CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

NAMEWEE KUTUK, HINA ISLAM, PARA MENTERI MALAYSIA


Isu Kontroversi Video Terbaru Namewee Kutuk Menghina Islam & Para Menteri Di Malaysia?

Blog hiburan Mohdrohaizad.com terkini dikejutkan dengan aksi kutuk hina artis rap Namewee yang menyokong Alvin Tan dan Vivian Lee serta menghina para menteri Malaysia! Apa yang kerajaan berani buat terhadapnya? Namewee bebas bersuara malah bebas menghina kutuk orang, agama, menteri dan negara sendiri. Selepas ini Namewee hendak hina apa lagi? Tiada cara lain ke hendak bersuara Namewee? Selepas ini kalau kerajaan berdiam diri bermakna penulis anggap kerajaan memang penakut dan pengecut dengan Namewee. Si Chetz atau Maznah Yusof kena tahan disebabkan berhari raya dengan anjing, inikan pula yang lantang kutuk menghina sesuka hati..

Video Namewee Hina Para Menteri
Video Terbaru Namewee Hina Para Menteri
Video Namewee Hina Para Menteri

Penyanyi rap, Namewee mencetuskan kontroversi lagi apabila dia memuat naikkan videonya mengkritik penangguhan filem tempatan, The New Village dengan mendakwa tindakan itu menunjukkan sikap 'double standard'. Namewee selaku pengarah filem Nasi Lemak 2.0 turut menyokong tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee bergurau cara menghina.

Dalam video bertajuk 017 Double Standard yang dimuatnaik di laman sosial Youtube pada Khamis, Namewee mengkritik gesaan beberapa pihak yang mahukan Lembaga Penapisan Filem (LPF) membuat penelitian semula terhadap jalan cerita filem itu sebelum ia ditayangkan.

Namewee yang juga seorang pelakon dan pengarah berkata, ia adalah tindakan yang tidak munasabah kerana filem The New Village itu menjelaskan mengenai sejarah komunis di negara ini.

Namewee Hina Kerajaan - Tak Takut Kena Penjara
Video Namewee Hina Kerajaan - Tak Takut Kena Penjara
Namewee Pertikai Tindakan Kerajaan

"Anda tidak boleh mengharamkan filem tersebut kerana sesetengah pihak mengadu mengenainya. Ia adalah tindakan tidak munasabah," katanya dalam video itu.

Katanya, jika sejarah bersifat kontroversi adalah satu isu, maka filem Tanda Putera yang akan menceritakan insiden berdarah 13 Mei 1969 juga tidak harus ditayangkan.

Namewee turut mendakwa tindakan untuk meneliti semula filem tersebut apabila skrip sudah diluluskan sebelum penggambaran bermula adalah tidak betul. Namewee turut mengeluarkan filem Hantu Gangster yang ditapis 17 aksi babak keterlaluan.

Video tersebut diterbitkan dalam bahasa Mandarin dengan sarikata bahasa Melayu dan Inggeris.

Beberapa pihak menggesa filem tersebut dikaji semula selepas ia didakwa memuatkan unsur-unsur pro komunisme.

Kerajaan Tidak Berani Ambil Tindakan Ke Atas Namewee
Kerajaan Tidak Berani Ambil Tindakan Ke Atas Namewee
Namewee Sokong Filem The New Village Ditayangkan

The New Village diarahkan oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw berkisar tentang darurat di Tanah Melayu pada sekitar 1949 serta mempaparkan PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.

Ia turut menyentuh kehidupan masyarakat Cina ketika darurat dan Rundingan Damai Baling.

Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin membangkitkan mengapa filem The New Village diberikan pelepasan mudah oleh LPF sedangkan tayangan Tanda Putera ditangguhkan selama setahun.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa filem itu yang dijadualkan ditayang pada 22 Ogos ini, ditangguh sementara untuk penelitian semula. - Mstar.

Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Keras Ke Atas Penghinaan Namewee - Dikemaskini 3/8/13

umpulan hak-hak Melayu, PERKASA mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pembikin filem, Namewee, kerana mengkritik kerajaan yang mengarahkan supaya dikaji semula kelulusan filem The New Village, yang menyebabkan tayangan  filem itu tertangguh.

Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berkata Namewee telah berkelakuan melampau dalam posting blog videonya di Youtube, di mana dia mengembar-gemburkan tentang 'double standard'  dalam pendekatan pihak berkuasa terhadap industri filem.

Namewee berkata, walaupun filem itu adalah tentang Parti Komunis dulu tetapi menurutnya itu semua hanya sekadar sejarah.

Namewee Buta Sejarah Malaysia
Namewee Buta Sejarah Malaysia
Namewee Buta Sejarah

"Tak kan kerana beberapa bantahan bodoh, kamu pun sekat filem ini," kata Namewee sambil menyifatkannya sebagai keterlaluan, sertaj membangkitkan tentang satu lagi filem kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan pada 29 Ogos.

Tayangan filem Tanda Putera telah ditangguhkan beberapa kali sejak tahun lepas kerana kritikan terhadap babak rusuhan Mei pada 1963

Filem The New Village sepatutnya mula ditayangkan pada 22 Ogos, tetapi Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan Lembaga Penapisan Filem (Finas) mengkaji semula filem itu berikutan aduan oleh Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang mendakwa filem itu mengagungkan komunisme.

Namewee juga mengadu mengenai masalah yang dihadapinya dengan pengawal selia filem, terutama dengan filem terbarunya  Kara King, yang ditayangkan mulai 1 Ogos.

Beliau berkata tayangan filem itu telah ditangguhkan sejak Tahun Baru Cina dan pengawal selia hanya memberi tarikh tayangan mulai 1 Ogos dalam tempoh yang singkat.

Akibatnya, dia tidak sempat melakukan kerja-kerja promosi dan membuat tayangan secara serentak di beberapa negara seperti yang dirancang. - Malaysiakini.

BIODATA NAMEWEE PROFILE ARTIS RAP




VIDEO TOKOK  NAMEWEE TERKINI SOKONG ALVIN VIVIAN DAN HINA MENTERI

+Mohd Rohaizad - Penulis tidak berapa setuju dengan cara Namewee yang dianggap keterlaluan dan amat melampau dalam menyuarakan pendapatnya. Kata-katanya dalam video tokok yang kontroversi sensasi berkenaan seolah-olah seperti menghina agama Islam dan para menteri yang diberi kuasa untuk mentadbir negara. Namewee turut menyokong tindakan pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee mengenai cara mereka bergurau dengan sup babi untuk berbuka puasa kepada umat Islam. Bila pihak kerajaan hendak mengambil tindakan keras terhadap Namewee? Adakah kerajaan takut? Berapa kali lagi hendak kena hina? Sedangkan yang menghina lagu Negaraku pun ditangkap inikan pula Namewee?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NAMEWEE KUTUK, HINA ISLAM, PARA MENTERI MALAYSIA By Mohd Rohaizad. Published: 3.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...