CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

RITA RUDAINI DIHALAU KELUARGA AIDIL ZAFUAN


Terkini 2013 Kontroversi Sensasi Artis Rita Rudaini Pernah Dihalau Keluarga Aidil Zafuan!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com terkejut dimaklumkan kisah terbaru gosip artis seksi hot meletop Rita Rudaini yang pernah dihalau oleh keluarga Aidil Zafuan tanpa belas kasihan! Telah diketahui ramai peminat, pernikahan dan cinta di antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan memang tidak direstui oleh keluarga pihak lelaki. Sebelum ini banyak pergaduhan di antara Rita Rudaini dan keluarga Aidil Zafuan dipaparkan sehingga menimbulkan pelbagai gosip liar menggatakan Aidil terkongkong dan terpaksa mengikut arahan keluarganya. Siapa yang tidak sayang keluarga sendiri kan? Pergaduhan dengan mentua membuatkan Aidil menyebelahi keluarganya untuk dielakkan digelar 'anak derhaka', namun suatu ketika dahulu tidak fikir sehingga sanggup bernikah dengan Rita Rudaini di sempadan Siam kerana pada masa tersebut tengah kemaruk mabuk cinta. Moralnya disini, tanya keluarga anda sama ada merestui pasangan yang bakal dinikai direstui atau tidak untuk mengelakkan kejadian cerai sebegini berlaku.

Rita Rudaini Dihalau Keluarga Aidil Zafuan
Rita Rudaini Dihalau Keluarga Aidil Zafuan Dengan Kejam
Cinta Rita Rudaini, Aidil Zafuan Tidak Direstui Keluarga

Umum mengetahui, sejak dari awal lagi rumah tangga yang dibina pelakon jelita (Gambar Foto) Rita Rudaini bersama bintang bola sepak (Gambar Foto) Aidil Zafuan Abdul Radzak tidak direstui oleh ibu bapa dan keluarga pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu. 

Hanya sempat mengecap nikmat kebahagiaan berumah tangga selama sembilan bulan, kemudian Rita melalui pelbagai cabaran dalam perkahwinan mereka termasuklah kes makhamah yang berlarutan sehingga dua tahun lamanya.

“Sembilan bulan yang pertama memang kami cukup bahagia. Tetapi sejak keluarganya campur tangan, kami sering bergaduh. Jarang pergaduhan itu berpunca daripada masalah kami, tetapi datangnya daripada keluarga Aidil. Setiap kali selepas pulang menziarah keluarganya di Seremban, sikap Aidil pasti berubah. Ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan hingga setiap kali dia balik ke sana, tidak sedap jadinya hati saya.

Pernikahan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Tidak Direstui Keluarga
Pernikahan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Tidak Direstui Keluarga
Aidil Zafuan Tidak Layak Pimpin Kerana Dikawal Keluarga

“Macam mana dia hendak menjadi pemimpin yang baik jika hidupnya masih dikawal keluarga? Jadi, jangan kata Rita isteri yang tidak taat, jika dia sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada Rita dan anak-anak,” katanya.

Namun semuanya seakan berakhir apabila pada 27 Ramadan lalu Aidil dikatakan sudah menceraikan Rita menerusi satu kiriman pesanan ringkas SMS. Bagaimanapun timbul isu panas apabila Rita dikatakan menuduh Aidil serta keluarga mertuanya sebagai cetek ilmu agama gara-gara tindakan Aidil yang yang menceraikkannya pada penghujung Ramadan, di saat umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan malam Lailatul Qadar.

Rita berkata, kini dia tidak lagi kisah jika masyarakat memandang serong setiap kenyataan yang keluar dari mulutnya, termasuk ‘menuduh’ bekas ibu serta bapa mentuanya sebagai cetek ilmu agama. 

Rita Rudaini Terkini Janda Mantap Meletop
Rita Rudaini Terkini Janda Mantap Meletop
Rita Rudaini Tidak Kisah Dipandang Serong

Malah teraju utama drama Sehangat Asmara itu turut menyangkal dakwaan Aidil kononnya dia tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan bapa mentuanya. Sebaliknya mendedahkan dia pernah dihalau oleh kakak Aidil tanpa belas kasihan.

“Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka.

"Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.

Rita Rudaini Seksi Hot Artis Selebriti Malaysia
Rita Rudaini Seksi Hot Artis Selebriti Malaysia
Rita Rudaini Dihalau Keluarga Aidil Zafuan Tanpa Belas Kasihan

"Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda", kata Rita Rudaini. - Sumber Berita Harian.

BIODATA RITA RUDAINI SEKSI HOT PROFILE ARTIS SELEBRITI


Rita Rudaini Instagram

Rita Rudaini Blog Keek Profil Akaun Laman Sosial @Rudaini727


VIDEO RITA RUDAINI DICERAIKAN DENGAN SMS OLEH AIDIL ZAFUAN

+Mohd Rohaizad turut bersimpati dengan cerita artis +Rita Rudaini yang telah menjadi mangsa keadaan kerana cinta dan perkahwinan tidak direstui oleh keluarga Aidil Zafuan sejak dari awal lagi. Sebab itu Rita dan Aidil berkahwin di Siam, Thailand kerana yakin cinta mereka akan diterima oleh keluarga setelah beranak-pinak dan dengan masa berharap sengketa dilupakan. Namun, nasib Rita dan Aidil tidak juga berubah kerana keluarga Aidil sentiasa mencari jalan untuk memisahkan antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Kenapa keluarga Aidil Zafuan tidak menyukai Rita Rudaini? Dengan gosip menggatakan umur Rita yang lebih tua dan sikap suka mengokong Aidil membuatkan keluarga tidak menyukainya. Bagi penulis elok juga Rita Rudaini bercerai, sebab itu jalan yang terbaik buat diri dan anaknya. Kami para peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan Rita Rudaini, ada bakal calon suami yang sedang menanti, sedia mengantikan Aidil Zafuan? #RitaRudaini #AidilZafuan #ArtisBercerai #Perlis

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

RITA RUDAINI DIHALAU KELUARGA AIDIL ZAFUAN By Mohd Rohaizad. Published: 23.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...