya bercorak komedi.

"Sebenarnya, watak Dian dalam Istanbul Aku Datang, bukanlah watak komedi. Namun, setelah digarap, ia menghasilkan watak yang sebegitu.

"Walaupun saya belum layak digelar pelawak atau pelakon komedi, namun saya tetap menyahut cabaran sekiranya ada tawaran. Mungkin, kalau ada tawaran, saya akan cuba menjayakannya. Namun, bergantung kepada skrip juga," katanya yang bakal terlibat dalam filem  Cicakman 3. - Sumber SinarHarian.

Lisa Surihani Seksi Hot Artis Selebriti Malaysia
Lisa Surihani Seksi Hot Artis Selebriti Malaysia
BIODATA LISA SURIHANI SEKSI HOT PROFILE ARTIS SELEBRITI


Lisa Surihani Keek Blog Profil Akaun Laman Sosial


VIDEO LISA SURIHANI CUTE GOOGLE HANGOUT, OH MY ENGLISH!

+Mohd Rohaizad anggap kemenangan +Lisa Surihani sebagai satu penghargaan kepadanya kerana kalau mengikut anugerah tersebut dimenangi oleh pelakon lawak komedi yang memang kita sedia maklum siapa mereka. Tidak dinafikan Lisa Surihani memang seorang pelakon terbaik Malaysia buat masa ini, tetapi agak mengejutkan apabila Lisa yang bukan sepenuhnya terlibat dalam lawak komedi boleh menang anugerah pelakon pelawak? Lisa sendiri lebih tahu, kemenangannya akan menjadi kontroversi dan gosip liar akan berkeliaran gara-gara mengetepikan pelakon lawak komedi wanita yang lain. Namun penulis dan para peminat tetap mengucapkan tahniah di atas kemenangan Lisa Surihani dalam Anugerah Lawak Warna baru-baru ini. Dah memang rezeki Lisa kan. Jika diberi pilihan, penulis anggap Yana Samsudin lebih layak menang anugerah tersebut. #LisaSurihani #AnugerahLawakWarna #AstroMalaysia

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

LISA SURIHANI TIDAK LAYAK MENANG ANUGERAH LAWAK By Mohd Rohaizad. Published: 23.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...