CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

RITA RUDAINI DICERAI AIDIL ZAFUAN GUNA SMS


Terkini 2013 Kontroversi Sensasi Aktres Jelita Rita Rudaini Dicerai Guna SMS Oleh Aidil Zafuan!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com terkini digemparkan dengan kes perceraian Rita Rudaini yang diceraikan oleh Aidil Zafuan dengan menggunakan SMS talak satu! Akhirnya Aidil Zafuan terbaru telah mengesahkan kes cerainya dengan menggunakan SMS, sebelum ini Rita Rudaini dan Aidil Zafuan asyik naik turun di mahkamah syariah berkenaan isu perceraian mereka tetapi tidak mencapai kata sepakat. Begitulah lembab dan slownya kes mahkamah negara kita. Rita Rudaini dan Aidil Zafuan nikah segera di Siam Thailand dan dicerai segera menggunakan SMS. Teladan yang boleh kita ambil disini.. kebanyakan yang kahwin di Siam tidak direstui dan kebarangkalian untuk cerai adalah tinggi! Kenapa? Anda boleh fikir sendiri..

Rita Rudaini Dicerai Guna SMS
Rita Rudaini Dicerai Guna SMS
Aidil Zafuan Cerai Rita Rudaini Guna SMS

Laporan Berita Harian hari ini menyebut yang (Gambar Foto) Rita Rudaini mengesahkan menerima kiriman SMS daripada (Gambar) Aidil Zafuan petang semalam selepas berlaku perang SMS antara mereka sebelum itu. Kejadian berlaku pada petang Ahad (semalam) sebelum waktu berbuka.

Rita Rudaini turut mendedahkan yang antara butiran SMS yang diterima dari Aidil Zafuan bertulis “Aku ceraikan kau talak satu”.

“Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS,” ujar Rita Rudaini yang menanggap Aidil seperti budak-budak tidak matang.

“Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya”

“Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah,” tambahnya lagi yang kini berada di Perlis untuk menyambut Aidilfitri.

Aidil Kes Cerai Melalui SMS Ke Atas Rita Rudaini
Aidil Enggan Ulas Kes Cerai Melalui SMS Ke Atas Rita Rudaini
Aidil Enggan Ulas Kes Cerai Melalui SMS Ke Atas Rita Rudaini

Pelakon drama terkenal, Rita Rudaini dikatakan telah diceraikan oleh suaminya, yang juga pemain pertahanan Johor Darul Takzim, (Foto) Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak melalui SMS, semalam.

Berita itu dilaporkan sebuah akhbar tempatan. Menurut akhbar tersebut, Aidil membuat keputusan itu selepas pemain bola itu bengang berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan.

Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu.

Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: "Aku ceraikan kau talak satu." Aidil pernah dikaitkan dengan kes curang sehingga Rita Rudaini lari rumah.

Rita Rudaini Seksi Hot Artis Malaysia
Gambar Rita Rudaini Seksi Hot Artis Malaysia
Rita Rudaini Sambut Raya Di Perlis

Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4 tahun, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Sebuah stesen radio hari ini melaporkan Aidil enggan mengulas berhubung kisah cerainya itu kerana menghormati bulan Ramadan dan Syawal yang hampir tiba.

Aidil meminta semua pihak menunggu sahaja perbicaraan kesnya nanti untuk maklumat lanjut. - Sinarharian.

Keluarga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Bersama Anak
Gambar Keluarga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Bersama Anak Mereka Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna
Kes Cerai Rita Rudaini Guna SMS: Aidil Zafuan Beri Penjelasan

Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26 tahun meminta supaya semua pihak menunggu perbicaraan kesnya di mahkamah bagi menjawab isu mengenai lafaz cerai yang dibuat terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini, 36 tahun.

"Saya tidak akan kata 'ya' atau 'tidak' sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti," kata Aidil kepada Utusan Online.

Menurut pemain bolasepak kebangsaan itu, dia memilih enggan mengulas mengenai cerita 'cerai' sebagai menghormati Ramadan dan Syawal yang akan menjelang.

"Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika diselesaikan di mahkamah nanti," kata Aidil yang mempunyai dua anak dengan pelakon berkenaan semenjak bernikah di Thailand pada Februari 2008.

Pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki, (Gambar Foto) Airit Rayyan Rizqin, 4 tahun, dan Airit Qaqa Arjuna, 2 tahun.

Aidil dikatakan telah melafazkan talak satu terhadap Rita melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) lewat malam tadi setelah berlaku perang SMS antara mereka.

Perang SMS antara mereka dikatakan bermula ekoran berita tentang kemesraan lelaki itu dengan seorang wanita bernama Zarema Zainal telah disiarkan melalui akhbar sebelum ini.

Isu rumah tangga pasangan selebriti ini berlangsung hampir dua tahun, semenjak Aidil memilih untuk keluar dari rumah kelamin mereka pada hujung 2011. - Utusan Malaysia.

BIODATA RITA RUDAINI SEKSI HOT PROFILE ARTIS MALAYSIA



Rita Rudaini Facebook Keek Instagram Youtube Channel


VIDEO RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN DI MAHKAMAH SYARIAH KES CERAI

+Mohd Rohaizad berharap +Rita Rudaini bersabar dengan dugaan yang dihadapinya disaat umat Islam hendak menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga tetapi Rita Rudaini pula diceraikan oleh +Aidil Zafuan dengan menggunakan SMS. Adakah ini petanda berakhirnya cinta mereka yang bernikah di Siam Thailand suatu ketika dahulu? Walaubagaimanapun, penulis dan para peminat dunia hiburan akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Rita Rudaini dan Aidil Zafuan, mungkin ini yang terbaik buat mereka.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

RITA RUDAINI DICERAI AIDIL ZAFUAN GUNA SMS By Mohd Rohaizad. Published: 5.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...