CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

MAIMUN MUTALIB SAKIT KANSER PAYUDARA, PELAKON VETERAN


Terkini Pelakon Veteran Maimun Mutalib Menghidapi Sakit Penyakit Kanser Payudara!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan artis terkenal pelakon veteran Malaysia iaitu Maimun Mutalib yang menghidapi kanser, barah payudara tahap 4! Tahukah anda, kanser tahap 4 merupakan tahap tertinggi dan majoriti penghidapnya akan meninggal dunia. Sebelum ini kita digemparkan dengan artis Rosnah Mohd Noor yang turut meninggal dunia akibat kanser. Kematian yang berpunca dari penyakit ketumbuhan barah payudara sangat digeruni oleh para wanita. Anda sudah membuat pemeriksaan di klinik dan hospital yang berdekatan? Cuba Kesan penyakit pada peringkat awal untuk memastikan anda mendapat rawatan dengan segera jika mempunyai simptom-simpton sakit penyakit kanser tersebut.

Maimun Mutalib Sakit Kanser Payudara
Maimun Mutalib Sakit Kanser Payudara
Maimon Mutalib Terkini Sakit Kanser

Pelakon (Foto) Maimun Mutalib, 54 tahun, mengakui sejak mengidap penyakit kanser payudara ini, dia lebih mengenali nilai persahabatan seseorang yang benar-benar ikhlas atau hanya dikala senang sahaja.

Maimon, 54 tahun, berkata, dia bersyukur dalam keadaan kurang upaya itu, ada lagi kawan-kawannya yang sentiasa berada disisinya dan sedia memberi pertolongan.

"Benar kata orang kalau ingin tahu siapa kawan ikhlas atau tidak ialah disaat kita berada dalam kesusahan.

"Saya nampak semua itu, ketika ini saya dapat lihat siapa yang ikhlas menjadi kawan kita dan siapa yang hanya berkawan ketika waktu sennag sahaja," katanya ketika ditemui wartawan.

Maimun Mutalib Derita Sakit Kanser
Maimun Mutalib Derita Sakit Kanser
Rakan Artis Tolong Maimun Mutalib

Kata Maimon, sepanjang menjalani kehidupannya kini beberapa rakan pelakon dan pengarah sentiasa memberi pertolongan kepadanya.

"Saya sangat terharu bila ada rakan-rakan yang mengambil berat tentang saya, macam Mak Jah antara kawan yang sangat baik, dia sentiasa tanya khabar dan saya ada duit atau tidak.

"Sampai ada suatu hari saya mengadu masalah kepadanya dan dia beri saya seutas rantai emas untuk saya gadaikan dan gunakan duit tersebut, padahal saya tahu dia pun bukan orang senang," katanya.

Dalam pada itu beberapa kawan baik dikalangan pengarah seperti Murali, Rashid Sibir dan Md Fadzil Teh juga sering tampil memberi bantuan.

"Kawan-kawan pengarah seperti Murali Abdullah, Rashid Sibir dan Haji Zeel juga banyak beri bantuan.

"Mereka masih panggil saya berlakon walaupun sebenarnya tidak banyak pun babak saya, tapi saya tahu mereka sebenarnya nak bantu saya sahaja," katanya.

Mak Jah Beri Rantai Kepada Maimon Mutalib
Mak Jah Beri Rantai Kepada Maimon Mutalib
Maimon Mutalib Rahsiakan Penyakit Kanser Maut

Ketika ditanya mengapa wanita ini merahsiakan penyakitnya, Maimon berkata, bukan niat sengaja untuk merahsiakan penyakit tersebut tetapi tidak mahu dirinya dilayan seperti seorang pesakit.

"Saya tahu sudah lama dan cuba pelbagai kaedah rawatan secara tradisional terlebih dahulu namun tidak berjaya sehingga penyakit ini menjadi semakin kronik barulah saya ambil keputusan untuk beritahu anak-anak dan rakan-rakan.

"Saya banyak tanggungan, anak-anak saya ada yang masih belajar, ada juga yang sakit, saya adalah sumber rezeki keluarga, selagi saya boleh berlakon saya mahu terus berlakon," katanya.

Keluarga Maimun Mutalib dan Anak-Anak

Maimon yang juga ibu tunggal ini mempunyai lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34 tahun, Surayatul Nadia Keristifa, 32 tahun, Surayatul Natasya Keristifa, 25 tahun, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16 tahun.

Bercerita tentang Hari Raya, Maimon berkata, dalam keadaan dirinya yang sedang sakit, dia menyambut Syawal ini secara bersederhana bersama anak-anaknya di Kuala Lumpur. - Sumber Mstar.


VIDEO MAIMUN MUTALIB DI HOSPITAL DILAWATI KAWAN ARTIS

+Mohd Rohaizad sedih apabila menerima khabar tentang artis veteran Malaysia iaitu Maimun Mutalib yang menderita penyakit kanser payudara yang sangat kritikal iaitu pada tahap 4 iaitu majoritinya akan meninggal dunia. Tahukah anda, ibu artis Arja Lee turut meninggal dunia akibat kanser? Malah pelakon jelita Diana Danielle juga pernah kena kanser serviks tetapi pada peringkat awal kerana berjaya membuat pemeriksaan segera. Kematian akibat kanser payudara sangat terkenal dikalangan wanita, oleh itu, kepada gadis dan perempuan diluar sana silalah melakukan rutin pencegahan awal di klinik dan hospital yang berdekatan. Sekurang-kurangnya setahun sekali, jika mempunyai keluarga yang menghidapi kanser, barah payudara ini wajib membuat pemeriksaan yang kerap. @MaimunMutalib #MaimunMutalib #KanserPayudara #ArtisSakit

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MAIMUN MUTALIB SAKIT KANSER PAYUDARA, PELAKON VETERAN By Mohd Rohaizad. Published: 9.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...