CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

NOORSHILA AMIN CEDERA SAKIT KENA SAMBAR API GAS


Terkini Penyanyi Veteran Noorshila Amin Sakit, Cedera Akibat Kena Sambar Api Tong Gas!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com digemparkan dengan kes kemalangan artis veteran iaitu penyanyi Noorshila Amin yang sakit cedera parah akibat terkena sambar api tong gas yang bocor di dapur rumah anaknya sehingga melecur teruk di muka dan tangannya! Cukup mengerikan apabila membayangkan keadaan api yang menyambar telah menyebabkan Noorshila cedera melecur teruk di tangan dan mukanya. Noorshila akui kesilapannya yang tidak berhati-hati semasa menguruskan tong gas yang dipercayai telah lama bocor. Oleh itu, mari kita ikuti penjelas Noorshila Amin tentang keadaannya yang kini sudah stabil dan tidak trauma dengan accident yang melanda dirinya.

Noorshila Amin Sakit Cedera Melecur Teruk
Gambar Noorshila Amin Sakit Cedera Melecur Teruk
Noorshila Amin Sakit Melecur Teruk

Hampir seluruh bahagian kiri tubuh penyanyi Noorshila Amin disambar api berpunca daripada tong gas terbocor di kediaman anak sulungnya, Nurrul Admiena Norrizan di Kepong pada Sabtu lalu.

(Foto) Noorshila Amin, 49 tahun, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang itu membuatkan anggota kiri badannya termasuklah wajah, tangan dan kaki melecur.

"Ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor.

"Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur," katanya yang dihubungi wartawan pada Ahad.

Album Noorshila Amin - Rambu Ramba
Album Noorshila Amin - Rambu Ramba
Noorshila Amin Terpaksa Batalkan Undangan Persembahan

Tambah Noorshila, dia terus ke sebuah klinik di Selayang bagi mendapatkan rawatan dan kejadian itu juga membuatkan dia terpaksa membatalkan undangan persembahan yang diadakan pada sebelah malamnya (hari yang sama).

Ditanya bagaimana keadaannya sekarang, Noorshila masih lagi sukar untuk menggerakkan bibirnya namun mengambil sikap positif dengan melakukan aktiviti harian dan bercakap seperti biasa.

"Kalau nak ikutkan memang rasa sakit sangat terutama pada bahagian bibir dan wajah yang semakin tegang gara-gara melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada.

"Apa-apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan," ujarnya.

Noorshila Amin Melecur Teruk Akibat Api Tong Gas
Noorshila Amin Melecur Teruk Akibat Api Tong Gas
Noorshila Amin Sedar Kesilapan

Sementara itu, Noorshila berkata, kejadian yang telah berlaku memberikan pengajaran yang besar buatnya agar sentiasa berhati-hati dengan memeriksa tong gas dahulu sebelum memasak.

"Kita memang perlu berhati-hati dengan setiap perkara yang ingin dilakukan, termasuklah memeriksa tong gas sebelum memasak.

"Selain itu, ia juga sedikit sebanyak menginsafkan diri saya yang dapat merasai derita orang lain yang ada diantaranya, tubuh badan mereka terbakar lebih teruk daripada apa yang berlaku pada diri saya.

"Mujurlah api yang disambar tidak terlalu kuat. Kalau tidak, saya pun tak tahu apa akan jadi," ujarnya.

Noorshila Amin Bersama Rakan Artis Veteran
Noorshila Amin Bersama Rakan Artis Veteran
Noorshila Amin Syukur Tidak Trauma

Dalam pada itu dia juga bersyukur kerana tidak berasa trauma dan hanya menjalankan rutin hariannya seperti biasa

Selain Admiena, 29 tahun, Noorshila turut mempunyai tiga orang anak iaitu Nurrul Nadia, 27 tahun, Mohd. Daniel Durrany, 20 tahun, dan Mohd. Banni Basyishar, 18 tahun.

Shila Amin Guna Khidmat Pakar Kecantikan Selepas Melecur

Penyanyi yang popular dengan lagu Bambu Ramba, Norshila Amin, 49 tahun ditimpa kemalangan apabila bahagian kiri tubuhnya disambar api ketika sedang sibuk memasak di dapur, Sabtu lalu.

Menurut Shila Amin, kejadian itu berpunca dari tong gas yang bocor di rumah anak perempuannya, Nurrul Admiena Norrizan.

Anggota kiri badannya termasuk wajah, tangan dan kaki melecur.

"Ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor.

Shila Amin Disambar Api Tong Gas Secara Tiba-Tiba

"Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur," katanya.

Shila juga akui rasa sakit di bahagian bibir dan wajah masih terasa meskipun sudah seminggu kejadian itu berlaku.

"Kalau nak ikutkan memang rasa sakit sangat terutama pada bahagian bibir dan wajah yang semakin tegang gara-gara melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada.

"Apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan," ujarnya. - Mstar.

BIODATA NOORSHILA AMIN PROFILE ARTIS SELEBRITI MALAYSIA



Noorshila Amin / Norsheila Amin / Norshila Amin mp3 Lagu Kad Ucapanmu, Rambu Ramba

Noorshila Amin Wiki Profil


VIDEO MUZIK NOORSHILA AMZAH LIVE DI TV

+Mohd Rohaizad bersyukur artis veteran +noorshila amin dapat menerima rawatan dengan segera, jika tidak tentu keadaan cedera akibat api tong gas akan lebih teruk. Api tong gas memang cukup bahaya, tentu kita pernah dengar kes kematian mangsa yang meninggal dunia akibat tidak berhati-hati ketika menyalakan api di dapur kan? Memang ngeri apabila membayangkan tong gas meletup, sambar api pun sudah melecur teruk inikan pula jika meletep! Semoga Shila Amin kembali sihat dan sembuh luka lecurnya. #NoorshilaAmin

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NOORSHILA AMIN CEDERA SAKIT KENA SAMBAR API GAS By Mohd Rohaizad. Published: 26.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...