CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

NAMRON JADI PSIKO, HAMPIR BUNUH DIRI


Terkini Kontroversi Sensasi Artis Namron Pernah Jadi Psiko, Hampir Bunuh Diri!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan isu kontroversi sensasi mengenai pelakon, pengarah Nam Ron dengan karya terbarunya filem Psiko Pencuri Hati mempunyai kaitan dengan kisah hidupnya! Malah kebanyakan dailog psiko, kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Namron suatu ketika dahulu yang pernah melalui saat-saat kritikal dalam hidupnya. Begitulah manusia, walau gembira, glamor, popular macam mana sekalipun tetap akan mempunyai cerita sedih yang tersendiri. Melalui trailer filem yang dilihat, penulis cukup kagum dengan Nam Ron, adakah filem ini mampu menaikkan namanya? Ikuti penjelasan Namron mengenai filem Psiko Pencuri Hati.

Namron Jadi Psiko Hampir Bunuh Diri
Namron Jadi Psiko Hampir Bunuh Diri
Filem Psiko Pencuri Hati

Buah tangan pengarah dan pelakon, (Gambar) Nam Ron atau nama sebenarnya (Foto) Shahili Abdan yang berjudul Psiko Pencuri Hati ternyata mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadinya.

Naskhah menarik itu digarap dan dicorak bagi mencuri hati penonton.

Namron berharap agar karya komersial pertamanya itu menjadi bualan ramai.

"Saya melalui pengalaman itu sendiri. 60 peratus dari filem ini, ada kaitan dengan saya. Cuma saya tak membunuhlah.

"Sesetangah dialog itu pula dialog yang keluar dari mulut saya sendiri," katanya kepada sidang media selepas majlis tayangan perdana Psiko Pencuri Hati, malam tadi.

Nam Ron Artis Malaysia
Gambar Nam Ron Artis Pengarah Berbakat Malaysia
Filem Genre Psiko Thriller Karya Nam Ron

Mengangkat genre psiko thriller, Nam Ron mahu filem itu memberikan suatu kelainan kepada penonton.

"Filem ini juga mahu memberi variasi kepada industri perfileman tempatan yang kini semakin kurang dari segi kepelbagaian genre.

"Justeru, saya cuba mempersembahkan sesuatu yang agak berbeza tanpa bertolak ansur aspek kualiti untuk menarik penonton datang ke pawagam," katanya.

Soal sambutan penonton sudah tentu menjadi kerisauan buat setiap pengarah.

Tidak terkecuali pengarah Nam Ron yang meminta agar rakan-rakan artisnya turut membantu menguar-uarkan tentang filemnya itu.

"Ada kerisauan. Sebab itu saya harapkan sokongan. Saya minta tolong rakan-rakan artis untuk bantu saya sebarkan di Twitter.

"Formulanya, biar orang bercakap tentang cerita ini. Datang atau tidak menonton, itu kerja ALLAH," katanya.

Namron Pengarah Filem Psiko Pencuri Hati
Namron Pengarah Filem Psiko Pencuri Hati
Kisah Benar Namron Difilemkan

Sementara pelakon utama, Bront Palarae yang memegang watak sebagai soerang penulis novel bernama O.Sidi akui terpaksa menguruskan badan demi watak tersebut.

"Nam Ron mahu saya kurus kering. Itu saja. Jadi, saya diet selama enam minggu.

"Itu lah hasilnya (dalam filem). Daripada 74 kilogram(kg) saya jadi 66 kg," katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas sidang media.

Psiko Pencuri Hati yang bakal menemui penonton 5 September ini turut dibintangi Sharifah Amani, Syed Hussein, Amerul Affendi, Suhaimi Yusof dan Shera Ayob. - Sinar Harian.

Filem Psiko Pencuri Hati
Poster Filem Psiko Pencuri Hati
BIODATA NAM RON PROFILE ARTIS SELEBRITI MALAYSIA




Nam Ron Facebook Twitter Instagram Keek Blog Akaun Laman Sosial

Download Movie Filem Psiko Pencuri Hati Online Youtube


SINOPSIS TRAILER FILEM PSIKO PENCURI HATI

+Mohd Rohaizad sedia maklum pelakon dan pengarah berbakat Namron pasti menghasilkan buah tangan yang cukup mengejutkan dengan mengadaptasikan kisah benar saat kritikal kehidupan Nam Ron ke layar filem. Diakui sendiri oleh Namron, karyanya kali ini lebih kepada cerita tentang dirinya yang pernah mengalami saat sukar, hampir membunuh orang dan diri sendiri. Rasanya filem Nam Ron pasti tidak menghampakan para penonton, kejutan-kejutan filem triller ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. #Namron #PsikoPencuriHati

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NAMRON JADI PSIKO, HAMPIR BUNUH DIRI By Mohd Rohaizad. Published: 28.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...