CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

PAKU PONTIANAK, ARTIS DIGANGGU MAKHLUK HALUS


Terkini Kontroversi Sensasi Filem Paku Pontianak, Artis Pelakon Diganggu Makhluk Halus!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com membawa anda ke dunia makhluk halus iaitu alam ghaib kisah pontianak yang kena paku, filem seram terbaru yang ala-ala filem siam Nang Nak menjadi inspirasi dan taruhan David Teo yang diterajui watak utama Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim. Mampukah filem Paku Pontianak mendapat kutipan jualan tiket yang diharapkan? Filem-filem seram di Malaysia sudah dilalui dengan pelbagai citarasa sehingga ada yang sudah muak dan bosan kerana tiada sebarang keseraman yang dirasai oleh para peminat kebelakangan ini. Penulis pun sudah boring menonton filem seram Malaysia. Harap-harap filem Paku Pontianak tidak mengecewakan para peminat movie seram.

Artis Filem Paku Pontianak Diganggu Makhluk Halus
Artis Filem Paku Pontianak Diganggu Makhluk Halus
Filem Paku Pontianak, Pelakon Diganggu Jin Syaitan Semasa Penggambaran

Memilih lokasi penggambaran jauh di dalam hutan, Ismail Bob Hasim berkata, filem seram terbarunya, Paku Pontianak memberikan cabaran besar buat dia dan seluruh krew produksi.  

"Kami terpaksa meredah jalan kampung hampir dua jam untuk sampai ke lokasi. Di sekeliling kami pula hanya ada hutan tebal dan ladang getah kerana ia betul-betul di penghujung kampung," katanya yang menjalani seluruh penggambaran di Kuala Kangsar, Perak.

Akui Bob, kadang kala mereka merasai kehadiran 'sesuatu' namun membiarkan perkara itu sehingga ia hilang dengan sendiri.

"Mujur sepanjang penggambaran, gangguan-gangguan itu masih dalam kawalan. Adatlah di tempat-tempat sebegitu ada 'penghuninya' dan kami pula bekerja hingga lewat malam," kata Bob.

Bomoh Pagar Kawasan Penggambaran Filem

Demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini, Bob turut mendapat khidmat krew yang pakar 'memagar' kawasan tersebut.  

"Mujurlah ada seorang kru kami yang tahu selok-belok untuk 'memagar' kawasan tersebut. Alhamdulillah dengan izin Tuhan, kami dapat menyempurnakan penggambaran," katanya yang bukan kali pertama mengarahkan filem seram.  

Filem Paku Pontianak Kuntilanak
Filem Paku Pontianak Kuntilanak
Filem Paku Pontianak Inspirasi Daripada Nang Nak

Mengisahkan percintaan manusia dan puntianak, Bob mengakui dia banyak menjadikan filem seram dari Thailand, Nang Nak sebagai rujukan.  

“Filem ini bukan filem seram yang hanya melibatkan dendam dan ilmu hitam semata-mata. Tetapi ia lebih berkisar mengenai cinta antara manusia dan puntianak. Dan itulah kelebihan filem ini," kata Bob.

Mengulas mengenai pemilihan pelakon, Bob berkata, dia sangat berpuas hati dengan lakonan Pekin Ibrahim (Adam) dan Uqasha Senrose (Melati) sebagai teraju utama Paku Pontianak.

Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim Teraju Utama Filem

Malah penampilan dua pelakon veteran, Ruminah Sidek dan Sidek Husin yang sangat sinonim dengan filem seram, memberikan impak yang lebih besar terhadap filem terbitan MIG itu.

"Pekin sememangnya pelakon yang berpengalaman. Sementara Uqasha pula pendatang baru yang sangat berpotensi.

"Dia (Uqasha) pernah tertekan dengan wataknya, namun akhirnya dia mampu melaksanakannya dengan baik," katanya. - Sumber SinarHarian.

PROFILE METROWEALTH MOVIES PRODUCTION, SYARIKAT DAVID TEO




Filem Paku Pontianak Full Movie Online Download Youtube


VIDEO TRAILER SINOPSIS FILEM PAKU PONTIANAK

+Mohd Rohaizad tidak pasti sama ada filem seram terbaru keluaran MIG, David Teo kali ini akan berjaya. Mampukah filem Paku Pontianak meraih kutipan pecah panggung? Penulis sudah tengok trailer filem tersebut, boleh tahan tetapi gaya filem seram ini mempunyai peningkatan berbanding yang sebelumnya. Gandingan pasangan artis kekasih sensasi Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim, mampukah merpati dua sejoli yang bakal berkahwin tahun hadapan membawa mood seram kepada para penonton? Jangan lupa saksikan filem Paku Pontianak di pawagam terdekat ya. #PakuPontianak #FilemSeram

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PAKU PONTIANAK, ARTIS DIGANGGU MAKHLUK HALUS By Mohd Rohaizad. Published: 23.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...