CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

LIVE STREAMING KEPUTUSAN MALAYSIA VS BARCELONA


Online Live Streaming Sport Keputusan  Rasmi Muktamad: Malaysia - 1 vs Barcelona - 3


Bagi yang berminat untuk tengok live streaming video sport secara online. Anda boleh tengok dan pilih sukan kegemaran anda disini, terdapat pelbagai jenis sukan-sukan yang anda boleh pilih terutamanya bola sepak, hoki, bola keranjang, tenis, sukan motor, bola baling, rugbi dan banyak lagi anda boleh tonton secara percuma. Malah sukan gusti WWE dan ping pong pun ada secara langsung.

Sumber live streaming secara online free ini merupakan kegemaran penulis apabila tidak sempat tengok televisyen. So live streaming ini merupakan alternatif bagi penulis dan mungkin juga kepada para pengunjung yang lain. Diharap para pengunjung terhibur dan mendapat manfaat, share kepada rakan jika anda suka, terima kasih. Terkini perlawanan football soccer tumpuan hari ini Malaysia vs Barcelona. Keputusan rasmi dijangka Barcelona memenangi dan menguasai perlawanan dengan Malaysia dibelasah teruk. Adakah ramalan tersebut akan menjadi kenyataan?



Tiada Siapa Boleh Kawal Messi, Barcelona - Rajagopal

Andai kita dapat hasilkan keputusan lebih baik berbanding Santos dan Thailand ia sudah cukup baik 

Bukit Jalil: “Tiada siapa pemain di dunia yang mampu mengawal Lionel Messi.”

Itu jawapan ringkas jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal ketika ditanya siapa antara pemainnya yang ditugaskan mengawal penyerang Barcelona dari Argentina itu pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. 

Messi, 26, pemain terbaik dunia empat tahun berturut-turut sejak 2009 menjaringkan satu gol ketika Barcelona membelasah kelab Brazil, Santos 8-0 di Nou Camp, 2 Ogos lalu serta dua gol ketika membenam Thailand 7-1 di Bangkok, Rabu lalu. 

Andai skuad Harimau Malaya dapat menghasilkan keputusan perlawanan lebih baik berbanding Santos dan Thailand, ia sudah dianggap satu pencapaian baik, namun Rajagobal enggan meletakkan apa-apa sasaran.

Lionel Messi - Barcelona vs Malaysia
Lionel Messi - Barcelona vs Malaysia
Malaysia Lihat tanda positif

“Saya tiada apa-apa sasaran, hanya saya fikir kalau kita bermain dengan baik, kita akan dapat sesuatu dalam tempoh 90 minit. Saya tak mahu terlalu fikir mengenai Santos kena 8-0 atau Thailand kena 7-1, hanya saya nak lihat ada tak peningkatan selepas kunjungan kita ke Jepun.

“Itu yang paling penting kerana saya mahu melihat tanda-tanda positif untuk memberi keyakinan menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Bahrain (Oktober depan),” kata Rajagobal ketika ditemui selepas latihan di Stadium Nasional, petang semalam.

Kem Malaysia, Apek cedera

“Rajagobal turut membayangkan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek bakal menjaga gawang, malam ini selepas Farizal Marlias beraksi 90 minit ketika tewas 4-1 kepada Chelsea, 21 Julai lalu, namun penjaga gol Kelantan itu mengalami sedikit kecederaan pangkal paha.

“Mungkin akan ada satu atau dua pertukaran dalam kesebelasan. Khairul Fahmi ada mengadu rasa sakit. Kita akan tengok perkembangannya esok (hari ini), jika tidak Farizal akan beraksi.

“Selain itu, kita juga ada Wan Zack Haikal Wan Nor yang tidak beraksi bertemu Chelsea tempoh hari," jelas Rajagobal. - Sumber: Utusan Malaysia.

Keputusan Rasmi Malaysia vs Barcelona

1st Half / Separuh Masa Pertama: Malaysia - 1 vs Barcelona - 2
2nd Half / Separuh Masa Kedua: Malaysia - 1 vs Barcelona - 3

Jaringan Gol

Cesc Fàbregas 33′  - 1
Amri Yahyah  41′  - 1
Neymar 43′  - 2
Piqué 75′ - 3

Perlawanan Persahabatan / Friendly Keputusan muktamad Malaysia 1, Barca 3

P/s: Sungguh mengecewakan penonton-penonton Malaysia tidak dapat melihat pemain hebat Barcelona, Lionel Messi tidak diturunkan kerana dikatakan mengalami kecederaan semasa membuat latihan sebelum perlawanan malam ini. Sedikit terkilan ramai penonton mahu melihat Messi bermain menentang pasukan Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

LIVE STREAMING KEPUTUSAN MALAYSIA VS BARCELONA By Mohd Rohaizad. Published: 10.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...