CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

RAJA EMPAYAR LANGKASUKA NUSANTARA CUBA RAMPAS ISTANA NEGARA


Terkini Kontroversi Raja Empayar Langkasuka Nusantara Cuba Merampas Kuasa Di Istana Negara!

Blog Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan cubaan merampas kuasa di Istana Negara oleh beberapa pengikut Raja Empayar Langkasuka Nusantara Panji Hitam yang mengaku waris sah sebenar takhta Malaysia! Wah! Begitu hebat sekali (Gambar Foto) Raja Empayar Langkasuka Nusantara yang membawa beberapa bukti seperti cincin, watikah, keris dan sebagainya kononnya menunjukkan dia yang berhak menduduki takhta pada masa kini. Apakah mereka ini tergolong dalam mereka yang tersesat dan buta sejarah? Apa tindakan yang wajar diambil ke atas mereka yang terlampau berani mengaku tanpa bukti yang kukuh?

Raja Sultan Khalifah Empayar Langkasuka Nusantara
Raja Sultan Khalifah Empayar Langkasuka Nusantara
Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara

Polis menahan 10 individu termasuk dua wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara kerana mendakwa pewaris Yang di-Pertuan Agong yang sah dan cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara, awal pagi ini.

Kesemua mereka yang berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta ditahan ketika berhimpun di hadapan pintu 1, Istana Negara di sini, pukul 4.10 pagi sambil membawa 13 helai bendera serta beberapa helai watikah bai’ah (perjanjian untuk taat).

Bendera Panji Hitam - Empayar Langkasuka Nusantara
Bendera Panji Hitam - Empayar Langkasuka Nusantara
Pengikut Setia Bendera Panji Hitam

Hasil pemeriksaan mendapati tujuh daripadanya tidak mempunyai kad pengenalan manakala bakinya berasal dari Melaka, Perak, Kedah dan Johor. Adakah ini juga agenda Freemason?

Kesemua individu terlibat dan kenderaan yang setiap satunya turut dipasang bendera bertulis jawi ‘Lailahaillaahmuhadarsullullah’ telah dibawa ke Balai Polis Travers untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Aida Abdul Hamid ketika dihubungi memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang Dipertuan Agong, Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau dikenakan denda.

Kerabat Diraja Empayar Langkasuka Nusantara
Kerabat Diraja Empayar Langkasuka Nusantara
Raja Empayar Langkasuka Nusantara Mengaku Di Facebook

Sementara itu, tinjauan mendapati seorang daripada ahli kumpulan tersebut telah mendakwa sebagai Raja Nusantara Kumpulan Empayar Langkasuka dan membuat pengakuan tersebut di dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Lelaki itu turut mendakwa sebagai Pemuda Bani Tamim yang menjadi penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahdi. - Utusan.

10 Pengikut Panji Hitam Raja Empayar Nusantara Langkasuka Ditangkap

Dikemaskini 5 Ogos 2013 - Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.

"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Lambang atau logo mewakili Empayar Langkasuka Nusantara
Lambang atau logo mewakili Empayar Langkasuka Nusantara
Barang Panji Hitam Raja Palsu Malaysia Dirampas Disita Sebagai Bukti Kes

Menurut Aida tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah.

Katanya semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.  

Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. - Bernama.

Bakal 'Agong' dan 'Permaisuri' Ditahan Kerana Ceroboh Istana Negara

Dikemaskini 6 Ogos 2013 - Mereka yang mendakwa dirinya sebagai "agong", "permaisuri agong" dan "anakanda agong" merupakan antara sekumpulan 10 individu yang ditahan kerana cuba memasuki Istana Negara di Jalan Duta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati lelaki yang berusia 40 tahun itu mendakwa sebagai "Yang di-Pertuan Agong yang sah".

"Kedua-dua wanita yang ditahan dengan kumpulan adalah isteri kepada 'pemimpin' yang berusia 52 tahun dan anak perempuan mereka berumur 11 tahun.

