CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

PELAKON ROSNAH MOHD NOOR MENINGGAL DUNIA


Takziah, Pelakon Tahun 80-an, Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia.

Blog Mohdrohaizad.com mengucapkan takziah kepada keluarga pelakon Rosnah Mohd Noor iaitu bekas isteri penyanyi dangdut Iwan Syahman yang baru sahaja meninggal dunia akibat kanser payu dara / buah dada yang telah lama dihidapinya. Bagi kaum wanita / perempuan, kanser payu dara memang cukup ditakuti dan merupakan penyumbang utama kepada kematian mereka. Oleh itu, jagalah kesihatan dan sentiasalah mengikuti langkah pencegahan dengan pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenalpasti kanser payu dara lebih awal agar menjalani rawatan jika berjaya dikesan pada peringkat awal.

Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia
Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia
Kematian Rosnah Mohd Noor Akibat Kanser Payu Dara

Pelakon popular tahun 1980-an, iaitu (Gambar Foto) Rosnah Mohd Noor, 54 tahun, meninggal dunia pada pukul 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payu dara.

Menurut rakannya, Zaridah Ishak, Allahyarham meninggal dunia di wad Onkologi hospital itu kira-kira pukul 2.55 petang Ahad.

"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah," katanya ringkas ketika dihubungi wartawan kira-kira pukul 3.30 petang Ahad.

Anak Rosnah Mohd Noor - Tulang Paha Ibu Patah

Tambah Zaridah, jenazah dimandikan di HKL dan akan dikebumikan di tanah perkuburan di sekitar USJ Subang Jaya sejurus selapas anak sulung Allahyarham iaitu Wan Ramada Agus Putra tiba dari Australia.

Terdahulu, wartawan pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.

Kematian Rosnah Mohd Noor Akibat Kanser Payu Dara
Keluarga Rosnah Mohd Noor dan Anak Cucu
Isteri Penyanyi Dangdut Iwan - Syahman Meninggal Dunia

Allahyarham sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranyaHantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).

Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24 tahun, Wan Shamira Puteri Octavia, 22 tahun, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20 tahun.

Keluarga Rosnah Mohd Noor

Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.

Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.

Beliau juga sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu. - Mstar.

ROSNAH MOHD NOOR MENINGGAL DUNIA - AL FATIHAH

+Mohd Rohaizad - Penulis dan peminat dunia hiburan mengucapkan takziah kepada keluarga Rosnah Mohd Noor yang baru sahaja meninggal dunia akibat kanser payu dara. Diharap pihak keluarga Rosnah bersabar dan redha dengan pemergiannya. Takziah. Al-Fatihah..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PELAKON ROSNAH MOHD NOOR MENINGGAL DUNIA By Mohd Rohaizad. Published: 4.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...