CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

QUE HAIDAR TERKINI PENYANYI SELEPAS FILEM 'ROCK OO'


Terkini Artis Berbakat Que Haidar Terkini Bergelar Penyanyi Selepas Filem 'Rock Oo'!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan artis berbakat besar Que Haidar terbaru menjadi penyanyi selepas kejayaan filem 'Rock Oo'! Bukan senang hendak menjadi penyanyi, dengan bakat lakonan Que Haidar yang memang hebat tidak boleh dinafikan. Setelah lakonan nyanyian Que Haidar mendapat sambutan sehingga dijemput ke majlis korporat atas undangan sebagai penyanyi untuk menghiburkan tetamu vip! Mari ikuti penjelasan Que Haidar yang memang terkejut dengan perhatian yang diberikan diatas gaya nyanyiannya dalam filem mendapat pelbagai tawaran sebagai penyanyi.

Que Haidar Bergelar Penyanyi Selepas Filem Rock Oo
Gambar Que Haidar Bergelar Penyanyi Selepas Filem Rock Oo
Que Haidar Dijemput Nyanyi Undangan Majlis Korporat

Pelakon Que Haidar mengakui sejak lakonan nyanyiannya dalam filem Rock Oo: Rimba Bara Kembali berjaya mencuit perhatian ramai pada tayangannya Februari lalu, dia sering menerima undangan persembahan nyanyian bagi majlis-majlis korporat.

Que atau nama sebenarnya (Foto) Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 33 tahun, berkata, walaupun pelik dengan keadaan itu kerana merasakan diri bukanlah seorang penyanyi, dia tetap menerima undangan tersebut dengan hati terbuka menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir.

"Memang saya rasa sangat pelik apabila diundang menyanyi di acara-acara korporat. Tetapi saya tetap menerima dan membuat persembahan seperti yang diinginkan pihak penganjur.

"Cuma saya hanya menyanyi lagu-lagu yang ada dalam filem Rock Oo sahaja. Malah ada juga beberapa lagu P. Ramlee yang saya bawakan dengan komposisi muzik rock.

"Alhamdulillah, sehingga kini masih ada undangan nyanyian yang saya terima," katanya.

Que Haidar Kerjaya Penyanyi Bukan Tetap
Que Haidar Seksi Mandi Dalam Filem Rock Oo
Que Haidar Akui Kerjaya Sebagai Penyanyi Bukan Tetap

Bagaimanapun tambah Que, dia tidak akan menjadikan aktiviti nyanyiannya itu sebagai kerjaya tetap kerana menyifatkan bakatnya masih lagi tidak hebat seperti penyanyi-penyanyi yang tersedia ada.

"Saya sudah ada kerja lakonan sendiri dan kalau boleh tidak mahu mengganggu periuk nasi orang lain. Malah saya sedar diri suara ini tidaklah sesedap mana.

"Kalau nak tahu ramai yang berbakat dalam nyanyian tidak diberi peluang ke hadapan dan biarlah mereka yang berusaha keras ini mewarnai dunia muzik tempatan kita.

"Apa yang saya buat sekarang ini (nyanyian) pun sekadar suka-suka dan tidak mengambilnya secara serius pun," ujarnya.

Sementara itu, Que kini sedang melalui proses perbincangan bersama pengarah filem Rock Oo mengenai pembikinan sekuel filem tersebut yang ketiga. - Mstar.

BIODATA QUE HAIDAR SEKSI HOT PROFILE ARTIS SELEBRITI MALAYSIA

Que Haidar Blog Youtube Channel Keek Instagram Akaun Laman Sosial


VIDEO MUZIK QUE HAIDAR 'TERATAI BUNGA INDAH' KOLEKSI FILEM ROCK OO

+Mohd Rohaizad akui +Que Haidar mempunyai bakat dalam nyanyian, cuma perlu diasahkan lagi untuk memantapkan vokalnya. Isterinya Linda Jasmine mungkin telah membantu banyak dalam meningkatkan kualiti nyanyian Que Haidar kan? Sebab itu banyak undangan untuk majlis korporat menjemput Que Haidar sebagai penghibur mereka. Nampaknya tuah filem 'Rock Oo' membuatkan Que Haidar menjadi artis yang serba boleh bukan setakat lakonan mantap tetapi juga sebagai penyanyi yang berpotensi untuk maju ke hadapan. #QueHaidar #RockOo

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

QUE HAIDAR TERKINI PENYANYI SELEPAS FILEM 'ROCK OO' By Mohd Rohaizad. Published: 26.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...