"Kami telah menahan kesemua mereka untuk membantu siasatan lanjut," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Ku berkata, pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen yang dirampas daripada kenderaan mereka mendedahkan terdapat beberapa dokumen yang berasal dari Filipina. - Mstar.

Kumpulan Ajaran Sesat Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara
10 Ahli Kumpulan Ajaran Sesat Panji Hitam Taat Raja Di Depan Istana Negara
Kumpulan Ajaran Sesat Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara

Polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap lapan ahli Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara yang ditahan reman sejak 5 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya berpuas hari dengan siasatan tersebut dan mengesahkan tiada unsur keganasan dilakukan oleh kumpulan berkenaan.

"Siasatan telah pun selesai dan kami mendapati kumpulan ini lebih menjurus kepada ajaran sesat. Oleh itu, polis akan merujukkan perkara tersebut kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk tindakan lanjut.

"Kesemua suspek mungkin akan dibebaskan selepas tempoh reman tamat pada 17 Ogos ini," katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pewaris Yang di-Pertuan Agong Serang Istana Negara

Pada 5 Ogos lalu, polis menahan 10 individu termasuk dua wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara kerana mendakwa pewaris Yang di-Pertuan Agong yang sah dan cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara.

Kesemua mereka yang berpakaian serba hitam dan menaiki tiga kereta ditahan ketika berhimpun di hadapan pintu 1, Istana Negara di sini pada pukul 4.10 pagi sambil membawa 13 helai bendera serta beberapa helai watikah bai'ah (perjanjian untuk taat).

Kedua-dua wanita terlibat itu kemudian dibebaskan selepas dua hari direman. - Sumber Utusan Malaysia.

Pewaris Sah Empayar Langkasuka Nusantara Biodata Profile
Baginda Pewaris Sah Empayar Langkasuka Nusantara Biodata Profile
BIODATA RAJA EMPAYAR LANGKASUKA NUSANTARA PROFILE DI FACEBOOK

Raja Empayar Langkasuka Nusantara Facebook Fan Page


VIDEO TAMADUN MELAYU EMPAYAR LANGKASUKA NUSANTARA

+Mohd Rohaizad cukup terkejut dengan keberanian pengikut-pengikut raja Empayar Langkasuka Nusantara yang menceroboh istana negara dan mengaku hak yang sebenar ke atas takhta yang diduduki dan menlancarkan serangan pemberontakan ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Begitu hebatnya beberapa pemuda-pemudi yang diyakini kerabat setia diraja Empayar Langkasuka Nusantara dengan membawa beberapa bukti kononnya raja mereka yang berhak menduduki istana negara. Penulis turut yakin, mereka ini golongan ahli yang sesat dan buta sejarah dengan sewenangnya pergi serang ke istana negara tanpa berbincang terlebih dahulu dengan kerabat diraja di Malaysia. Malah Raja Empayar Nusantara Langkasuka ini juga pernah cuba untuk mengulingkan Sultan Kedah yang kini menjadi Agong. Walaupun ada bukti sejarah Kedah yang diputar-belit, ada yang mengaku waris sebenar kesultanan Kedah Lama, tetapi keadaan sudah berbeza, raja-raja Melayu sudah sepakat dan setuju dengan kedaulatan negeri masing-masing serta tidak mahu waris-waris sah yang ada tuntut sesuka hati. Begitulah kisahnya, ingat lagi kes tuntutan Sultan Sulu, Sultan Melaka, Sultan Perak? Kes lebih kurang macam itulah. Bawa pergi mahkamah pun akan kalah, ditolak bulat-bulat sebab nampak sangat banyak kepalsuan dan tidak akan diakui oleh raja-raja Melayu yang ada pada masa kini. Ada faham ka? #RajaPalsu #Langkasuka  #PanjiHitam #EmpayarLangkasukaNusantara

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

RAJA EMPAYAR LANGKASUKA NUSANTARA CUBA RAMPAS ISTANA NEGARA By Mohd Rohaizad. Published: 5.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...